Oh! Pak Guard

Bagaimana boleh aku tidak marah sedangkan apa yang berlaku cukup memaksa aku untuk jadi marah.

Bekerja diberi gaji setiap bulan. Syarat bekerja pada ketetapan masa bertugas 2 syif 12 jam masing2. Sebilangan daripada tugas adalah seperti :~

Membuat pemeriksaan kawasan bangunan sekolah seperti menutup/memasang lampu, kipas angin, pintu dan lain2.

Membuat rondaan.

Mengawal keluar masuk kenderaan dan orang awam.

Pematuhan terhadap tugas dan arahan, dan

yang lain2 nya aku rasa payah nak sebut. Pun, belum tentu senang untuk dilaksanakan dengan baik oleh Jaga Sekolah kami yang tidak bertanggungjawab itu. Huh..

Dia dah balik dulu sebelum semua staf sekolah balik. Nampak sangat dia tidak menjalankan tugas dengan betul. Tiba masa aku nak balik tengok gate berkunci... bagaimana aku nak keluar... siapa nak jawab? Oh..!

Kenapa dia tidak membuat rondaan pada setiap bangunan sekolah sebelum dia balik meninggalkan kawasan sekolah?

Bayangkanlah... kalau masa tu, ada guru yang terlupa mengunci pintu kelas, pintu pejabat, pintu bilik sumber yang sarat dengan alat2 ICT... siapa nak jawab?

Bayangkan... kalau masa tu, cikgu2 lupa nak tutup suis kipas angin, lampu, komputer dan segalanya tidak ditutup dengan sempurna. Semua tu akan seharian dan semalam terpasang begitu sahaja. Memang salah cikgu yang agak cuai, tapi itu jugak sebahagian daripada tugas Jaga Sekolah untuk meronda dan menutup... siapa nak jawab?

Berbalik pada mangsa kejadian ~ iaitu aku. Oh... Kebetulan petang itu hujan turun dengan lebatnya, kilat sabung menyabung diselangi dengan guruh yang berdentum di langit. Kerusi boleh terpelanting gara2 tiupan angin yang agak kuat pada petang itu. Langit sudah gelap seperti malam hari. Perasaan takut tiba2 menguasai diri. Cepat2lah abang datang.

Bila gate sudah dikunci dari luar... bayangkan bagaimana aku nak keluar? Bagaimana pulak abang nak masuk?

Aku baru teringat minggu lepas, kebetulan bos ada bagi kunci gate duplicate... nasib agak baik, tapi aku tetap mandi hujan dengan tudung yang basah sampai ke kain..

Tak mahu nak cerita panjang2 kisah pak guard yang langsung tidak bertanggungjawab itu. Buat menambah dosa dibulan puasa...baik tak payah.


p/s Menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan