Cikgu Shida

Salam 1 Benua... Semoga hari ini kita akan beroleh kesejahteraan hidup yang lebih baik berbanding hari semalam.
Entri dipagi Jumaat, penghulu segala hari ni saya suka nak berkisah tentang Cikgu Shida. Kenal tak dengan Cikgu Shida nih...??  Alahaii...Cikgu Shida dari Parit yang suka membebel tu.  Tau tak...?  Lagi tak tau ke...? 

Mari sini...saya kenalkan dengan megahnya disini, seorang cikgu yang kreatif, inovatif dan aktif (suka sangat la tuu....).  





Betapa meletupnya Cikgu Shida sekarang, sampai masuk surat khabar muka depan, masuk tv, entah masuk apa lagi pun...masih ramai yang tak tau ke?  Kecewanya hati..!  Tapi saya yakin, daripada ramai yang tak tahu tu, lebih ramai sebenarnya yang memang dah tahu dan kenal dengan cikgu ni.  Atau, ada saja-saja yang buat tak tau.

Masa pertama kali saya masuk blog Cikgu Shida ni adalah berpunca dari aktiviti blogwalking saya setiap hari. Dan terklik lah pulak dengan video panas beliau yang membuatkan beliau dikenali ramai dan popular sehingga hari ini.  Agaknya, popular video Cikgu Shida ni mengalahkan hangatnya video Lelaki Y (ooppsss....).

Sini, saya kongsikan bersama video youtube terhangat Cikgu Shida >>


Disebabkan tersiarnya video ini lah Cikgu Shida jadi perhatian ramai.  Ada yang memuji dan tidak kurang juga yang mengeji.  Apa yang peliknya ialah... Kenapa ada sebilangan daripada kita yang tidak senang hati dengan apa yang telah Cikgu Shida buat.  Buruk sangat ke...hina sangat ke perilaku Cikgu Shida dalam video nih?  Apa yang kita nampak hanyalah miming yang biasa-biasa sahaja, tukar baju, tukar watak, pelbagai memek muka, menari, menyanyi...itu semua biasa.  Biasa dilakukan oleh kebanyakan orang cuma yang bebezanya ialah cara penyampaian Cikgu Shida berbanding orang lain.  Dan, nasib lebih memihak kepada Cikgu Shida sehingga penyampaian murni yang beliau lakukan melalui video ini diiktiraf oleh segelintir golongan-golongan yang cukup memahami.  

Kenapa pihak stesen tv sudi nak jemput Cikgu Shida, sudi menemuramah... sampaikan penyanyi No 1 negara pun tidak ketinggalan pernah menyuarakan hasrat untuk menjemput Cikgu Shida hadir bersama dalam rancangan tv berkaitan.  Kenapa pihak penyiaran surat khabar sanggup susah-susah buat liputan tentang Cikgu Shida dan meletakkan gambar beliau di muka depan lagi...? Kenapa?  Kita sama-sama fikirkan dan renung-renungkan.  

Lumrah alam... biasanya orang yang cuba berbuat baik dan berniat murni begini memang akan berdepan dengan banyak cabaran dan dugaan.  Begitu juga saya tafsirkan dengan nasib Cikgu Shida.  Tidak semua orang yang ada disekeliling kita ini mahu melihat kita senang dan dipuja-puja oleh orang ramai.  Kalau kita disanjung, kita dipuji dan kita mendapat rezeki lebih pasti ada yang dengki, cemburu dan cuba menenggelamkan kita.

Cikgu Roshida Abd Aziz bukanlah seorang cikgu yang calang-calang orangnya.  Ramaikah cikgu-cikgu yang berani tampil melakukan seperti apa yang telah Cikgu Shida ni buat?  Adakah...? Lebih-lebih lagi cikgu perempuan (mohon maaflah kepada semua cikgu-cikgu semua...) seperti Cikgu Shida ni.  Mungkin ada ramai cikgu-cikgu yang kreatif di Malaysia ni tetapi mereka tidak berani untuk menonjolkan diri dengan bakat yang ada.  Tidak berani tidak bermakna mereka tidak kreatif seperti Cikgu Shida, ada kemungkinan semangat kental yang mereka miliki belum cukup untuk menyamai semangat waja yang ada pada Cikgu Shida.

Saya kerap menjenguk blog beliau.  Saya sudah baca juga surat dari seorang hamba Allah dan dihantar ke Berita Harian.  Ada juga email yang sedap didengar dari seorang hamba Allah juga, saya ada membaca.  Rasanya tak perlulah saya siarkan surat itu disini dan mengulas mengenai isi surat itu.  Apa yang sudah Cikgu Shida jawab sudah cukup memadai untuk menyenangkan hati banyak pihak terutamanya penulis surat itu sendiri.  

Saya tidak ada apa-apa hubungan keluarga pun dengan Cikgu Shida.  Saya juga bukanlah seorang cikgu atau apa-apa.... cukup dengan menjadi saudara sesama islam maka saya mampu menyelami sedalamnya lubuk hati beliau tentang bagaimana ikhlas dan murninya niat beliau semasa mula-mula menjebakkan diri kedunia miming ini.  Mungkin ramai yang beranggapan kenapa saya perlu menerbitkan entri ini dan memuji bermati-matian Cikgu Shida tu, sedangkan siapa sangatlah dia...?  Iya...Cikgu Shida bukan siapa-siapa pun didunia ini, tetapi sebagai sesama umat manusia kita harus hormati niat serta pendirian beliau.  Jangan sekat minat dan kemahuan orang lain.


** Gambar semasa Cikgu Shida menjadi hakim Action Song di Karnival Bahasa PKG Parit.

Saya tidak bercadang untuk menulis terlalu panjang disini.  Nanti ada saja teman-teman yang tidak suka dan meluat.  Tapi, mohon maaflah banyak-banyak kepada sesiapa yang seandainya tidak menyenangi entri ini.  Bacalah entri-entri lain yang rasanya tidak menyakitkan hati.  

Buat Cikgu Shida, tabahkan hati dalam mengharungi liku-liku hidup sebagai seorang yang sudah dikenali.  Lebih banyak lagi dugaan dan cabaran yang akan datang menghampiri cikgu hari demi hari.  Apa yang penting, semangat dan nawaitu kita tidak lari dan tidak terpesong dari landasan yang betul.  Jangan peduli apa yang orang-orang lain perkatakan, semuanya hanyalah untuk memeningkan kepada dan menyesakkan fikiran.  

Segala nasihat dan teguran yang membina daripada teman-teman sekeliling kita moleknya diambil untuk bekalan di hari muka.  Andai ada sebilangan dari mereka yang sengaja memburuk-burukkan kita dan menuduh kita tanpa usul periksa ada manisnya kita berdoa semoga mereka diberi petunjuk dari Allah agar hati mereka akan tenang dan beroleh kedamaian hati yang sepatutnya.

Teruskan usaha dan perjuangan murni ini.  Dalam melakukan hobi yang kian membawa makna ini, tanggungjawab mu kepada anak bangsa jangan sekali-kali diabaikan.  Saya percaya cikgu tidak begitu, kan...  Jadi, tanamkan semangat agar kita menjadi seorang guru yang baik, dedikasi, cemerlang dan terbilang di padangan mata hati anak-anak didikmu dan kaum-kaum kerabat mu.


p/s lepas nie nak pekak kan telinga dan butakan mata....huuuuuhuhuhu

3 ulasan:

  1. entri yg positif...mate pun x sakit membacanye...:)

    BalasPadam
  2. Salam awak. Terima kasih singgah blog saya.

    Cikgu Syida hanya ada satu dalam beribu. Itu kelebihan dia. Dia support kretiviti dia asalkan dia dan kita sama-sama bahagia. Ye tak

    Pasal exchange link tu macam nie,

    http://zulman77.blogspot.com/
    Letak di page exchange link sama ada guna nama awak (contohnya jul rahman) ataupun letak atas nama keyword blog awak. (contohnya kisah-kisah usahawan jika nice blog awak cerita pasal usahawan).
    Jika awak dah glamour macam red mummy, orang akan cari awak dengan taip jul rahman. Tak taip url penuh blog awak. Sama juga jika orang cari cerita-cerita usahawan, dia akan taip kisah-kisah usahawan. Nanti blog awak akan keluarlah mana-mana page.

    Nak lebih jelas, awak boleh terjah blog mohd isa.

    BalasPadam
  3. N'dninety, terima kasih awak....memang suka berfikiran positif, semoga orang lain akan pandang positif jugak kat kita...kan..

    Shamizu ~ ok, lepas ni saya try buat. Thanks ekk...

    BalasPadam