Sebelum Dan Sesudah Blogger

Minat didalam bidang penulisan sudah bermula sejak di bangku sekolah lagi. Kalau tak de apa2 nak dibuat kat rumah, saya akan menulis. Dulu saya suka menulis cerpen dan novel pendek. Saya hanya menulis dengan tangan sahaja... Bila masuk tingkatan 3 atas keperluan dalam pembelajaran, saya telah membeli sebuah mesin taip. Saya minta kebenaran dari ayah untuk membeli mesin taip dan meminta bantuan seorang guru untuk membelinya. Kalau tidak silap saya, masa itu harga mesin taip yang saya beli tu lebih kurang RM350. Bermula dari itu, saya mula mencuba untuk menaip. Hasil tulisan saya simpan sendiri dan kadang2 saya bawa ke sekolah suruh kawan2 baca. Alhamdulillah... kawan2 seronok bila membaca dan ada diantara mereka yang memuji jalan cerita yang saya hasilkan itu sangat menarik. ( tau jer lah... masa tu kan masih remaja lagi... apa yang dibaca kawan2 tau cakap bagus jer... bagus la tu kot... terima kasih kerana memuji...) Mereka turut memberi galakan agar saya terus menulis.

Memang saya terus menulis. Saya pernah menghantar hasil tulisan saya di dalam surat khabar tempatan. Kalau tidak silap tajuk ruangan tu ialah 'Coretan Kenang Kenangan'. Ruangan ini memang terbuka kepada semua pembaca yang berminat untuk menyumbangkan cerita2 yang menarik, kenangan2 masa silam, di rumah, di sekolah atau di mana2 sahaja. Saya tidak lepaskan peluang itu... saya cuba menulis. Masa tu saya dalam tingkatan 5. Hanya dalam beberapa bulan sahaja lagi akan menduduki SPM. Kebetulan pulak masa itu juga saya baru saja keluar hospital, baru lepas pembedahan appendix. Ia menjadi isi cerita saya. Memang banyak kisah menarik selama saya didalam hospital, kepedihan dan kesakitan yang dialami sebelum dan selepas dibedah. Saya terpaksa turun ke sekolah ketika jahitan selepas bedah itu masih baru, ( jahitan pun belum bukak lagi...). Masa itu saya tinggal di asrama. Alhamdulillah... tulisan saya itu telah disiarkan dalam surat khabar jugak. Saya berasa cukup berpuas hati dan merasakan kerja kita itu telah dihargai. Lantaran itulah semangat untuk menulis semakin berkobar2... errmmm...

Kita tinggalkan cerita itu.... dan berbalik kepada cerita berblogging.


Kini... saya sudah mula berjinak2 dengan dunia blogging. Alahaiii... kenapa la aku tetiba boleh terjerumus ke dunia ini... Adakah kerana minat... atau kerana aku terpengaruh dengan apa yang telah aku lihat dan layari dalam internet... atau adakah ini hobi aku...:) errmm...


Saya masih baru dalam dunia blog. Baru sangat2... Menjerumuskan diri kedalam dunia blog ini pun hanya setelah membaca blog seorang sahabat iaitu blog something by tauhhid. Banyak entry2 yang menarik ... dan saya suka membacanya. Disitulah timbul minat dan kemahuan saya untuk men'create'kan blog sendiri. Saya suka membaca blog2 orang lain, kerana bagi saya itu adalah salah satu cara untuk saya memajukan diri dalam menulis sesuatu yang mampu menarik perhatian pembaca. Kalau orang berminat nak membaca cerita kita sampai habis dan melawat berkali2... itu sudah memadai. Itu bermakna tulisan kita ada daya tarikan.

Bagi saya untuk menulis sesuatu entry yang benar2 bagus pulak bukan perkara yang mudah. Kita perlu sampaikan dengan jelas dan baik serta bahasa yang menarik. Terover sangat pun tidak boleh jugak, kan...? eerrmm... serba salah. Tetapi, begitulah kenyataan yang sebenarnya.

Cuma, sebagai blogger yang baru nie... masih terlalu banyak persoalan dan tanda soal (?) yang sering berlegar di kepala. Takut, bimbang dan malu... semua ada.



Takut, Bimbang Dan Malu

Iya... perasaan takut, bimbang dan malu itu sentiasa menghantui perasaan. Kita membayangkan begini... "ada kah pembaca yang berminat nak bukak blog aku nie...?" "apa agaknya penilaian mereka selepas membaca blog aku nie pulak...?" Kita juga takut orang akan mengejek dan menghina penulisan kita. Maklumlah, blog kita nie kan semua orang boleh bukak, dari orang biasa2, budak2 sampai kepada golongan atasan dan tidak terkecuali si blogger2 yang otai..!! Otai..?? Tu yang buat kita rasa takut dan bimbang sangat2.

Sebut pasal blogger otai nie tetiba jer tangan rasa terketar2 nak menaip. hehehh.... (Ada kah kat dunia blogging nie seorang blogger otai..?) Ada la tu kot... Saya ada menyimpan anugerah yang tersendiri. Secara peribadi... semenjak dah jadi seorang blogger ciput nie... saya selalu jugak membuka blog2 orang lain. Saya ada 'blogger otai' saya sendiri. Kiranya lebih kurang macam idola ataupun mentor lah tu... Saya tidak bercadang nak mencanangkan nama blogger bekenaan itu disini. Biarlah rahsia....~~ Biarlah rahsia...~~

Rahsia

Biarlah rahsia... demi menjaga tatasusila saya disini, rasa tidak manis jugak nak sebut nama blogger mentor saya disini. Takut ada pulak rakan blogger yang lain terasa hati (sedangkan dia merasakan dia lebih otai-otai lagi agaknyer...). Takpe, yang penting kalau kita bercakap atau menulis janganlah ikut sedap mulut sahaja. Hati dan perasaan orang lain kena jaga. Payah kalau kita sudah membuatkan orang lain terasa hati, berkecik ati, hancur hati atau ape2 jer... silap2 hati akan tercedera kerananya. Mintak jauhlah semua itu. Kita disini bukan untuk berperang tetapi kita ingin berjuang secara sihat sebagai blogger yang terbaik di mata hati pembaca.

Menjadi yang terbaik di mata hati pembaca... ~~

Nak Balik Beraya Di Kampung...

Kita berpuasa baru 3 hari, dalam masa yang sama kita juga dah mula sibuk memikirkan tentang giliran nak beraya...samada beraya di kampung sendiri atau beraya di kampung suami (keluarga mertua)...??

Tentu ramai teman2 yang berfikiran sama kan.... lebih2 lagi bagi yang sudah berumahtangga. Si isteri berkata nak beraya di kampung sendiri... Suami pulak berkali2 buat cadangan nak balik kampung beraya dengan ibu ayah. Kalau dah buat perancangan awal, kena ikut giliran...kena lah ikut... mana boleh bantah2 lagi... mana boleh nak beralasan2 lagi....

Kalau tahun lepas giliran beraya di kampung sendiri, tiba masanya pulak tahun ini beraya lah di kampung suami pulak. Apa salahnya kan... kampung kita jugak tu...bukan kah keluarga suami dah menjadi sebahagian daripada keluarga kita juga...~~ Sekali sekala kita merasakan kemeriahan beraya di kampung orang, mesti menarik...mesti banyak kenangan yang dapat kita simpan untuk dibawa balik...hehehe..... Kena ingat jugak, suami kita tu pun punya hati dan perasaan... dia pun tahu merasakan kerinduan untuk beraya di kampung halaman sendiri dan beraya dengan keluarga sendiri, eerrmmmm...

Anak2 pulak kadang2 pandai jugak nak buat pilihan. Cakap raya sana tak best lah... raya kat kampung tak seronok lah... tak ramai kawanlah dan macam2 ada alasan. Kalau tak betul2, memang susah kalau part nak tentukan 'giliran beraya' nie... Banyak hati kena jaga... Jadi, ambil jalan mudah, mengalah lah kalau sudah memang betul tahun ini bukan giliran kita. Kena ikutlah giliran yang dah ditetapkan oleh kita sendiri...

Bajet... menjadi cerita juga. Memang, kalau nak balik kampung cakap jer...memang senang. Kalau la kampung kita tu dekat jer, ok la... tapi kalau kampung kita tu jauh pulak, apa nak buat..?? Kena tengok bajet sebelum buat keputusan. Maklumlah, duit dah banyak keluar semasa bershopping, siap beli kuih tunjuk lagi sebagai buah tangan untuk mertua dan ipar duai... Nak balik dengan tangan kosong pulak, hati tak sedap.... maklumlah, kita kan jarang balik kampung, bila dah balik sekali setahun tu, yang baiknya...buah tanganlah yang menjadi hiasan sampingan untuk mengeratkan lagi perhubungan. Sebab tu lah... semasa bershopping... tatasusila tu kena jaga.... pandai2 la berjimat. Beli la apa yang patut dan ikut keperluan. Janganlah beli benda2 yang tidak berfaedah dan membazir. Betulpun kita beraya setahun sekali, tapi Allah tidak menggalakkan kita untuk berlebih2 dan menunjuk2 jika berbelanja. Berpada2 lah... Waktu susah kena ingat... lepas raya nanti, mulut ternganga.... heehhe.. Kita jugak yang susah.

Dalam keseronokan nak balik kampung pulak satu cerita... Semua persiapan dah ready, baju, kuih muih, kasut raya anak2, buah tangan untuk keluarga semua dah tersedia. Tinggal nak masukkan kedalam kereta saja. Sebelum nak start enjin kereta tu... periksa dulu apa yang patut. (ini kerja suami la pulak... isteri dah penat2 sedia itu ini.... hehehe..) Check minyak kereta, air, tengok tayar..ok ke tak... air-cond boleh guna ke tak... brek tu, tekan bekali2 takut nanti brek tak makan.... Cermin sisi kena cun... kalau tak cun , perbetulkan...
Tidur mesti cukup. Ini untuk mengelak daripada mengantuk terutamanya suami yang akan menjadi pemandu sepanjang perjalanan. Memang la isteri ada duduk kat sebelah, boleh jadi pemandu kedua... tapi kan...suami nie selalunya sayangkan isteri. Tak nak isteri penat memandu... suami lebih suka tengok isteri duduk kat sebelah sambil2 menjadi teman berbual. Berbual ni salah satu cara untuk menghindar daripada suami mengantuk. Betul... kalau tak percaya, boleh cuba... Kadang2 pulak, ada jugak suami yang macam tak percaya dengan isteri. Ala.... ini kes tak yakin dengan kemampuan isteri la nie.... percuma jer isteri ada lesen memandu, siap dah ready nak menjadi pemandu kedua...konon2 nak bantu ringankan kepenatan suami...tak jugak suami nak bagi peluang. Tapi, ini tak lah menjadi hal.... sekiranya suami memang dah sah sayangkan isteri sangat2. Terima saja lah... Yang penting... perjalanan kita itu adalah yang terbaik dan selamat sampai ke destinasi.
Betul.... dan ini serius... keselamatan didalam perjalanan itu amat penting. Ingatlah orang2 yang tersayang. Kita nak balik beraya nak berjumpa keluarga dan bermaaf-maafan... pastikan niat dan tujuan kita itu terlaksana sepenuhnya...

Cerita Nasi Bubur Asyura...

Hari pertama berpuasa pada tahun ini, 2010... saya sengaja ambik cuti sehari semata-mata nak penuhi selera abang yang nak makan makanan kegemaran dia, nasi bubur asyura...untuk makan berbuka. Anak2 pun suka jugak bubur nie...

eerrmm.... Kebetulan pulak, malam tu abang bertugas di Masjid kampung, abang dah berniat awal2 nak sedekah sikit nasi bubur tu kepada jemaah yang ada berterawih di masjid. Jadi, demi anak2 dan suami.... dan untuk berbuat amal di bulan yang mulia, aku gagahi jua langkah ini....
Lebih kurang jam 2.30 petang, saya dah mula menyibukkan diri di dapur untuk membuat persediaan nak memasak bubur asyura. Semangat kena ada....baru ada ummpphh.... ade ummpph ke..?? hehehe...
Ntah... tidak semestinya di bulan ramadhan, ada ketika bila selera tetiba nak makan bubur ni, saya pasti akan buat. Abang nie kan....tiap kali makan, abang pasti akan puji melambung2 nasi bubur yang saya buat tu sedap.... alaahaiii.... Abang kata, rasa nasi bubur yang saya buat tu, susah nak ditandingkan dengan nasi bubur yang orang lain buat.

Cerita Ku Cerita Mu...

Pertemuan Bermula....

Menjadi suratan hidup.... telah ada seseorang yang saya letakkan dan nobatkan di tangga hati saya yang teratas selepas ibu bapa saya... dan dia adalah suami yang tercinta.

Alhamdulillah... bersyukur yang teramat sangat kerana dipertemukan dengan suami. Walau pada mulanya kita dipertemukan dalam situasi yang amat payah...sesungguhnya jodoh itu memang milik kita. Ia adalah hak kita berdua.

Ucapan Takziah dan Sedekah Al-Fatihah...

Menerima SMS daripada seorang sahabat...Cikgu Abani b Jemi...menyatakan bahawa Ayahnda beliau telah kembali ke rahmatullah...menghembuskan nafas yang terakhir pada 9 Ogos 2010, jam 7.45 ptg di CCu Kuching. Dan, telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Sibu, jam 10.30 pagi, 10 Ogos 2010 (hari ini). Sedekah Al-Fatihah....Amin.

Hati tiba-tiba terasa sebak...air mata turut bergenang...sungguh... benar-benar hati ini tiba-tiba terusik mendengar berita ini. Mungkin kerana kehadiran bulan Ramadhan sudah kian terasa. Namun, didalam masa yang sama, seseorang yang kita sayang telah kembali menghadap Ilahi... Dugaan dan cabaran yang maha besar... semoga ayahnda beliau pergi dengan aman dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.

Kepada kita yang tinggal dan masih berpeluang menjalani hidup di dunia ini, perbanyakkanlah amalan yang mulia. Bersedekahlah dengan mengikut kemampuan dan kepada orang yang benar-benar memerlukan.

Ramadhan Bersama Yang Tersayang...

Semoga dipanjangkan umur...tiada halangan melintang, esok insya'Allah....semua kita umat islam akan menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah.... semoga kita berkesempatan untuk menunaikan ibadah yang mulia itu.
Berpuasa, bersahur dan berbuka....amalan pada bulan ramadhan yang sentiasa tidak kita lupa. Dan, hari ini semestinya akan lebih manis dan bermakna sekiranya kita berada dekat dengan orang-orang tersayang. Dekat dengan keluarga, ayah, ibu, suami, isteri dan anak-anak. Alhamdulillah... kita berada pada tempat diantara orang-orang yang berbahagia.
Tahun ini...usia perkahwinan akak sudah menjangkau 6 tahun 7 bulan 2 minggu... hehehee... Alhamdulillah...selama itu juga akak sempat menjalani hari-hari berpuasa bersama dengan suami tercinta dan anak-anak tersayang....! Syukur juga, ibu akak masih ada bersama...kita sentiasa bersama. Cuma...abang, berjauhan lah dengan keluarganya. Kesian abang...tapi, takpe...isteri dan anak-anak abang sentiada ada disisi...kan...~~ Ayah akak, tahun ini dah masuk 6 tahun tiada lagi di dunia ini. Disaat-saat bersahur dan berbuka...pasti akan teringat arwah ayah...~~ Tersangatlah merindui ayah...tak pernah padam ingatan kepada insan yang berjiwa kental itu. Akak sayang ayah sampai akhir hayat ini...!!! Semoga ayah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...amanlah di sana...Amin.



OGOS ~ Bulan Kemerdekaan


Bulan Kemerdekaan... Alhamdulillah, buat kesekian kalinya kita sempat merasa dan berada dalam bulan kemerdekaan lagi untuk tahun ini. Persiapkanlah diri untuk merdeka....lengkapkanlah hari kemerdekaan ini dengan jalur-jalur gemilang pada setiap tempat dan sudut kediaman anda. Biar hari kemerdekaan kita akan sentiasa dikenang dengan keceriaan dan kegembiraan yang tidak akan pernah padam dihati kita dan seluruh rakyat 1 Malaysia.... Merdeka...Merdeka...Merdeka...Merdeka...Merdeka...Merdeka...Merdeka.....!!!!