Brownie Cheese Cake


Assalammualaikum, Salam 1Malaysia serta Salam Penuh Kemanisan Bak Kurma buat semua...

Kali nie akak takde sesuatu nak cerita, cuma tiba-tiba saja niat dihati nak berkongsi rasa dengan satu resepi kek yang agak simple dan mudah disediakan. Bahan-bahannya tak banyak...lagi pulak semua bahan-bahan tu senang nak didapati.

Kebetulan, baru petang tadi ada seorang kawan yang pernah akak ceritakan dalam entri sebelum nie bertajuk 'Cerita Top Dengan Bestfriend'' iaitu Yen yang beriya-iya nak mintak resepi kek nie dari akak, jadi dengan berbesar hatinya akak terbitkan sekaligus di laman kecintaan akak ini, eerrmmm....

Tak Boleh Nak Kata Apa

Assalammualaikum sekali lagi dan salam kemanisan dimalam sabtu yang sembap.
Namun...kesembapan itu terpaksa ku lawan dan berharap agar semangat yang tinggal seciput ini mampu menghasilkan sesuatu yang murni dan dijadikan ingatan sepanjang hayat didalam entri ini.

Tak boleh nak kata apa... bila minat serta hobi sudah sepakat dan seiring semuanya menjadi satu hingga ketepikan yang lain.

Baru sebentar tadi lebih kurang jam 8.35pm si dia sudah berangkat pergi 'Jom Ngail' di Mukah bersama dengan rakan-rakan yang satu kepala, satu jiwa dan segalanya satu. Errrmmm...

Entri yang lalu, Marah Mesti Ada Had yang bertemakan ala-ala harimau sedang mengganas tuu..adalah yang berkaitan. Marah sekalipun... aku tetap senyum walau dalam hati, adohh...!!

C.A.N.T.I.K

Salam Jumaat yang berkat. Semoga apa yang kita lakukan dihari ini akan lebih bermakna dari hari-hari semalam.

Hari nie, merah jambu dan hitam menjadi pilihan....berbanding semalam tema harimau yang mengganas disarungkan adalah lebih anggun ku rasakan hari ini disamping menampakkan dengan jelas jiwa seorang wanita yang asli. Aku rasa aku sungguh anggun dan manis hari nie...hahahha (jangan marah ye....aku angkat bakul sendiri lagi nie...)

Sebut pasal anggun dan cantik...yang kita bayangkan dulu mesti WANITA. Semua wanita suka akan kecantikan. eemm...
Sini, kita sama-sama tengok dan meneliti
akan kecantikan hak milik insan-insan ini...
kecantikan asli
atau
tak asli.

jom....redah.....!

Syok Melampau

Blogwalking ditengahari....

tersinggah blog seorang kawan bertittle 'Gambar Artis Melampau'.

Mohon dihalalkan tuan empunya blog ...saya mengcopy paste pic saudara. Lalu dengan moleknya saya mengolah semula pic itu menggunakan 'photoscape'.

Ada sebilangan pic itu saya cari sendiri di google web semata-mata nak menambahkan 'lemak' entri saya ditengahari yang panas ini.

Ini hanya gambar ye cik kak...cik adik, cik abang... Bukan niat nak mengaibkan mereka-mereka yang ada dalam pic ni. Hanya suka-suka nak tengok dan menjadikan ia sebagai koleksi peribadi 'My Pictures', hehee.... Kalau dah terbiasa dengan dunia artis....memang kita biasa juga dengan pic-pic nie.

Marah Mesti Ada Had

Hari ni....Khamis. Hari Batik Sedunia. Baju yang akak pakai hari nie kain corak batik warna hitam putih, bercorak ala-ala harimau rimba (itu yang kawan cakap sebentar tadi...adooiii...) datang mari dari Serikin, masa tu akak beli 4 meter cukup-cukup untuk dibuat baju kurung pahang, muat lengkap, padat dan gebu, kiut miut dibadan akak yang dah menawan nie..(hihiii....memang sengaja nak angkat bakul sendiri sebab nak tunggu orang angkatkan, lambat sangat....).

Kain dah senada sedondon dengan bulu harimau, akak rasa kan....nak marah setanding dengan harimau jugak. Iye...memang akak marah sangat hari nie dengan orang yang dah bulat-bulat buat janji dan ber'plan' nak pergi ke suatu tempat hujung minggu nie, tapi dicancelkan....!! Mau tak marah??

Tapi, demi...demi...demi...menjaga hati, menjaga harga diri, menjaga segala-galanya, aku simpan sahaja kemarahan ku yang kian membara dan 'ngeredak' ni. Biar pun kalau nak meletup, meletuplah sorang-sorang...taknak libatkan orang lain yang tiada kaitan. Issshhh.....

Sabar....kena sabar sentiasa...!

Cinta Cikgu Razman 2


Atas permintaan seorang sahabat...
episod ke 2 Cinta Cikgu Razman telah bersambung untuk kali ini.
Sememangnya dalam perancangan episod ke 2 ini akan diterbitkan cuma masa belum dapat ditentukan. Mohon maaf atas kesulitan dan kelewatan.
Terima Kasih dan teruskan membaca...
***************************************************

Fatihah


Ternyata Fatihah memang ada menyimpan satu cerita peribadinya. Secara tidak sengaja pada petang Jumaat itu Fatihah tiba-tiba menyebut tentang seseorang yang bernama Maliki. Fatihah dan Maliki berkawan sejak dari bangku sekolah menengah sehingga hari ini.Maliki satu kampung dengan Fatihah. Dulu hanya berkawan biasa sahaja. Menurut cerita Fatihah, dia sudah mengikat tali pertunangan dengan Maliki sejak setahun yang lalu.Oh…rupa-rupanya Fatihah sudah menjadi tunangan orang. Ketatnya rahsia ini disimpan oleh Fatihah dari pengetahuan aku dan Samantha. Apapun, itu hak Fatihah sendiri. Tiada sebab untuk aku dan Samantha memaksanya agar memberitahu kepada semua cerita pertunangannya itu. Alhamdulillah…semoga pertunangan Fatihah dan Maliki kekal hingga ke jinjang pelamin. Amin.

“Sebenarnya aku nak putuskan pertunangan aku dengan Maliki”. Kata-kata Fatihah cukup mengejutkan aku. Kalau Samantha ada sama ketika itu, tidak dapat ku bayangkan betapa marahnya Samantha kepada Fatihah. Antara aku dan Samantha, sungguh ketara tahap kesabarannya bila berhadapan dengan situasi begini. Kami bertiga sudah seperti adik beradik, rapat seperti isi dengan kuku. Setiap masalah kami cuba selesaikan bersama.
“Kenapa Fati, apa yang telah Maliki buat sehingga kau sanggup nak putuskan…? Aku memberanikan diri bertanya walaupun ku tahu amat berat untuk Fatihah menjelaskannya.
Mulanya Fatihah hanya berdiam diri seolah-olah tidak mahu berkata apa-apa seperti kebiasaannya. Dia hanya membelakangi aku sambil matanya merenung jauh ke luar tingkap. Cerita Fatihah bermula dengan suara yang agak sarat.

Cerita Top Dengan Bestfriend

Salam 1Malaysia...sekali lagi dihari yang sama cuma waktu dan tempat yang berbeza. Pagi tadi akak dengan kelesuannya berada di sekolah berhadapan dengan kerja yang sedikit melambak sebab ditinggalkan hampir 1 minggu (orang lain sibuk cuti, aku pun 'kejeron' nak cuti, rasakan kau Labu.......)

Dan sekarang, tepat jam 10.06 malam, akak berada di rumah. Didalam bilik bersama dengan si cute kesayangan dunia akhirat, Adi Putra yang sudah tidur lena dengan botol susu setia menemani disisi. Abangnda masih di rumah Penghulu, berbincang tentang apa, akak pun tak pasti. Noktah.

Malam nie..sejak dari jam 7.00 akak bersms dengan bestfriend iaitu Norazean. Nama panggilan mesranya Yen sahaja.

@@ ha...ini Yen, pic ini diambil semasa beliau dijemput menjadi penceramah untuk bengkel bersama ibubapa di Tabika KEMAS.
( maaflah ye...agak kabur sedikit pic tu...takpe, nanti akak akan ikhtiarkan pic Yen nie untuk yang terbaru dan lebih jelas supaya nampak la kecantikan asli miliknya......waahhh.)


Kami berkawan sejak dibangku sekolah rendah lagi. Nak dijadikan cerita.... masa sekolah dulu akak memang berkawan rapat sesangat dengan Yen nie dan tiga orang lagi rakan seperjuangan. Nak akak sebutkan nama jugak kat sini ke? Eh, mesti.... mereka-mereka tu ialah Rasidah (Dok), Zunainah (Inah) dan Munawarah (Munaw).

eemm... Masing-masing sekarang sudah mempunyai keluarga sendiri dan membawa arah tuju bersama suami dan anak-anak. Semoga berbahagialah hendaknya disamping keluarga tercinta..amin.

Cerita akak dan mereka nie stop dulu disini...tungguuuu, ada satu entri khas untuk sahabat-sahabat lama yang tak mungkin dilupakan ini akan diterbitkan sudah semestinya di laman kecintaan ku ini, insyaallah.

Sambung cerita SMS akak dengan Yen tadi...berjela-jela mengalahkan keretapi agaknya, errmm... Cerita pasal nak (1) pindah tempat kerja, (2) cerita pindah rumah baru, (3) nak masuk ahli Giacomo, pasal (4) beli perabot baru dan (5) tong air...adooiii. Padahal, rumah kita dekat jer, bersebelahan tetapi sanggup bersms menghabiskan kredit beringgit-ringgit semata-mata nak bercerita pasal itu semua.

Cerita paling top ialah yang ke 2 dan ke 5, cerita pindah rumah dan kisah tong air.

Kalau kita pindah rumah baru, mesti ke kita beli perabot-perabot baru juga dan semua baru?? Akak rasa tak perlulah nak semua yang baru. Cukup la dengan apa yang ada dan yang penting walaupun barang lama asalkan masih boleh diguna, kira ok lah tu. Dan kita akan membeli apa yang perlu dan penting sahaja. Nak beli perabot banyak-banyak sampai tak cukup tempat nak letak, tak guna jugak. Menyemak jerr... Tambah lagi, bajet yang ada dalam poket tu cukup ke nak beli barang-barang serba baru?? Yang penting, kita ikut kemampuan lah kalau nak membeli sesuatu. Ikut kemampuan dan ikut keperluan.

Dan, kisah tong air...menjadi satu kemestian jika rumah kita berada di atas bukit, waaahhh....(esok lusa jangan buat rumah atas bukit, terpaksa beli tong air jadinya....). Dah terpaksa macam akak nie, tak kesahlah, redah jerr...korban seket duit. Yang keduanya, time air paip meragam tiba-tiba tak keluar, time tu la kita terkenang-kenang nak beli tong air nak 'menyetok' air...(lebih rela tiada elektrik daripada takde air....nak 'membuang' tu yang susah, hihihiii...).

Banyak isi cerita akak dan bestfriend si Yen tu tadi sebenarnya...tapi, tak cukup syarat kalau nak dikongsikan disini. Apa yang pasti, kita tak mengata orang, alhamdulillah... Panjang cerita sampai tak sedar jam sudah semakin hempir ke larut malam. Sanggup bersengkang mata untuk bersms semata-mata nak bersembang-sembang. Memang dah adat zaman sekarang, alasannya kerana sibuk bekerja sehingga tiada kesempatan untuk bersua muka walaupun berjiran.

Iya, akak akui alasan itu ada benarnya sebab akak sendiri dapat merasa betapa kesibukan disiang hari yang amat ketat jadualnya hingga menyingkatkan masa yang sebenarnya panjang untuk kita bermesra-mesra dengan jiran tetangga. Nak buat macamana? Memang dah sibuk sangat-sangat bila hari bekerja, awal pagi seawal jam 5.30 pagi akak dah keluar dengan abang. Balik rumah paling awal jam 4-5 petang, itu paling awal...kalau dah sampai jam paling akhirnya, hari dah gelap la jawabnya baru sampai rumah. Kadang-kadang tak sempat nak bermesra dengan anak-anak (sampai begitu sekali dek...).

Okey...rasanya cukup dulu setakat ini cerita malam rabu. Takde rencah-rencah istimewa malam ni...cuma biasa-biasa sahaja. Alhamdulillah, kerana masih berkesempatan untuk bersama dimalam yang cukup damai dan indah ini di laman kecintaan ku ini.

Peace..

Coretan Lesu 'Teratak Indah' Di Pagi Selasa

Hari ini hari Selasa, 22 Mac 2011 bersamaan dengan 17 Rabiulakhir 1432H

Assalammualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia..!

Fikiran kalut sebenarnya...ditambah dengan kemalasan yang kian hangat, selasa aku rasakan seperti isnin pula.

Menjenguk laman kecintaan ku pagi ini sebentar, ku kira ingin menggilap apa yang sudah kian berbalam, harap semuanya tidak akan berterusan.
Amin.