Bosan vs Malas?

Hampir tiap hari Jul lepak-lepak kat sini...tapi jari-jemari seperti tidak 'teringin' untuk melakukan apa yang sepatutnya dilakukan.  Kenapa agaknya...adakah aku sudah bosan dengan hobi ku ini...?


Semalam, saya sempat menaip sedikit...konon-konon nak siapkan satu entri.  Tapi, yang jadinya macam ni :-


View image detail
Hahaha...saya terlelap dan netbook saya 'berjaga' semalaman seorang diri.  Apa yang saya rancang nak buat dalam entri entah ke mana pergi, hakksss....!  Saya terjaga balik lebih kurang 2 jam selepas itu.  Bayangkan...betapa lesunya jari-jemari saya sejak akhir-akhir ini.  


"Malas kah aku? Atau...Aku sudah mula merancang nak pencen dari dunia ku ini...?"



View image detail


View image detail


Memang, seminggu dua ini banyak tugasan yang lebih penting perlu disiapkan.  Sini situ sana sinun....semuanya kata 'urgent'.  Begitulah hakikat yang harus kita terima dan telan dengan seadanya jika kita sedang dan masih BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.  


Kita Jul Rahman bukan bos pun nak senang-senang mengarah orang buat kerja, kan... Kalau bos sekalipun, janganlah buat arahan sesuka hati kepada orang bawahan kita.  Jangan ingat bila kita jadi bos, kita boleh goyang kaki.  Yang sepatutnya, kita sebagai bos lah yang mesti bekerja keras supaya orang bawahan kita akan hormati kita dan begitu juga sebaliknya.


Tidak kira kita di tahap mana dan siapa pun kita, kita harus menghormati antara satu sama yang lain.  



Pagi ini, atas meja saya agak kemas sedikit sebab satu tugasan sudah beres dan sudah dihantar kepada pihak pengurusan petang semalam.  Otak fikir sudah mula merasa sedikit tenang.  Tetapi masih ada satu lagi beban berat yang saya mesti pikul dan harus dikemas kini pada masa-masa tertentu.  Arrggghhh.....!! 


View image detail


Dah sampai masa nak makan sesuatu yang boleh mengenyangkan... keluar rumah awal pagi setitis air pun belum masuk lagi dalam perut ni.  Harus diingat, sarapan pagi kita adalah penting untuk bekalan seharian sebelum menjalankan sesuatu tugasan.  Perut kosong, akal pun kosong.  Dari itu, jangan abaikan sarapan anda.


Pagi ni seperti biasa, saya bancuhkan Coffeemix 3 in 1 dan mengunyah tanpa henti :-

Kreker Magic Flakes with Peanut Butter Cream

Manisan Guava

Dan, sebiji epal hijau

Cukup sangat-sangat untuk mengalas perut sementara menunggu ketibaan Chinta Hati.  Nyam...nyam...nyam.


Nak kongsi sikit info tentang kelebihan sebiji epal hijau yang baru saya habiskan sebentar tadi :-



Menurut kajian, epal hijau dapat membantu tubuh wanita mempertahankan kadar estrogen pada saat menopouse. Gangguan penyakit saat menopouse seperti ancaman penyakit jantung atau kerapuhan tulang kerana rembesan hormon estrogen yg berkurangan boleh di cegah dgn zat yg terdapat dalam buah epal terutamanya epal hijau. 


Epal juga mengandungi kandungan serat yg amat tinggi, iaitu sebanyak lima gram utk setiap biji buah epal yg berukuran sederhana besar. Jumlah ini adalah tinggi dpd kandungan kebanyakan produk berasakan bijirin. Serat ini bermanfaat utk melancarkan pencernaan dan menurunkan berat badan. Selain itu, masalah sembelit yg biasanya menghantui golongan yg gemar berdiet kini tidak menjadi masalah lagi jika buah ini dimasukkan dalam menu harian anda..

Meskipun bermanfaat mengatasi masalah sembelit, buah epal juga berkhasiat utk meredakan cirit birit seperti mana yg diterangkan oleh Miriam Polunnin dlm bukunya bertajuk Healing Foods. Menurut buku tersebut, epal sgt bermanfaat sebagai ejen pencernaan. Buah ini hampir tanpa lemak dan kolesterol, sehingga sesuai sekali dimasukkan sebagai menu bagi wanita-wanita yg ingin berdiet. Jadi..apa tunggu lagi? Jom kita minum jus epal hijau. Sedap!

Bahan-bahan
>1 biji epal hijau
>2 inci saleri
>1 sudu gula pasir
>1 sudu madu
>ais batu hancur

Cara-cara
1.Epal dikupas kulit dan dipotong kecil
2.Masukkan sume bahan-bahan dalam blender dan kisar sampai halus
3.Sedia untuk diminum
*selain itu boleh jugak tambah bahan lain seperti oren dan karot.

** Ehsan sedut dari blog Cendana Kasih

View image detail






Tiada ulasan:

Catat Ulasan