Hujan Airmata

Nak berkongsi lirik lagu ni... Hujan Airmata ~ Siti Musliha 

Mendung berarak
Dalam hidup ku
Tak siapa tahu derita kalbu
Tiap jelmaan malam dan siang
Airmata ku bagaikan hujan

Usahlah diri ini dibezakan
Usahlah diri ini disisihkan
Kita semua di pentas dunia yang sama

Ku sedar diri serba kekurangan
Meratap dan mencari perlindungan
Darimu insan ku gantung setinggi harapan

Pada mereka yang membantu
Redhakanlah aku...
Setiap budi yang diberi
Ku bawa ke mati
Terima kasih pada mu teman
Selamat tinggal aku ucapkan
Di malam sunyi yang memisahkan
Airmata ku bagaikan hujan


**Kemunculan awal Adik Siti Musliha ke dunia seni 




** hari ini Adik Siti Musliha dah pandai bergaya, semakin cantik...!

Saya Anak Sarawak

Assalammualaikum... (komsalam), ada teman bertanya, saya orang mana?  Dah terang lagi bersuluh... kat profile, kat biodata... saya ada jelaskan.  Tapi ada yang masih tak tahu dan masih bertanya.  Okey-okey.... demi kerana teman saya ulangtayang lah entri ini.  Saya jawablah sekali lagi dan saya berceritalah sekali lagi.

(bahasa melayu sarawak)
Ada urang nanyak kamek, kamek urang ne?  Udah terang agik juak besuloh.  Kat profile ada, kat biodata ada... kamek ada madah juak.  Tapi masih ada juak sik tauk dan agik juak nanyak.  Okey-okey...demi entam geng kamek ngulang agik la cerita tok tek di sitok, kamek enjawab sekali agiklah disitok.

(bahasa Melanau Ajang + Mato Sarawak)
Nuan tenawan melabak ko eh to gan?  Udah lang agik besiluk gak.  Gak profile..gak biodata... nuan gak ko piter sai ko.  Tapi agik ka nuan to nabau.  OKey-okey... semadi ngenang geng ko ngulang udik la geg kisah doh, ko bercerita udik geh. 

Mawar Putih Untuk Mama ~ Salam Takziah Buat Yana Garfield

Yana Garfield


* Yana Garfield 


Semalam dan hari ini saya tercari-cari ke mana perginya empunya profile picture ini.  Saya rindu sangat-sangat nak bercerita tentang suka dan duka bersama insan ini.


Kerana tak tahan dengan ketiadaan teman ini di muka buku yang popular itu saya ambil keputusan untuk menghantar sms.  Alhamdulillah... Yana tidak membalas sms saya tetapi terus menelefon saya dalam beberapa minit selepas itu.  Itulah Yana Garfield...dia sahabat karib yang sentiasa ada diwaktu menangis dan ketawa.... Dia akan ada bersama dalam keadaan apa sekalipun.


Rupa-rupanya Yana membawa khabar yang tidak berapa baik kepada saya, tiga hari lepas ibu Yana telah meninggal dunia.  Saya terdiam seketika selepas mendengar apa yang telah Yana perkatakan dan sedikit terkilan kerana sudah 3 hari ibu Yana pergi tetapi saya baru mendengar berita sedih ini.  Oh Yana...!  Kenapa saya tidak diberitahu lebih awal perkara ini?