Tentang JR



Jul Rahman @ JR adalah singkatan bagi nama Tazulliah tetapi 'Z' saya tukar kepada 'J' kerana teman-teman lebih mesra dengan panggilan Jul berbanding Zul.  Rahman pulak saya ambil dari nama Chinta Hati iaitu Abdul Rahman.  Maka lahirlah sebaris nama yang ringkas tetapi memberi maksud yang tersendiri dimana dua nama dua jiwa disatukan pada satu nama yang sungguh unik pada akal fikir, emm...




Berkahwin dengan Abdul Rahman b Hasbullah yang lebih mesra dengan panggilan Boy, anak jati Kampung Sekaan, Matu dan dilahirkan pada 09 Mei 1969.  Seorang guru kanan di SK Nanga Lasi dan telah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan selama lebih 20 tahun.  Seorang yang peramah dan mesra alam... 


Memiliki 4 orang cahaya hati yang amat dikasihi dunia dan akhirat iaitu Fatin Munirah (10), Siti Aisyah (7), Luqman Al-Hakim (5) dan Adi Putra (2).


Bermula pada Mei 2000 pernah berkhidmat di SK Hijrah (lebih dahulu dikenali dengan nama SK Sg. Nai) di Daerah Daro selama 7 tahun.   Dan, pada Januari 2007 telah berpindah ke SJK (C) Ming Chiang, Daerah Meradong sehingga kehari ini.   


Mempunyai 7 orang adik beradik (3 perempuan 4 lelaki) dan saya anak yang bongsu gitu-gitu.. emm...


Cerita Terjebak Dengan Dunia Blog

Bagaimana saya boleh terjebak dengan dunia blog ni...  semuanya semata-mata kerana minat menulis.  Saya suka menulis apa-apa sahaja yang dirasakan perlu untuk ditulis maka saya akan menulis.


Blog JR Semalam, Hari Ini Dan Esok

Saya menaruh kepercayaan kepada semua teman-teman yang sudi mendengar dan mengikuti...

Kesudian serta keikhlasan yang lahir dari hati kita adalah tunjang utama untuk kekalnya blog JR berdiri teguh dialam maya ini.  Hitam atau putih yang berlaku dimasa hadapan pada blog ini adalah atas keizinan yang maha Esa.  Kita hanya merancang dan Allah jua sedang merancang...  


Dan, sesungguhnya hanya Allah jua lah yang menentukan segalanya.

Andai ada kesilapan kata, terlanjur kata atau terlajak bahasa samaada nampak atau tidak nampak yang telah saya tulis disini dan di seluruh laman blog ini, saya mohon maaf zahir dan batin.
***********************************************
Al-Fatihah Untuk Ayah...
Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]



Ratu Hati Dunia Akhirat...
Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]



Ayah Mertua Yang Dikasihi...
Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]



Al-Fatihah Untuk Ibu Mertua...
Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]




Segala persoalan, pertanyaan dan segala... 
sila hubungi saya disini :

JR email 

Terima Kasih Daun Keladi