Bila Ku Kenang Airmata Bergenang

Bagai percaya atau tidak...airmata ini tiba-tiba bergenang bila membaca artikel 'Cinta Sejati Eddie Wings'. Kenapa...??

Yang jelas naluri ini amat tersentuh sekali bila mendapat tahu isteri pemuzik terkenal itu menghidap penyakit kencing manis dan kaki kanannya telah dipotong sehingga ke paras betis dan kini dia menggunakan kaki palsu.

Lebih 'menyentuh' hati ini bila melihat betapa luhurnya cinta seorang lelaki yang bergelar suami ini kepada isterinya, Norlela.

Eddie tidak kekok untuk memimpin tangan isterinya yang bertongkat. Tidak cukup dengan itu...Eddie lebih jelas menampakkan betapa perasaan sayangnya kepada isterinya itu dengan menggenggam erat jemari Norlela yang kelihatan agak payah untuk melangkah.

Sungguh....hati kecil ini memang tersentuh.




Ingatan ini terus mengingati seseorang. Seseorang yang terlalu istimewa dan paling bermakna dalam hidup ini iaitu...EMAK.


***pic ini diambil semasa kami sekeluarga menyambut HARI IBU tahun 2010.


Emak bernama Yah Bt Mahrup, kalau ikut tarikh lahir emak dalam kad pengenalan sehingga kesaat ini emak sudah berusia 70-an. Alhamdulillah...

Emak juga mengidap sakit kencing manis. Semenjak 2 bulan yang lalu emak dinasihatkan oleh doktor untuk menggunakan suntikan insulin bagi mengawal penyakitnya itu. Emak takut pada mulanya, tak berani nak melakukan suntikan itu dengan sendiri. Kasihan mak... Maka tanggungjawab itu telah diserahkan kepada aku. Dan, sekarang sudah hampir 3 bulan aku menjalankan tugas sebagai 'jururawat peribadi' kepada emak. Sedikit pun aku tak kesah...malah aku bersyukur kerana dalam masa yang sama aku dapat berbakti kepada emak dan sentiasa ada disisi ketika emak memerlukan. Suntikan insulin itu dibuat sekali dalam satu hari iaitu pada malam hari sahaja setiap kali selepas makan. Sesekali, emak akan merungut bila asyik 'dicucuk' bahagian perutnya, aku yang sentiasa mendengar rungutan emak itu seperti sudah lali sangat-sangat.

Bagaimana boleh emak tidak merungut...sakit tu..! Kasihan mak. Tapi demi untuk mengawal penyakit itu daripada lebih berlarutan maka itulah cara yang terbaik.

Hampir setahun sebelum tahun 2011 ini....emak pernah melalui hari-harinya yang amat sukar. Tumit kaki emak sebelah kanan pernah luka. Tidak serius pada mulanya, hanya terkena sedikit goresan simen lantai dan berlarutan menjadi luka yang besar dan berlubang.


***ini pic luka ditumit kaki emak yang sempat diambil. Cuma pic yang terkini sering terlupa nak mengeditkan disini.

Pic (1) Luka masih diperingkat awal. Permukaan luka yang berukuran hampir 6cm.

Pic (2) Perubahan yang ketara selepas menggunakan produk Gamat Emas. Luka semakin mengecil kepada 5cm.

Pic (3) Luka semakin pulih dan kering. Permukaan luka sudah hampir tertutup.

Hari ini luka ditumit kaki emak sudah pulih sepenuhnya. Alhamdulillah....syukur kepada Allah yang memberi segala dugaan ini dan menetapkan iman emak dan juga meneguhkan semangat anak-anak emak untuk membantu memulihkan 'kelukaan' yang amat menguji itu.

Nak dijadikan cerita, sudah bermacam-macam jenis ubat telah dicuba untuk merawat luka emak tetapi hasilnya tidak seperti yang kita harapkan. Daripada ubat yang murah sehingga ke harga yang agak mahal pernah dibeli tetapi masih sia-sia. Sehinggakan jugak, emak pernah berputus asa. Emak sering menangis dan tertekan dengan sakit yang ditanggungnya itu selama hampir 4 bulan. Emak hanya mampu duduk dan baring diatas katil sahaja. Hendak mandi pun payah apalagi kalau hendak berjalan, memang susah.

Ibu....ibu...engkaulah RATU HATIKU. Bila ku berduka...engkau hiburkan selalu...ibu...ibu...engkaulah RATU HATIKU.

Kala kita berduka ibulah teman setia, kenapa pula disaat ibu berduka kita pula menjadi sebaliknya? Kenapa ibu seorang mampu menjaga anak 10 orang...?? Dan, kenapa pula anak yang ada berdozen-dozen mengalahkan sepasukan futsal itu tidak mampu nak menjaga ibu seorang....?? Sakit pening susah payah dan tangis seorang ibu dihadapan kita adalah CUBAAN dan DUGAAN dari Allah semata-mata untuk umatnya. Renungkanlah....

**************************

Produk GAMAT EMAS adalah produk yang banyak membantu dan cukup berjasa. "Ubat bagai turun dari langit....!!" (kata-kata itu yang emak pernah lafazkan....) kerana belum sempat sampai 1 bulan emak menggunakan produk gamat emas itu luka emak sudah menampakkan perubahan yang pulih dengan ketara.


***ini Set Produk Gamat Emas yang emak gunakan. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut sila klik link ini http://www.gamatemas.com/ge_katalog.php



Semenjak dari kejadian itu, aku telah menjadi sebahagian daripada Ahli rasmi Produk Gamat EMAS. Sekaligus, ikatan persahabatan yang kian rapat telah terjalin dengan seorang Stokis Gamat Emas ini iaitu, Mdm. Tiong Kie Hie yang lebih mesra dipanggil Hui.

"Terima kasih Hui...kerana tidak putus-putus memberi perangsang kepada aku untuk terus tabah menghadapi dugaan ini....( hidup Hui....hehehe).

p/s Untuk diri sendiri, untuk teman-teman serta sesiapa sahaja yang mempunyai kaum kerabat sanak saudara mahupun diri sendiri yang menghidap sakit kencing manis nie...jangan mudah berputus asa. Jangan menganggap penyakit ini adalah penyudah kepada nadi hidup. Selagi ada kudrat dan selagi ada tulang empat kerat yang sempurna...berusahalah untuk mendapatkan apa yang terbaik untuk diri dan orang-orang yang tersayang di sekeliling kita. Jangan terlalu berkira dan jangan 'sayangkan' duit kalau ingin sihat seperti orang lain. Jangan jadi sesalan yang tidak berguna di kemudian hari jika akan ada sesuatu yang berlaku kepada dia, mereka dan sesiapa sahaja yang kita sayang.

***Entri ini tiada kait mengait dengan sesiapa samada yang hidup atau yang telah tiada...tiada juga berniat untuk mengaibkan sesiapa. Mohon maaf kepada sesiapa yang terasa atau sebaliknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan