Ogos 2013...Aku Datang.

     Alhamdulillah...setelah sekian lama aku menyepi dari dunia blogging...tiba masanya saat ini aku ingin mengatakan sesuatu walaupun dalam keadaan yang kurang mengizinkan.

     April 2012 adalah coretan terakhir aku disini. Mohon maaf kepada sahabat yang mengenali dan mengikuti blog JR yang tidak seberapa ini.

     2013..adalah tahun yang cukup menduga. Selepas satu...dan satu..kisah duka dan suka silih berganti menjadi tamu jiwa. Alhamdulillah...aku bersyukur kepada Allah kerana menjadi yang terpilih diantara mereka yang terpilih untuk diduga.  Siapalah aku untuk menolak takdir dan ketentuan Ilahi. Aku pasrah. Aku redha...

     

Aku, Dia Dan Lagu


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untuk mu
jika engkau minta satu dunia akan aku coba
ku hanya mampu jadi milik mu pasti kan kau bahagia

hati ini bukan milik mu lagi...
seribu tahun pun akan ku nanti kan kamu

sayang ku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku pada mu...


&&&&&&&&&&&

Jika diberi peluang untuk aku berubah, 
aku akan cuba mengubah segalanya menjadi sempurna.  

Tetapi mengapa engkau tidak pernah cuba untuk memahaminya
Sukarkah untuk menjadi ‘sahabat setia’ 
yang akan sentiasa berada disisi 
ketika ketawa dan menangis

Susahkah untuk memahami hati atau perasaan 
insan yang paling dekat dengan mu

Aku tidak pernah mengimpikan perasaan CURIGA itu
 menjadi tamu dalam hati...
Jauh sekali untuk mencurigai
Tetapi, aku sudah mula merasai kecurigaan itu









Aku Dah Madah...

     Aku dah madah, camtok la... mun dah rasa sik nyaman nyawa aku mesti ngerepak dalam ati, madah nak nulis, maka.. sitok la asan aku nulis.  


   Angin sepoi-sepoi di luar malam tok, kejap ujan, kejap rasa angat.  Nak ujan sik juak bena.  Nak panas sik juak langsung.  Dah ujong-ujong, ati aku pun jadi ngirin cmya juak.  Aduhaiii...


    Bena kata urang, mendong sik bereti ari nak ujan... Dah ya, lalu teselap aku ngan cita urang ninggal P.Ramlee, Sedangkan lidah lagi tegigit... Aek dicincang sik kan putus... Madu tiga...  Do Re Mi... aiihh... lalu melelat kangkong, huhuhu...

Yang Pertama Di 2012

      Aku datang lagi...  Kalau lah dapat selalu begini, maka akan terbit lah setiap hari entri baru setiap hari di sini.  Tetapi sayang, masa yang ada cuma ini sahaja.  emm..


     Jun 2011, bulan ini, tahun ini...aku dan keluarga berpindah rumah.  Seperti yang pernah ku war-war kan sebelum ini sebagai Teratak Indah Jul Rahman, (walau tidak indah di mata orang lain, namun ia terlalu indah di mata hati ku), di teratak itulah aku berada sekarang, huahuahuhua... Apapun tanggapan orang sekeliling, aku tetap aku.  Apa yang penting aku kini telah berdiri dan berlindung di bawah bumbung Teratak Indah Jul Rahman yang lahirnya adalah hasil dari titik peluh Chinta Hati sendiri, emmuahhh....!  I LOVE U ABANG..!!


Raya Pertama Di Teratak Indah
AKIM, PUTRA, AISYAH, FATIN

Best Friend YANA GARFIELD dan keluarga... 
Berkunjung ke Teratak Indah pada hari raya pertama.  
Thanks my dear...luv u hingga hujung nyawa.


     04 Februari 2012 - Pejam celik... sehingga ke hari ini dan saat ini, Alhamdulillah, aku masih disini.  Kesempatan yang ada ini akan aku cuba titipkan sebuah entri pembuka tirai 2012, hahaha... (terlewatnya aku...).  


      Sebenarnya, terlalu banyak cerita indah yang ingin dikongsikan disini, tetapi sayang... tunggulah, akan ada masa dan ketika nanti akan aku kongsikan jua disini.  Itulah... semenjak dua menjak ini fikiran sering kalut..malut..errr... kenapa ek..?  Maka aku terpaksa akhiri cerita ku di sini... Selamat malam.

JR ~ November 2011

Assalammualaikum w.b.t

Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada teman-teman yang MUNGKIN sering melawat laman JR ini...sedar atau tidak sedar, rasa-rasanya ini adalah entri pertama saya dalam tahun 2011.  Ahh...begitu cepat masa berlalu, kan...  Laman JR ini semakin sunyi dan sepi...kontang dengan entri-entri yang menarik untuk dihidangkan kepada anda semua.

Putaran masa begitu cepat berlalu...  November 2011 semakin hampir melabuhkan tirainya.  2012 semakin ghairah ingin membuka lembaran barunya.

Insyaallah... ku mohon restu dari Mu ya Allah... permudahkan lah segala perbuatan ku samada di sini atau di mana-mana selagi hayat ku masih ada.  Amin.

Kek Batik Ori vs Kek Roti Saltcheese

Kak Fatin Dan Deq Aisyah kata nak makan lagi Kek Batik Ori yang saya buat semalam.  Sayangnya, saya terlupa nak tangkap pic Kek Batik Ori tu untuk dijadikan buah tangan disini.  Lain kali jer, k...

Katanya, kek tu sedap sangat hingga menjilat jari.  Ye ker..? Budak-budak memang begitu...yang manis, yang lemak berkrim, mereka memang suka sangat-sangat.  

Demi anak dara nih, saya cuba la selongkar almari dapur tengok stok yang masih ada untuk buat kali ke 2 Kek Batik Ori tu, malangnya.... bahan-bahan tak cukup.  Stok yang tinggal cuma milo sahaja.  Huahuahuaaa.... 

Yang mereka tak tahu ialah... perancangan saya terlebih dahulu pada petang ni sebenarnya nak buat Kek Roti Saltcheese.  Dah siap beli bahan lagi balik kerja petang semalam.  Takpe...  saya akan buat jugak tapi rahsiakan dari pengetahuan mereka, errrmm... Dan, yang jadinya begini la :-


Kek Roti Saltcheese




Sarapan pagi tadi saya hidangkan kek ni atas meja, orang pertama yang makan ialah Kak Fatin, sebab Deq Aisyah masih bersiap-siap pakai uniform sekolah.  Macam Kek Batik Ori jugak, anak dara ni memang puji lebih-lebih, mulut 'bekunyap-kunyap' makan, lepas satu..satu lagi masuk mulut.  Kesian... Alhamdulillah, anak-anak pergi sekolah dengan perut terisi dengan makanan kesukaan mereka.  Semoga pembelajaran mereka di sekolah hari ini, esok dan hari-hari seterusnya akan beroleh keredhaan dari Allah s.w.t. Amin.