Akim Masuk Wad Lagi

Sudah berapa hari saya tidak menjenguk laman ini.  Segala kerumitan yang ditanggung saya akhiri dengan syukur alhamdulillah... 


Mohon maaf kepada teman-teman (yang ada menjenguk ke laman saya ini sebelum ini) yang mungkin ada perasan bahawa entri di laman ini sudah lama tidak dikemaskini.  Kisahnya bukan disengajakan tetapi lebih kepada tanggungjawab yang harus dan mesti saya tanggung dan pikul.  Tanggungjawab ini adalah lebih penting daripada segala apa yang lain....Noktah.




2 hari lepas Akim masuk wad lagi setelah 2 kali sakit yang dihidapinya (sawan) itu datang tanpa diundang.  2 hari yang saya ambil untuk bercuti ternyata ada hikmah yang tersembunyi.  Alhamdulillah... semasa kejadian, saya sendiri ada di rumah dan bersyukur kepada Tuhan kali ini Akim tidak terlalu lama melalui saat yang menyakitkan itu.  Namun, hati saya tetap sayu dan air mata tidak henti-henti menitis bila melihat keadaan Akim begitu.  Akim berulang kali menyatakan bahawa dia merasa sakit mata dan sakit di bahagian perut.  Hati saya semakin sebak.  Saya dapat rasakan apa yang Akim rasakan....Subhanallah.

Kebetulan ayah Akim, Chinta Hati tidak berada di rumah. Saya kuatkan semangat untuk menghadapi kemungkinan walau tanpa abang bersama.  Namun, saya tidak boleh menolak kenyataan bahawa saya sebenarnya lemah dan tidak akan dapat hidup kalau abang tiada disisi dan jika saya berhadapan dengan perkara yang merumitkan terutamanya jika melibatkan sakit pening anak-anak.  

Saya hubungi abang juga, walaupun saya tahu abang ada tugas sendiri di tempatnya (Pakan).  Secara waras saya berfikir...tidak salah rasanya saya memaklumkan perkara ini kepada abang.  Dan didalam masa yang sama saya mohon agar ada pihak yang mengerti dan faham masalah yang abang hadapi.  Sesungguhnya, hanya Tuhan yang tahu bagaimana rasanya perasaan abang ketika saya maklumkan tentang keadaan Akim.  Sebagai seorang ayah, abang juga telah merasakan apa yang saya rasakan.  Tidak sampai beberapa minit abang pun sampai di rumah dengan wajah yang cukup saya faham apa yang ada di dalam kotak fikirnya ketika itu.  

Alhamdulilah...keluar dari hospital semalam kini keadaan Akim sudah pulih seperti biasa.  Akim dah mula bermain bersama adik dan kakak-kakaknya.  Ubat yang biasa Akim makan sudah ditambah kepada 2.2ml.  

Aku bermohon kepadaMu Ya Allah.... agar kuatkan iman ini selama adanya hayat ku untuk menjaga insan bernama Akim.  Berikan aku semangat yang kuat untuk menghadapi segala dugaanMu dan takdirMu.  Sesungguhnya aku redha dengan segalanya.  

Akim

Akim + kereta sepot peberet..!

Akim bersama adik kesayangan Adi Putra

1 ulasan:

  1. mudah2an lps tok, akim akan penyakit akim x akan berulang gik... amin

    BalasPadam