Juh...Makan!

Kalau balik dari sekolah, saya dan Chinta Hati mesti akan singgah sebentar ke pasar untuk membeli sedikit barang keperluan di rumah.  Paling tidak pun, kami berdua akan singgah semata-mata untuk mengisi perut sahaja.  


Faktor lapar adalah perkara utama...sebab kedua pulak rasanya.........saya sebenarnya  telah bertemu jodoh dengan seorang insan istimewa yang 'satu kepala' dan 'satu nyawa' dan 'satu perut' dan sama rangkak...!


Maknanya, kita adalah pasangan yang SuKa MaKannn...!  Mana-mana tempat pergi pun, kita mesti fikir dulu kat mana paling best tempat untuk makan.  Kalau terjumpa tempat makan yang baru, yang rasa-rasa nya 'OK' kami akan singgah dan makan.....dan cuba makan apa sahaja menu yang sedap mata memandang dan sedap lagi geruk nelan dimakan, nyam...nyam....nyam....  Pasal harga....itu perkara ke-2, yang penting perut mesti diisi dan jangan dibiar puang kosong.


Hahaa....emm.. Nak perkenalkan sikit, tempat terbaru yang saya dan Chinta Hati selalu singgah untuk mengisi kekosongan perut....huahuahuaaaa.....



mana tempat nih..?


tempat duduk (meja makan) yang luas dan selesa


menu pilihan...try jer mana-mana yang memikat mata..heheheee


oleh kerana terlampau sedap dan berselera sampai tak ingat nak tangkap pic, makanan dah hampir nak lesap.  Memang sah rangkak...!!


emm...ini makanan peberet, sup taufu

Masa mula-mula perasan restoran ala-ala Singapore Chicken Rice ni baru bukak, saya beranggapan tempat ni sungguh mewah dipandang mata dan mula berfikir bahawa berkemungkinan hanya mereka-mereka yang berduit sahaja mampu makan kat sini.  Tentu makanan yang ada kat sini mahal-mahal.  Begitu tanggapan saya.

Oleh kerana saya ni memang 'kaki makan' dan Chinta Hati pun memang tak reti nak tahan nyawa untuk makan, maka pada suatu masa dan suatu hari yang tidak terduga kami mencuba jugak demi perut yang sudah berkerok-kerok... poket kering pun saya tak kesah...hakss..!

Rupa-rupanya, tanggapan saya sungguh tidak tepat.  Sebenarnya, makanan kat sini semuanya OK.  Nak ulang lagi...makanan kat sini semuanya OK...!  

Mana ada mereka-mereka yang berduit saja boleh makan kat sini, orang yang tidak berduit macam saya pun boleh makan kat sini lah... 
"tu la...len kali engko jangan sesuka hati buat andaian, yang paling bagus kau try dulu, baru tau..." hahahaaaa..... 
"apa ko ingat aku yang tak berduit dan poket kering ni tak layak ker nak masuk tempat mewah macam gini...?" adoyaaii...

Bagi saya di EH Delight's bukan sahaja tempat yang selesa untuk kita duduk makan pada bila-bila masa, tetapi disini juga makanan nya sedap dan harga yang ditetapkan tidak terlalu mahal dan tidak juga terlalu murah.  Semuanya sedang-sedang sahaja.  Kalau nak tahu, boleh cuba dulu terutamanya bagi teman-teman yang tinggal berdekatan Bandar Sarikei mahupun mereka-mereka yang datang dari luar Bandar Sarikei.





2 ulasan:

  1. siney tempat makan tuk jann? cam besttttt jak.....

    BalasPadam
  2. niy...aihh...sma blok one stop niy...ujong skali, besa ada jak tulis EH delight's...cobalah mkn sia...ok bah..

    BalasPadam