Tertulislah Entri Kerdil Ini Buat Ibu Blogger Terhebat ~ Kujie

Sebenarnya saya tidak bercadang untuk menjenguk disini malam ni...  Kesibukan rutin disiang hari memang tidak akan ada noktahnya.  Penat sungguh rasanya.  Beginilah kalau dah nama seorang perempuan yang dah menjadi ibu.  Apalagi kalau menjadi seorang perempuan dan ibu yang berkerjaya.  Berdouble trouble penat lelahnya.  Ditambah lagi hebatnya penat 'buatan sendiri' jika menjadi seorang ibu blogger penulis ciput (blogger ke aku nie....?) seperti saya ni.  Tuu laa, sapa suruh buat kerja macam ni... ada orang bagi upah ke? 


Upah upah...tak main la, terjebaknya JR dalam dunia blog ni bukan semata-mata kerana upah, duit atau segala.... tapi, kerana minat yang lebih 110% dari apa yang orang lain minat.  Kerana kau ada minat ko sendiri, aku juga begitu, jadi jangan halang minat atau hobi orang lain.  



Saya suka menulis, pernah menulis beberapa buah cerpen pendek yang pada masa itu saya hanya siapkan cerpen saya dengan hanya menulis tangan sahaja.  Percubaan kedua pulak, saya sanggup berhabis duit (duit ayah sebenarnya...) untuk membeli sebuah mesin taip.  Tidak 100% bertujuan untuk menulis cerpen tetapi lebih 60% untuk membuat kerja sekolah. Kesempatan yang ada dan peluang sudah terhidang didepan mata maka telah saya pergunakan dengan sebaiknya.


Kisah cerpen itu cerita dulu-dulu, saya nak cerita yang hari ini punya...

Mungkin semua geng-geng blogger yang sudah sedia maklum yang mana Blogger merupakan antara perkhidmatan pertama yang dibeli oleh Google, dan sehingga kini ianya masih membolehkan para pengguna log masuk menggunakan akaun Blogger lama.
Namun, ianya tidak lama lagi, memandangkan kini Google telah pun mengumumkan penghentian sokongan untuk akaun Blogger lama.
Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma, Blogger, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google.
Cerita pasal akaun google ni agak 'mengusut masai' kan fikiran saya.  Buka sana, buka sini, klik sana klik sini... dah banyak kali ulang pun memang tak menjadi.  Tolooongg...!!  


Sebelum ni saya memang selalu lawat blog kujie  Hidup Biar Sedap setiap kali kalau saya online (jika terluang...). Nak cerita sikit tentang kujie nie.  Bila timbulnya kisah akaun google ni pulak, makin menjadi-jadilah kak jie jadi mangsa saya untuk bertanya itu ini.  Ampun kak jie...

Kalau singgah blog kak jie saya akan baca entri terkini beliau dan sekaligus saya akan bertanya apa yang saya tidak tahu, tidak faham termasuklah tentang kes nak bertukar ke akaun google ni.  

Agaknya kan... mesti kak jie dah pening lalat asyik nak layan JR tiap masa.  Ehh..tak lah..  Untuk makluman semua...kak jie adalah seorang 'ibu blogger' yang terhebat yang pernah saya temui.  Beliau tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan akan melayan apa saja kemusykilan yang dihadapi oleh teman-teman blogger yang lain.  Betul.. kalau tak caya, jom laa pegi lawat blog kak jie, klik nie kujie (promote sikit kak jie...tanda penghargaan saya terhadap kak jie atas jasamu yang tidak ternilai...) Tapi kak, sampai saat ini 'tugasan' akaun google saya belum menjadi.  Saya tengah ligat dan kuat berusaha jugak, tak peduli ribut taufan banjir tsunami...waa...saya redah jugak.

(sambung kisah kak jie)
Kalau kita baca jer entri beliau, kita mesti akan 'terkesan', paling tidak pun kita mesti akan tersenyum puas bila singgah di blog beliau dan pasti bercadang untuk singgah lagi dilain hari, emm..  Saya banyak belajar dari kak jie tentang 'alam maya' berblogger nie.  Disamping cubaan berani diri sendiri yang tidak pernah cuak untuk meneruskan kerjaya buatan sendiri ni.  Saya tak peduli apa orang akan cakap tentang saya, asalkan saya bahagia dengan dunia saya dan tidak mengganggu sesiapapun.  



Terima kasih daun keladi kak jie, nanti-nanti saya akan lawat blog kak jie lagi.  Kak jie tolong orang memang tak rugi pun kak jie, malah lebih dari itu... Allah akan balas dengan setimpalnya dengan apa yang telah kak jie buat untuk saya mahupun teman-teman bloggger yang lain.




Kak Jie...Best of the Best...!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan