Cemburu Adalah Hak, Lumrah Dan Fitrah

Orang kata, cemburu itu tandanya sayang.  Ada juga yang berkata cemburu itu adalah hak.  Tidak kurang juga ada diantara kita yang melabelkan cemburu itu sebagai perangai negatif yang suka mengongkong pasangan.  Cemburu itu buta.  Yang mana satu tepat pada tafsiran kita?  Walau apa sahaja maknanya cemburu, sesungguhnya perasaan itu memang ada dalam diri sesiapa sahaja yang bergelar insan biasa.


Samaada mengiyakan atau menafikan, saya harus mengaku bahawa saya juga jenis yang mudah cemburu.  Tapi tidaklah sampai cemburu yang tidak bertempat atau lebih senang cakap ialah cemburu buta, tidak begitu sekali.  Kalau wujud perasaan cemburu yang teramat tidak salah kita luahkan dan berterus terang kepada sesiapa sahaja terutamanya kepada pasangan kita.  Dan, saya harus akui betapa perlunya kita cemburu sebagai menandakan bahawa kita adalah seorang yang mengambil berat dan penyayang ( ???? ).




Lebih kepada begini dan begitu :-
Saya akan cemburu jika blog si anu tu lebih hebat dari blog saya (kisah blog nie..)


Saya cemburu sikit melampau...bila dengar orang asyik puji Erra Fazira dan Rozita Che Wan cantik.


Rasa cemburu membara sikit jika tengok body dia lebih lawa dari body aku..(hahahaa...)


Dan, saya akan merasa sangat lebih cemburu jika suami puji melambung-lambung masakan bini orang lain (sedangkan aku tiap hari masak untuk dia...dan tiap hari dia makan apa yg aku masak...)


Sedikit sebanyak rasa cemburu itu pasti akan nampak walaupun kita cuba untuk berselindung.  kadang-kadang perasaan cemburu tidak harus kita pendam sehingga pada saat-saat tertentu ia akan 'meletup' jugak.  Terutama jika isteri cemburukan suami dan begitu juga sebaliknya jika suami cemburukan si isteri.  

Sedangkan isteri-isteri Nabi (Hafsah dan 'Aisyah) juga ada merasa cemburu dengan Zainab yang telah menghidangkan madu (makanan kegemaran) kepada baginda. Lalu Hafsah dan 'Aisyah membuat rancangan dan berpakat supaya kedua-duanya mengatakan mulut Nabi berbau pada masa dan tempat yg berlainan. Nabi yang sudah kita sedia maklum, sentiasa menjaga kebersihan mulut dengan membawa kayu sugi kemana-mana baginda pergi dan selepas kejadian itu Nabi mengharamkan madu kepada diri baginda hanya semata-mata untuk menyenangkan hati isteri-isteri baginda. Lalu Allah menceritakan perihal bicara Aisyah 
& Hafsah ini kepada baginda.



يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكَ ۖ تَبْتَغِي مَرْضَاتَ أَزْوَاجِكَ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


وَإِذْ أَسَرَّ النَّبِيُّ إِلَىٰ بَعْضِ أَزْوَاجِهِ حَدِيثًا فَلَمَّا نَبَّأَتْ بِهِ وَأَظْهَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ عَرَّفَ بَعْضَهُ وَأَعْرَضَ عَنْ بَعْضٍ ۖ فَلَمَّا نَبَّأَهَا بِهِ قَالَتْ مَنْ أَنْبَأَكَ هَٰذَا ۖ قَالَ نَبَّأَنِيَ الْعَلِيمُ الْخَبِيرُ
Dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya. Kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia yang tersebut (kepada seorang madunya) dan Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka Nabi pun menegur isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya). Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya: Siapakah yang memberi tahu hal ini kepada tuan? Nabi menjawab: Aku diberitahu oleh Allah Yang Maha Mengetahui, lagi Amat Mendalam PengetahuanNya (tentang segala perkara yang nyata dan yang tersembunyi).


إِنْ تَتُوبَا إِلَى اللَّهِ فَقَدْ صَغَتْ قُلُوبُكُمَا ۖ وَإِنْ تَظَاهَرَا عَلَيْهِ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ مَوْلَاهُ وَجِبْرِيلُ وَصَالِحُ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَالْمَلَائِكَةُ بَعْدَ ذَٰلِكَ ظَهِيرٌ
Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi) dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya.
********************************


 Sesungguhnya cemburu adalah lumrah dan ia adalah fitrah kepada manusia.  Maka, janganlah simpan rasa cemburu yang ada dalam diri terlalu lama.  Kerana pada suatu masa yang tertentu kita akan menjadi terpaksa untuk mengaku bahawa kita sebenarnya cemburu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan