Sekadar Menulis....Keluhan.


errmmm...salam 1 Malaysia dan salam kerinduan yang amat manis.

Lama sudah aku meninggalkan laman ini....laman kesukaan ku...belog kecintaan ku. Sibuk sendiri..sibuk dengan tugas di sekolah di hujung tahun, itulah aku.

Namun, tidak bermakna dunia belog ini ku lupakan. Oh, tidak.... ini duniaku!!

Herrmm... keluhan demi keluhan yang entah bila akan berhenti. Yang ketara, bila aku sampai di rumah sekembalinya aku dari kerja. Aku simpan beg dalam bilik, buka tudung, aku lipat lengan baju separas siku. Aku menuju ke dapur. Tau kan...aku nak buat apa? Nak bukak tudung saji, nak makan...? Tidak. Sebenarnya aku nak masak apa yang patut untuk keluarga ku. Alhamdulillah... inilah rutin harian aku yang tidak pernah lekang... begitu juga insan-insan lain yang sewaktu dengannya.

Aku tidak senang duduk kalau aku tahu takde lauk pauk untuk keluarga aku makan. Aku tidak akan senang hati kalau rumah berselerak. Hati yang sejuk tetiba akan jadi panas. Aku jadi cepat marah dan mau saja nak memarahi sesiapa yang patut dimarahi. Iya... kalau aku balik kerja, bila tengok rumah bersepah, kusyen sofa entah ke mana, kasut sekolah, selipar anak-anak bartaburan sana sini, alat-alat tulis bersepah...bla..bla..bla.. siapa yang tak pening? Dah la kat sekolah, kat ofis kerja melambak yang cukup menyesakkan hati. Ingatkan sampai dirumah aku tidak mahu berdepan dengan masalah yang hampir sama berdouble double menghimpit kepala ku...arggghhh....

Oh..tidak.

Cerita nak masak belum selesai... Dalam kotak fikir, nak masak kari kepala ikan tenggiri. Check punya check... buka almari stok, tengok serbuk kari dah habis, bawang merah dah habis, halia dah habis. Mengeluh lagi... takkan nak pergi pasar lagi kot. Nak driving lagi, nak pasang tudung lagi....adooiii. Siapa jadi mangsa..? Sudah semestinya orang yang selalu jadi pilihan untuk ke pasar time emergency macam ni adalah...abangnda ku. Kena tengok jarum jam dulu, tepat 4.30 petang, abang start enjin kereta menuju ke kedai berdekatan nak beli apa yang patut. List menu kari kepala ikan dah siap abang bawa bersama (takut lupa, siap dengan tulis lagi).

Mengeluh lagi...entah kali yang keberapa. Jam sudah hampir 5.30 petang. Sudah 1 jam abang keluar, jauh sangat ke kedai yang abang pergi nie..? Nak marah ke tak? Ni kalau lambat masak, anak-anak akan meraung-raung nanti cakap nak makan...mak lapar, nak makan.....
Kalau lambat masak jugak nanti lewat malam la jawabnya aku akan merebahkan kepala ku ke bantal, silap-silap tengah malam la nampaknya aku akan beradu. Memang confirm tak cukup jam tidur, sampai ofis esok menguap-nguap tak henti-henti... mata merah, hidung merah.. Bos pun heran. Kalau kena dengan bos yang faham takpe, kalau kena dengan bos yang tak faham, kena sediakan awal-awal jawapan yang bernas dan munasabah, errmm..


Alhamdulillah..sungguh pun begitu aku adalah seorang isteri yang sangat beruntung. Apa yang untungnya...itu rahsia ku dan dia.


Lebih kurang jam 5.30 pagi ~ masa yang biasa aku dan abang keluar pergi kerja. Semua sarapan anak-anak untuk ke sekolah sudah ready atas meja, siap dengan air yang sudah dituang dalam cawan tujuannya untuk disejukkan. Tak kesah samada mee goreng, mee segera, kreker... anak-anak tak pernah memilih, itu yang mak sediakan, itu yang mereka makan. Syukur.