Assalammualaikum... (komsalam), ada teman bertanya, saya orang mana? Dah terang lagi bersuluh... kat profile, kat biodata... saya ada jelaskan. Tapi ada yang masih tak tahu dan masih bertanya. Okey-okey.... demi kerana teman saya ulangtayang lah entri ini. Saya jawablah sekali lagi dan saya berceritalah sekali lagi.
(bahasa melayu sarawak)
Ada urang nanyak kamek, kamek urang ne? Udah terang agik juak besuloh. Kat profile ada, kat biodata ada... kamek ada madah juak. Tapi masih ada juak sik tauk dan agik juak nanyak. Okey-okey...demi entam geng kamek ngulang agik la cerita tok tek di sitok, kamek enjawab sekali agiklah disitok.
(bahasa Melanau Ajang + Mato Sarawak)
Nuan tenawan melabak ko eh to gan? Udah lang agik besiluk gak. Gak profile..gak biodata... nuan gak ko piter sai ko. Tapi agik ka nuan to nabau. OKey-okey... semadi ngenang geng ko ngulang udik la geg kisah doh, ko bercerita udik geh.
Saya orang Sarawak
Kamek urang Sarawak
Ko tuau melanau Sarawak
Ko to melanau Ajang+Mato Sarawak
Pernah juga terfikir sebelum ini nak tulis blog menggunakan bahasa melayu sarawak atau melanau sarawak tetapi kena fikir berulangkali....adakah orang akan baca dan faham apa yang saya tulis?
Dan, saya bimbang tentang penerimaan pembaca tentang bahasa yang saya bawa, takut ada yang akan bosan, ada yang pening kepala dan sebagainya. Jadi, untuk memartabatkan bahasa kita 1Malaysia saya gunalah Bahasa Malaysia untuk laman kecintaan ini.
Harap maklum dan terima kasih kepada teman yang sudi bertanya dan sudi menjenguk laman ini.
Jenguk-jenguklah selalu.
****************************************************
Nak perkenalkan sikit kepada yang belum tahu tentang tempat-tempat yang menarik dan makanan-makanan popular orang Sarawak yang perlu anda ketahui.
**Kek Lapis Sarawak
**Kelupis
**Salai Ikan Lumek
**Umai
**Suman Payak
** Damai Beach Resort
**Rumah Panjang
**Perahu Tambang / Teksi Air
**Air Terjun Ranchan
**Serikin
Dan banyak lagi yang lebih menarik ada di Sarawak.
Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang saya jenguk je biodata saya (penat-penat lah buat ruang biodata tu...tapi tak dibaca, adoiii) semua ada diselitkan disitu.
salam kenal pastinya ya
BalasPadamHellow,mok nanyak kitak da ka contact no org nok jual salai ikan lumek d mukah?mun da email kmek ke melinda.xavier738@gmail.com...tq...salai ikan lumek nyaman koh....
BalasPadam