Kerana Tak Sayang Mulut

Kerana mulut badan binasa... kerana tak sayang mulut diri sendiri tercedera. Emm... selalu sangat dengar teman-teman sekeliling bercerita tentang kisah 'mulut' ni, sebab didalam dunia yang penuh dengan suka duka ini ada tersirat jua kisah pahit dan manisnya, dan disitu jugalah adanya pelbagai ragam manusia yang kita jumpa.

Bila mendengar teman bercerita tentang masalah sendiri, keluarga, negara dan dunia aku jadi serba salah. Dalam keadaan yang terpaksa juga aku jadi rasa dipaksa untuk menjadi pendengar ( ehh...betul ke ayat yang aku tulis nih....??? ) kepada cerita-cerita mereka dongeng yang tidak berfaedah bagi aku.

Ikut hati mati...ikut rasa binasa. Haa...itu yang aku dah pun lalui dah 'anugerah' yang tidak ternilai sudah ku terima. Betapa payahnya dalam dunia ini nak mencari teman yang boleh dipercayai luar dan dalam, zahir dan batin. Yang hanya ketara dan 'mengarey' melambak-lambak kita jumpa ialah teman yang bermuka-muka. Kat depan cakap lain, di belakang kita cakap lain. Kat depan kita mulut manis, di belakang kita mulut berkudis.




Aku dah sesak nafas, nasib baik tidak masuk senarai sebagai penghidap penyakit asthma.


Tu laa...lain kali engko punya mulut sikit mau jaga, jaga banyak pun itu lebih baik daripada engko jadi mulut celupar... Sebelum engko nak cakap, nak luah....ko kena tapis dulu, fikiq-fikiq dulu, guling-guling dulu....baru boleh cakap lepas, jangan main redah main langgar main hentam, dan kang....ko dah TERKENA. Padan muka...!!


Mohon ampun...mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki atas segala 'keilafan' kesilapan yang telah aku lakukan. Aku tidak pernah memuji bahawa aku ini insan sempurna dan mulut ku juga lebih kurang sama dengan mulut korang jugak, cuma masalahnya mungkin mulut korang lebih seksi berbanding mulut aku yang senget sebelah lebih kepada bibir orang negro ni....( ehh...bibir orang negro cantek ape...seksi seksa laa....) huhuuuu... Aku suka JLo...!!
** Aku suka JLo...!!


Lepas ni engko kena lihat dulu sapa kawan engko yang boleh dipercaya 110%. Jangan nanti pisang akan berbuah 5 kali, ko nak tambah jadi 10 kali, tak elok awak...!!

Hello..., lain kali sebelum cakap toleh belakang, kiri dan kanan baru 'on'...jangan sebarangan klik...klik...klik...nanti yang lain kau dapat.


Seriusnya nak bercakap...
Aku ingin mengubah sedikit prinsip hidup, lepas ni aku nak ZIPkan mulut seketat-ketatnya untuk perkara yang tidak berfaedah. Aku ini manusia biasa....ada ketika aku akan lakukan kesilapan dan ada ketika orang yang buatkan aku jadi silap. Aku juga bukan manusia yang sempurna tapi aku ada harga diri yang harus aku pertahankan dan tunjukkan kepada teman bahawa aku bukan seperti yang disangkakan. Biar aku miskin harta pada pandangan teman tetapi aku tidak miskin budi bahasa.




*** Ambik ko....pukul kepala sendiri biar engko sodar...!!


3 ulasan:

  1. iya gan kita harus menjaga mulut kita
    biar tidak jadi perpecahan diantara teman

    BalasPadam
  2. Camni jer Jul.
    Sumber @ kredit to : http://shafizums.blogspot.com
    Kacang jer. Hehehe....

    BalasPadam