Kawan Ku Kawan Mu Jua

Kawan yang kita ada didalam dunia ini ada bermacam-macam jenis dan rupa.  Ada kawan baik, kawan karib, kawan rapat, kawan sekadar kawan dan macam-macam kawan (kawan lawan pun ada masuk list...ermmm....).  Tapi, ramai yang tidak tahu apa sebenarnya beza atau persamaan diantara kawan, sahabat atau rakan.  Payah nie....saya pun tak tahu apa beza atau persamaannya.  

Kawan yang ngegeh 'mengada-ngada' pun ada jugak.  Tau tak 'ngada-ngada' tu apa?  Rasanya, kalau ikut 'kamus' saya, ngada-ngada tu lebih kurang macam 'gedik' yang suka cakap itu ini begitu begini tetapi sebenarnya habuk pun tarak 'kosong' belaka.  Lebih kurang jugak macam 'cakap tak serupa bikin' dan suka menunjuk-nunjuk atau yang lebih best kita cakap macam berlagak.  Eemmm...itu tafsiran kamus saya la, kalau ada yang lebih pakar lagi dalam hal nie, tolong tambah la ye, bagitau je apa sebenarnya yang dikatakan dengan mengada-ngada.  Lagi dekat contohnya dengan kawan mangada-ngada ni ialah kalau part kita beli sesuatu barang.  Kalau kawan tu tetiba cakap dia nak beli jugak kalau boleh yang lebih banyak dan lebih besar dari yang kita dah beli tu.  Ha...fikirlah sendiri. 

Kalau ada kawan yang menghantar sms tengah malam pulak, ini cerita lain.  Pasti akan timbul rasa kehairanan dalam hati sebab dalam kotak fikir kita agak pelik la pulak kalau nak bersms  tengah malam macam tu.  Kalau kawan yang begini saya kelaskan kepada kawan yang pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang orang lain.  Tapi, ikut logiknya dalam berkawan ni... saya tidak salahkan kawan yang begitu.  Malahan kalau saya berdepan dengan situasi ini saya akan layan dia sebagai kawan tapi 'rela dalam terpaksa' me'reply'kan balik sms dia. Hahaha.... Handphone kena buat silent dan vibrating sebab takut 'orang sebelah' yang tengah tidur dengan nyenyak itu akan terjaga.  Nanti tak pasal-pasal cerita lain pulak yang timbul, lagi parah. Noktah.

Kalau duduk dengan kawan yang suka bercakap dan suka bercerita pulak saya rasa kawan jenis ni lagi hebat.  Kena tapis betul-betul dulu setiap cerita yang keluar dari mulut dia.  Ada nanti cerita yang dia sampaikan kepada kita tu lebih kurang seperti ingin menceritakan tentang kawan dia yang lain pulak.  Apa maknanya tu?   Maknanya, dia nak menceritakan tentang kawan dia 'si anu' tu kepada kita.  Pulak.... Kalau cerita baik takpe, kalau timbul cerita yang tidak enak didengar tu yang kita tak mahu.  Telinga ni tetiba jadi panas.   Maka, kawan jenis ni kita dapat gelar sebagai 'kawan' tetapi 'lawan' yang sanggup mengkhianati kawan sendiri.  Didepan kita dia berlagak baik dan ingin membantu dalam susah atau senang.  Tetapi bila dibelakang kita pulak semuanya jadi lain.  Memang tak boleh dipercaya dan tak boleh diharap.  Lebih senang nak cakap jenis ni ialah 'kawan makan kawan'.  


Kalau boleh dielak memang kita nak mengelak daripada berjumpa dengan kawan macam ni.  Tapi, dalam ramai-ramai kawan kita yang ada memang payah nak menilai siapa kawan yang sebenarnya kawan.  Lebih jelas dan cun saya kategorikan kawan jenis ini ialah kawan yang hipokrit. 

Kalau hujung bulan bila hari gaji poket kita mesti penuh...ini cerita duit.  Macam tau-tau jer ada kawan yang tetiba hubungi kita nak ajak keluar makan.  Dah la tu, dia ajak kita makan tetapi kita pulak yang bayar.  Macam mana nie...?  Kalau poket penuh dan hati senang pasti ramai yang suka berkawan dengan kita.  Betul tak?  Dan kalau poket kering hati pun susah...ada tak kawan yang pedulikan kita? Ada tak kawan yang sanggup pinjamkan duit untuk kita?  Ini jenis kawan yang kita layak kelaskan kepada 'kawan mata duitan' semata-mata.  Kalau makan ramai-ramai bayar sorang-sorang...ini dah kira macam 'kawan cekik darah'. Ada tak kawan jenis ni?  


Yang lebih sedihnya bila kita duduk makan sama-sama dengan kawan yang hanya sanggup bayar apa yang dia sendiri makan sahaja (siap hitung duit depan kita lagi....) tapi yang kita makan pulak kita sendiri bayar.  Sedangkan kita kawan yang makan sama duduk semeja.  Bayangkan....!  Sebenarnya kita tak kesahpun siapa yang bayar dan siapa yang tak bayar, tetapi nak dijadikan cerita....secara peribadinya dari kamus hidup saya yang suka berkawan nie...tak manis la kalau duduk semeja tapi bayar sendiri-sendiri.  Dengan segan silu dan rendah dirinya saya berkata..."saya bukan jenis yang begitu".  Kalau kawan begini dengan 'kempang' hatinya saya katakan dia adalah jenis kawan yang 'haji bakhil'.  Gelaran Haji Bakhil nie kalau ada sesiapa yang tak tau lagi maknanya, ia lebih jelas dan terang kita sebut sebagai 'kawan lokek' atau 'kawan kedekut'.  Atau, bahasa yang biasa orang kita pakai 'kau kau, aku aku'.  Dua kali lima dengan kawan pentingkan diri sendiri la ni.

Kalau kita menjadi kawan kepada kawan yang lain cubalah untuk jadi kawan yang benar-benar ikhlasnya seorang kawan.  Jangan hanya tahu menggelarkan diri sebagai kawan kepada kawan tetapi kita makan kawan kita dari belakang.  Bantu kawan kita setakat yang kita mampu.  Jadilah kawan yang sanggup susah dan sanggup senang bersama.  
Ini tulisan ikhlas yang lahir dari hati JR.  Tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup mahupun yang sudah tiada didunia ini.  Apa-apa kemungkinan yang telah tertulis disini yang menyakitkan perasaan mana-mana pihak mohon ampun zahir dan batin.  Saya hanya insan biasa yang tidak punya apa-apa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan