Kerana Tak Sayang Mulut

Kerana mulut badan binasa... kerana tak sayang mulut diri sendiri tercedera. Emm... selalu sangat dengar teman-teman sekeliling bercerita tentang kisah 'mulut' ni, sebab didalam dunia yang penuh dengan suka duka ini ada tersirat jua kisah pahit dan manisnya, dan disitu jugalah adanya pelbagai ragam manusia yang kita jumpa.

Bila mendengar teman bercerita tentang masalah sendiri, keluarga, negara dan dunia aku jadi serba salah. Dalam keadaan yang terpaksa juga aku jadi rasa dipaksa untuk menjadi pendengar ( ehh...betul ke ayat yang aku tulis nih....??? ) kepada cerita-cerita mereka dongeng yang tidak berfaedah bagi aku.

Ikut hati mati...ikut rasa binasa. Haa...itu yang aku dah pun lalui dah 'anugerah' yang tidak ternilai sudah ku terima. Betapa payahnya dalam dunia ini nak mencari teman yang boleh dipercayai luar dan dalam, zahir dan batin. Yang hanya ketara dan 'mengarey' melambak-lambak kita jumpa ialah teman yang bermuka-muka. Kat depan cakap lain, di belakang kita cakap lain. Kat depan kita mulut manis, di belakang kita mulut berkudis.

Cikgu Shida

Salam 1 Benua... Semoga hari ini kita akan beroleh kesejahteraan hidup yang lebih baik berbanding hari semalam.
Entri dipagi Jumaat, penghulu segala hari ni saya suka nak berkisah tentang Cikgu Shida. Kenal tak dengan Cikgu Shida nih...??  Alahaii...Cikgu Shida dari Parit yang suka membebel tu.  Tau tak...?  Lagi tak tau ke...? 

Mari sini...saya kenalkan dengan megahnya disini, seorang cikgu yang kreatif, inovatif dan aktif (suka sangat la tuu....).  

Contest Blog Saya Smart

Ha..Ha.. dah ketagih tahap GABAN agaknya, tapi yang pasti dan pasti dan pasti... hari ini saya dah terkena penyakit 'bosan banget', kerja rutin tiap hari bila mata encelang dah segar bugar bergegar maka saya berblogwalking walaupun 30 minit sahaja, dah cukup daripada terus takde langsung, Alhamdulillah.  Jalan-jalan....saya jumpa blog yang ni, tengok jengok nampak gaya kontes ni ok, simple, menarik, tertarik...eeemm


Ni nak cerita pasal KONTES lagi. Kan dah cakap....ketagih tahap GABAN.  Ini kontes ke2 tahun 2011 yang saya join.  Gila-gila lagaknya neh....tapi takpe, asal kita bahagia sebagai penulis blog dan tidak ganggu hidup orang lain, huhuuu... Kontes tetap diteruskan.

Kalau Wanita Memandu Tidak Berhemah, Lelaki?

Boleh terima akal tak kalau orang sekeliling kita berkata cara golongan wanita memandu adalah tidak berhemah dan merbahaya serta kerap mengundang kepada berlakunya kemalangan jalan raya.  Bagaimana pula dengan cara golongan lelaki memandu, dah bagus sangat ke...?


Yang berkaitan, ada kenyataan seorang ahli politik yang diperkatakan ketika bersidang di Dewan Rakyat mengenai cara pemanduan kereta golongan wanita di negara ini amat berbahaya sekaligus mengundang kemalangan telah menimbukan pelbagai reaksi.  


Saya petik dari sumber yang boleh dipercayai sedikit pendapat beberapa orang golongan lelaki yang telah memberi komen mengenai perkara tersebut : -