Brownie Cheese Cake


Assalammualaikum, Salam 1Malaysia serta Salam Penuh Kemanisan Bak Kurma buat semua...

Kali nie akak takde sesuatu nak cerita, cuma tiba-tiba saja niat dihati nak berkongsi rasa dengan satu resepi kek yang agak simple dan mudah disediakan. Bahan-bahannya tak banyak...lagi pulak semua bahan-bahan tu senang nak didapati.

Kebetulan, baru petang tadi ada seorang kawan yang pernah akak ceritakan dalam entri sebelum nie bertajuk 'Cerita Top Dengan Bestfriend'' iaitu Yen yang beriya-iya nak mintak resepi kek nie dari akak, jadi dengan berbesar hatinya akak terbitkan sekaligus di laman kecintaan akak ini, eerrmmm....



**Suka nak kenalkan dengan semua,
nak kasi galmour sikit.......inilah bestfriend akak bernama Norazean, manja sikit...kena panggil Yen..hehee...!!


Sorry ye...pic nie agak kabur sikit...kandid dari handphone akak yang murah tu. Pic nie diambil semasa kawan akak nie dijemput untuk memberi ceramah motivasi semasa bengkel bersama ibubapa KEMAS di Kampung Selalang, Sarikei.


Okey, kita lupakan sekejap keglamouran pic bestfriend akak tu,
jom...kita teliti bersama resepi kek brownie :-



BROWNIE CHEESE CAKE

BAHAN-BAHAN
A: 500 gram Brownie Mix Flour
6 biji Telur
B: 100 ml Susu Segar
125ml Minyak Jagung
C: 500 gram Krim Keju
100 gram Gula Halus
3 biji Telur
CARA-CARA MEMBUAT :
  • Pukul bahan (A) sampai ringan,masukkan bahan (B) sedikit demi sedikit sambil pukul sampai adunan kembang 3 kali ganda, kemudian di bahagikan kepada 4 bahagian.

  • Pukul bahan (C) sampai kembang, kemudian di bahagikan kepada 4 bahan.


  • Sediakan loyang 4 segi ukuran 8 inci yang telah di sapu minyak, kukus secara selang seli sampai habis.


* Selamat mencuba.....!!!

Garenti sodaaapp....garenti 'belalak'
nyam...nyam...nyam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan