Cerita Ku Cerita Mu...

Pertemuan Bermula....

Menjadi suratan hidup.... telah ada seseorang yang saya letakkan dan nobatkan di tangga hati saya yang teratas selepas ibu bapa saya... dan dia adalah suami yang tercinta.

Alhamdulillah... bersyukur yang teramat sangat kerana dipertemukan dengan suami. Walau pada mulanya kita dipertemukan dalam situasi yang amat payah...sesungguhnya jodoh itu memang milik kita. Ia adalah hak kita berdua.


Dugaan Dan Kenyataan

Iya...betul...diawal persahabatan dengan abang (suami), terlalu banyak cabaran dan dugaan yang datang menguji diri. Pelbagai tuduhan yang dilemparkan oleh insan2 yang tidak pernah ingin tahu perkara sebenar dan hanya berlebih untuk mencari kesilapan orang lain. Saya pernah dituduh sebagai perampas suami orang...pernah juga dikatakan mengganggu ketenteraman rumahtangga orang dan macam2 yang menyakitkan dan yang buruk2... itulah pandangan mereka2 terhadap saya. Padahal, disebaliknya...hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Diawal rentetan hidup setelah bergelar suami isteri, perasaan malu sentiasa menyelubungi. Walaupun sebenarnya perasaan itu tidak berhak untuk wujud dalam diri, namun diri tetap tewas....tetapi alhamdulillah, perasaan karut itu hanyalah buat sementara waktu. Ketabahan hati abang dicampur dengan kekuatan diri ini serta berkat Ketentuan yang telah diatur oleh Allah s.w.t.... semua itu mampu ditempuhi dan ditangani dengan sebaik-baiknya.


Lahirnya KELUARGA BESAR ini adalah bermula dari ketulusan hati dan cinta yang
benar-benar luhur.


Ribut Sepoi-Sepoi...

Tertulis lagi di papan setia blog cinta kasih sayang ini....sesuatu yang luar biasa tetapi yang nyata bukan ilusi. Sebentar tadi....ribut sepoi2 baru terjadi antara Adam dan Hawa... ala... perkara biasa.. sedangkan lidah lagi tergigit...~~ Redha dengan ketentuan yang telah tersurat dari Ilahi...itulah kekurangan yang ada pada diri dan mungkin kelebihan yang ada pada orang lain. Kesedaran sentiasa menerobos lubuk hati tatkala amarah itu membara. Alhamdulillah... aku tidak dididik untuk berbuat perkara yang diluar kemampuan akal dan fikir.... Sekadar yang biasa2...cubit2 sayang itu adalah lumrah. Macam makan nasi, kalau pakai sudu dan garpu ada yang kekok terasa. Lain pulak kalau hanya makan dengan tangan.....berselera jadinya. eerrrmmm..... Abang masih setia dengan sedikit keegoannya. Namun saya faham, itulah lelaki.... kononnya, mereka bukan lelaki kalau tidak ego. Betul ke...??

Alhamdulillah...

Saya tanamkan dalam diri dan memahat teguh kata2 ini...'janganlah jadi api, biarlah jadi air ketika perlu supaya api yang kecil tidak menjadi terus membara'. Tidak salah kan...? Walau sakit untuk disimpan dan pahit untuk ditelan. Perasaan hormat pada ketua keluarga, perasaan sayang pada permata2 hati anugerah Tuhan....saya perlembutkan hati untuk tidak memanjangkan perkara ibarat remeh itu. Alhamdulillah...abang juga tidak dididik untuk berbuat tidak elok kepada isteri oleh ibu bapanya. Saya tahu, abang lahir dari keturunan yang baik2... Alhamdulillah... keadaan menjadi seperti sedia kala...seperti biasa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan