November & Scorpio

Hari ini hari pertama bulan April, 2011.  Tiada yang istimewa rasanya untuk dikongsikan bersama.  Jika ingin ku katakan tentang hari semalam...Mac 2011, ada sekelumit kenangan manis dan pahit yang menjadi 'tetamu' bagai tanpa diundang melekat disanubari.  Tetapi aku tidak akan mengimbas kembali kenangan itu, biarkanlah ia berlalu...


Iya...Laman kecintaan ku ini aku sifatkan ia setaraf dengan 'diari' tetapi tidak terlalu peribadi.  Bila hati berbisik, aku akan menulis disini.  Aku memberi kebenaran dan amat mengalu-alukan kesudian semua rakan-rakan taulan, teman seperjuangan, saudara/i, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang SUDI dan TERBUKA HATI untuk menjadi tetamu di teratak ku ini.


Nak cerita sikit tentang zodiak.  Bulan April tapi dengan bangganya aku nak buka cerita bulan November.  Rasanya ramai antara kita yang berminat dengan cerita nie...antara yang berkaitan ialah kalau ikut tarikh lahir, sesiapa yang tergolong dalam kumpulan zodiak 'Scorpio' ini adalah entri untuk anda.  







Khas untuk anda dan ini adalah hari anda.  Dan, karakter zodiak scorpio dibawah nie diambil dari (www.untukku.com).  






Zodiak SCORPIO (24 Oktober - 21 November)


Panjang Akal, Pendiam, Pendendam, Gigih, Tekun
Nomor Keberuntungan : 2, 9, 16, 27, 32, 47
Aroma Keberuntungan : Lada Hitam, Kopi, Kayu Pinus, Bunga Sedap Malam
Planet Yang Mengitari : Mars & Pluto
Bunga Keberuntungan : Tumbuh-Tumbuhan Yg Berduri
Warna Keberuntungan : Merah Tua
Batu Keberuntungan : Batu-Batuan Yang Berwarna Merah Darah
Elemen Keberuntungan : Air


Pasangan Serasi : Taurus Para scorpio merupakan orang yang giat, emosional dan posesif.  Mereka suka bekerja keras dan perfeksionis; mereka selalu melihat hidup dari sisi pahitnya.  Mereka tidak menyukai kelemahan baik dalam diri mereka sendiri maupun dalam diri orang lain. Mereka sangat dermawan dan penuh kasih dan selalu membela kaum yang lemah. Mereka pandai menyimpan rahsia dan memiliki insting yang kuat.  Daya tariknya ada pada tatapan matanya yang dapat menarik orang dengan kekuatan magnetiknya.  Scorpio dapat menjadi orang yang setia, namun juga musuh yang berbahaya.  Mereka memiliki peribadi yang penuh etika dan berpegang teguh pada peraturan yang mereka yakini dalam hidup mereka. Sikapnya yang suka menolong, setia membuat orang yang mengenalnya merasa beruntung berada di pihaknya. Jika kamu berada di pihak yang berlawanan dengannya,  maka ia akan menjadi musuh yang pendendam dan kejam.  Tidak ramai yang menyedari kemampuan sejati scorpio kerana sikapnya yang pendiam dan rendah diri terhadap apa yang telah mereka capai.  Mereka orang yang selalu menepati janjinya dan jarang menarik kembali kata-kata yang telah terucap dari mulut mereka.  Mereka pengamat yang cermat dan pandai mengukur situasi. Mereka tidak pernah terlibat dalam situasi tanpa persiapan yang matang, maka dari itu mereka selalu menjadi pesaing.  Mereka selalu bersedia menolong yang lemah, penuh informasi dan pandai menjaga rahsia. 
Asmara para Scorpio : Scorpio adalah zodiak yang paling perasa.  Mereka penuh gairah, setia dan sangat romantis.  Mereka tidak akan terlibat dalam suatu hubungan tanpa penyelidikan terlebih dahulu untuk mengetahui apakah pilihannya itu merupakan peribadi yang setia dan jujur.  Bila iya, maka ia akan menunjukkan sisi peribadi yang selama ini dia sembunyikan.  Mereka sangat pencemburu jika menemukan sesuatu yang dicurigai tanpa alasan yang kuat.  Tidak ada yang dapat menyakiti Scorpio kecuali perasaan dicurangi dan dikhianati oleh pasangannya.




************************************************

Seorang yang jujur, setia, suka merendah diri, suka menolong orang yang lemah, penuh kasih sayang, dermawan dan memiliki insting yang kuat.

Seorang yang pendendam.

Errmm... Jika anda 'mengiyakan' bahawa anda sebenarnya memang seorang yang berkarekror begitu, maka anda akan dikatakan seorang yang 'perasan' (agaknya....lebih kurang begitu la suara-suara teman berbisik...).  Jika anda 'menidakkan' kenyataan itu apakah anda seorang yang hipokrit atau anda sebenarnya adalah berkarektor yang sebaliknya dimaksudkan oleh tafsiran itu.  Apa yang nyata, kita tidak akan layak menghakimi diri sendiri dan tidak 'cocok' untuk menilai keperibadian sendiri.  

Dan ini cerita disebalik bulan kelahiran 'November' kajian dari Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.
Suka-suka jer nak kongsi nie...jangan percaya 100% ye...Kalau ada kemusykilan contact Dato' Fadzilah sendiri, hehee.... lagi afdhal.  Cukup dengan membaca dan fikirlah...yang baik eloklah dijadikan panduan dan yang tak baik tu eloklah difikir-fikirkan.


***************************


jika anda lahir pada bulan NOVEMBER


berkemungkinan anda memiliki sifat-sifat ini :-


Banyak idea.
Sukar untuk dimengerti atau difahami sikapnya.
Berfikiran ke depan.
Berfikiran unik dan bijak.
Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa.
Pemikiran yang tajam.
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
Bagus untuk jadi doktor.
Cermat dan teliti.
Sifat yg berahsia, pandai mengorek dan mencari rahsia.
Banyak berfikir, kurang bicara tetapi mesra.
Berani, pemurah, setia, dan sabar.
Terlalu degil dan keras hati.
Apabila mau akan diusahakan sehingga berhasil.
Tidak suka marah kecuali digugat.
Cara berfikir yang lain dari orang lain.
Otak yang sangat tajam.
Pandai mendorong diri sendiri.
Tidak menghargai pujian.
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu akan mencuba sampai berhasil.
Badan yg kuat.
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam.
Romantik.
Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
Suka duduk / diam di rumah.
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
Amanah, jujur setia dan pandai berahsia.
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
Bercita-cita tinggi.
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

***************************************

Dan, yang terakhir disini dapat saya kongsikan...bulan kelahiran November jugak, tetapi ini adalah kajian dari pakar kaji selidik Mentality Research Of Institute.  Mari kita sama-sama baca...




NOVEMBER lagi...
agaknya lah, mungkin sekali anda memiliki sifat-sifat yang tersenarai seperti dibawah:-

- Banyak helah dalam menghadapi pasangan.
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Degil dan engkar dengan pasangan.
- Tidak suka dikongkong oleh pasangan.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Tidak menghargai perhubungan.
- Sambil lewa dalam perhubungan.
- Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
- Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan.
- Kurang bersama dengan pasangan.
- Pasangan Ideal: 4,7


Memadai rasanya untuk kali ni, entri nie simple-simple saja.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan