Cinta Yang Jijik

Hati tiba-tiba menjadi sebak, entah disebabkan apa harus berasa begitu, pun tidak pasti.

Baru sekejap menerima panggilan telefon daripada seorang ibu. Berbual hampir 10 minit. Perihal rumahtangga seorang anak menjadi tajuk perbualan. Kisahnya lebih kurang begini...

Anak perempuannya yang sulung telah berkahwin hampir 4 tahun dan mempunyai seorang anak. Masa sekarang dia telah menghadapi masalah dengan suami, si ibu menyangkakan itu 'perkara biasa' dalam rumahtangga. lantaran itu dia tidak mengendahkan sangat sebab tidak mahu dianggap mencampuri urusan rumahtangga anak-anak. Oleh kerana hati dan perasaan seorang ibu memang tidak dapat disembunyikan rasa tanggungjawab dan simpatinya terhadap anak maka si ibu telah nekad untuk melakukan sesuatu.

(Boniy & CT...minta izin makcu 'gunapakai' pic nie...k...cayaaanggg....)

Berjumpa dengan seorang dukun diharap akan memberi satu jawapan yang jelas kepada permasalahan si anak. Bukan bertujuan untuk 'mendukunkan' anak sendiri atau anak menantu. Niat si ibu cuma ingin tahu dan memastikan apa sebenarnya masalah yang dihadapi sehinggakan anak menantunya itu jauh berubah, tidak seperti mula dulu sewaktu mula-mula menjadi suami anaknya.

Dukun itu berkata, suami kepada anaknya telah 'memakan' sesuatu yang telah diberikan oleh seseorang dalam makanannya tanpa disedari. Tujuannya adalah untuk membuat dia membenci isterinya. Dan, orang yang memberikan makanan kotor itu kepada suami anaknya adalah seorang perempuan. Dipercayai juga, perempuan itu ada menaruh hati kepadanya.

Amat terkejut mendengar cerita dari seorang ibu ini, perbualan selama hampir 10 minit itu bisa membuatkan hati tertanya-tanya beribu-ribu kali...kenapa??? Kenapa dizaman moden begini masih wujud juga orang-orang sebegini. Sanggup melakukan perkara terkutuk demi untuk kepentingan serta kebahagiaan sendiri tanpa memikirkan tentang orang lain.

Akan bahagia kah kita sekiranya kita telah pernah menghancurkan kebahagiaan orang lain? Akan kekalkah hubungan yang tidak jujur kita itu nanti sedangkan cinta itu tidak lahir dari hati dan ia sebenarnya lahir dari makanan yang kotor dan terkutuk. Itu bukan cinta suci...! Itu adalah cinta pura-pura yang sungguh jijik untuk disemai dengan ikatan kasih sayang sebagai suami isteri. Oh, tidak.

Tidak tahu apa agaknya keputusan si ibu selepas ini. Aku sungguh bersimpati kerana aku juga seorang ibu, perempuan dan seorang isteri. Mohon kepada Allah, berikanlah petunjuk kepada kami sebagai hamba mu yang lemah ini agar mampu memilih jalan yang benar dan diredhai. Mohon kepada Mu agar membuka hati insan yang telah dikaburi hatinya. Sesungguhnya Ya Allah, Engkaulah yang Maha Berkuasa, Maha Mengetahui segalanya dan Maha Mengasihi umat Mu.
Amin.

Matrix, Coffeemix & Nasi Lemak 50Sen

Seawal jam 7.10 dah keluar rumah, dengan rutin yang sudah terbiasa aku drive kereta idaman jiwa, Matrix QSM3004 Sky Blue yang dah semakin hari semakin kepudaran warnanya (mintak baju baru kot...). Pagi tadi, pandu kereta macam biasa jer, 80-100kmj. Nak tidur pun ada jugak sebab kat depan ada la 2-3 buah lori panjang yang besar-besar, adooiii....(tak berani nak obertek...).


Sehingga jam ini, 10.39 pagi...masih duduk di ofis. Tengah syok buat kerja menaip tetiba perut 'krokk..krokk...' berbunyi menandakan sudah cukup masa minta diisi. Lapar. Pagi tadi tak sempat nak buat bekal, jadi terpaksa beli kat gerai 'makanan tunjuk'.


Ni Coffiemix 3 in 1, bancuh sendiri jerr....
*
*
*


Dan, ini kuih karipap vs nasi lemak 1 bungkus 50 sen.
^
^
^
^


Dah makan, ok sikit...kenyang. Cukup untuk alas perut sementara menunggu waktu balik.

Sambung kerja.

Telinga Berdesing Vs Telinga Pedas

Hari ini hari penat bagi aku, 'ari tok ari lelah...mun bahsa mek urang'. Bermula jam 8 sudah keluar rumah, hari ni appoinment Akim dengan doktor pakar di Klinik Pakar. Kalau ikut seperti yang tertulis didalam kad kesihatan Akim, temujanji tu jam 9 pagi. Sampai di klinik pakar sebelum jam 9. Aku rasa kedatangan aku di klinik itu sudah cukup menepati masa seperti yang telah ditetapkan. Seperti biasa simpan kad dalam bakul khas dan duduk menunggu panggilan oleh cik mek molek cute miut jururawat-jururawat yang bertugas. Masa menuggu kali ni terasa lama pulak...kalau biasa 5-10 minit dah kena panggil dah..dan mereka akan beri nombor giliran sekali.


Hairan dengan 'kelamaan...' itu, aku start la nak buat perangai sikit. Bukan apa, sekadar nak tahu sahaja. Kat kaunter pendaftaran seorang jururawat pun dah tiada lagi. Nak tau mereka dah pi mane? Masing-masing bukak bekalan dari rumah dan kuih muih yang baru dibeli dari kantin kot (sebab aku nampak ada 2-3 bungkusan plastik siap atas meja), mereka dah ready nak bersarapan sedangkan di luar betapa ramainya ibubapa dan anak-anak yang tengah menunggu. Isshh....isshh..isshh...!

Boleh lagi nak mengisi perut sendiri, sedangkan tugas dan tanggungjawab diabaikan. Tengok jam di dinding. Masa rehat ke ni..???

Berjalan 2-7 langkah menuju ke kaunter pendaftaran, yang ada berdiri di kaunter tersebut cuma seorang pekerja am (gaya lagaknya...) seorang perempuan yang sudah agak berumur. Aku tanya la..kenapa kali ni lama sangat menunggu, nombor giliran pun belum diagihkan. Dengan selamba 'derkk' nya makcik tu jawab. "Doktor belum sampai lagi jam ni...mungkin pukul 10.30 pagi nanti sampai la, itu pun kalau sampai...korang datang awal sangat pasal?? Ikut masa la...".

Berdesing sikit telinga aku mendengarnya. Yang tak sedap telinga ini mendengarnya, dia cakap kita ni datang kena ikut masa. Aku tak ikut masa ke??

So, aku jawab la apa yang patut kat makcik tu. Disebabkan aku sedar aku ni masih muda lagi kalau dibanding dengan dia (sebab aku tau dia memang dah tua pun...) jadi, aku hormat dia dan jawab dengan sedikit sopan tapi 'pedas' sikit la...mana ngam kalau dia dah kasi telinga aku berdesing, tak patut aku tak boleh nak balas agar telinga dia merasa pedas sikit. Padan muka...!! "Ko ingat aku tak sekolah ke..?"

Aku pernah jugak bekerja di bahagian hadapan ni....khidmat kaunter la maksudnya. Ciri-ciri kesopanan dan ketatasusilaan yang sepatutnya ada pada seorang pekerja yang bertugas di kaunter mesti sentiasa ada dan dipraktikkan walau dalam apa situasi pun. Jangan menjawab apa yang pelanggan kita tanya ikut sesuka hati dan ikut sedap mulut. Orang lain pun ada mulut jugak, kan.

Seperkara lagi, kalau doktor belum ada pada masa itu apa salahnya mereka beritahu kami semua kat situ agar kami tahu dan tidak perlu menunggu lama. Susah sangat ke? Dalam masa satu jam setengah nak menunggu tu, sempat lagi kalau kita nak pergi kantin ke, pergi gerai makan ke untuk mengalas perut atau apa-apa, ini tak....adoiiii.

Aku pun pernah panas hati jugak semasa bertugas kat kaunter ni bila diaju dengan pelbagai soalan dan bila berhadapan dengan bermacam-macam karenah manusia. Aku rilex jer...sedaya upaya aku nak cover apa yang sebenarnya berlaku dan explain la dengan sepatutnya kepada pelanggan agar mereka berpuas hati.

Suka nak tegur sikit la dengan seikhlasnya kepada sesiapa yang bertugas kat kaunter ni, kita mesti sentiasa mesra dengan sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat kita. Jangan mahal dengan senyuman. Belajarlah untuk memesrakan diri dan menjadi seorang yang ringan tulang untuk membantu. Belajar cara bercakap dengan betul dan sopan walaupun orang itu lebih muda dari kita. Hormat menghormati antara satu dengan lain perlu ada.

Kita manusia biasa memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Samada yang nampak atau tidak kita harus sentiasa ingat bahawa kita adalah 'Berkhidmat Untuk Negara'. PM selalu tegaskan bahawa 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' dan laungan '1 Malaysia' bagai tak luak sentiasa dilaungkan oleh segenap lapisan masyarakat disekeliling kita.

Mohon maaflah kepada semua jururawat atau yang sewaktu dengannya. Bukan niat untuk 'komplen' dengan apa yang telah berlaku. Entri ni ikhlas lahir dari hati nurani seorang manusia yang punya hati dan perasaan. Dan, kepada makcik yang berdiri kat kaunter tu, sesekali belajarlah cara bagaimana untuk menjawab dan melayan pelanggan dengan betul.

Tak ingin terlalu memanjangkan cerita ini, eloklah berhenti disini buat sementara waktu. Harap kesah pagi tadi tidak akan berulang lagi pada 3 bulan akan datang, kerana pada 3 bulan akan datang (bulan Jun) sekali lagi appoinment Akim di klinik yang sama. Kita tunggu dan lihat. Noktah.

Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Berkuat Kuasa Pada 1 Mac 2012 - Adakah Wajar?

Pihak kerajaan telah memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) berkuatkuasa 1 Mac 2012. Dan keputusan Kabinet pada 2 Mac pula adalah bagi menangguhkan pengharaman penjualan botol susu polikarbonat bertujuan untuk memberi peluang kepada pihak industri untuk menukar atau membeli mesin serta menggunakan bahan mentah sesuai bagi memenuhi peraturan baru itu.

Ramai pihak yang mempertikaikan keputusan kabinet itu dan menganggap keputusan itu adalah tidak wajar terutamanya golongan ibubapa kerana bimbang penjualan botol susu polikarbonat masih dijalankan walaupun Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah membuat pengumuman berikutan pengharaman penjualan botol susu berkenaan.

Kalau difikirkan, ada benarnya juga apa yang difikirkan oleh sebilangan pihak terutama ibubapa dan peniaga-peniaga. Kenapa perlu menunggu 2012 untuk melaksanakan pengharaman penjualan botol polikarbonat itu sedangkan ianya sudah diketahui akan mendatangkan kesan yang buruk. Dan sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu berkenaan adalah selamat digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Sepatutnya, keputusan telah dibuat dengan serta merta selepas pengumuman itu bagi mengelak lebih ramai bayi dan kanak-kanak yang berisiko itu mendapat pelbagai penyakit. Jangan nanti akan timbul penyesalan dari banyak pihak tentang perkara ini bila nanti akan didapati ramai golongan berisiko itu telah dijangkiti penyakit yang tidak diingini.

Didalam akhbar dan stesen-stesen tv memang ada diumumkan tentang ciri-ciri botol susu lain yang lebih baik dan sesuai digunakan tetapi jika keputusan pengharaman itu masih ditangguh maka tidak mustahil para peniaga akan meneruskan penjualan botol susu tersebut. Dan yang masih dalam dilemanya pula adalah ibubapa yang seperti serba salah untuk mematuhi peraturan pihak kerajaan itu atau tidak. Mangsa keadaan juga adalah golongan bayi dan kanak-kanak.

Kita kongsi info dan terus membaca disini. Sila klik pautan dibawah :

Diharap pihak kerajaan dan badan-badan bertanggungjawab dapat membuat keputusan yang lebih cepat dan segera demi kepentingan banyak pihak terutamanya golongan kecil yang berisiko iaitu bayi dan kanak-kanak yang tidak dapat lari daripada menggunakan botol susu pada setiap masa.





Harap Semangat Itu Tidak Akan Hilang

Dah masuk bulan Mac, sejak dari bulan Februari lepas lagi cerita tentang PPG (Program Pensiswazahan Guru) masih menjadi topik utama. Sini situ sana sinun...mesti ada cerita-cerita ulangan yang tak henti-henti dibualkan. Adoii...kalau dah tiap hari asyik sebut hal yang sama, ulang-ulang cerita yang sama kita yang tiada kaitan ni mendengarnya pun dah naik muak. Orang sarawak cakap 'dah lejuk', hehe.. Memanglah seronok kalau kita berjaya ditawarkan untuk program yang sememangnya kita minta tetapi janganlah sampai terover excited sampai tidak ambil kesah tentang orang lain.

Saya akui... niat untuk menyambung belajar memang ada. Malahan, bila melihat kawan-kawan seangkatan dan sama waktu dengannya telah berjaya kita mesti 'terasa' jika kita pula tidak berjaya. Sedih memang teramat sedih. Masa itulah, seorang kawan yang sanggup menangis dan ketawa bersama amat diperlukan. Tetapi..tiada.

Dua tiga hari lepas, seorang kawan yang dapat saya sebutkan disini bernama 'C' telah meluahkan perasaannya berkaitan dengan PPG itu. Agak terkilan dan hati terasa sebak bila mendengar ceritanya. Lebih-lebih lagi dia adalah rakan karib. Janganlah cepat memandang rendah dan membuat penilaian negatif kepada seseorang jika semata-mata disebabkan dia tidak berjaya. Kerana kita belum tentu layak dikategorikan sebagai orang yang telah berjaya kerana kita baru sahaja berjaya ditawarkan. Mampu atau tidak andai suatu hari nanti kita teruskan pembelajaran itu dengan sempurna dan lulus dengan jayanya seperti orang lain yang telah berjaya. Belum tentu.





Harap-harap semangat untuk belajar yang ada sekarang tidak akan terputus ditengah jalan. Itu yang kita harapkan. Takut nanti ada yang berhenti ditengah jalan dan impian untuk menjadi seorang yang berkelulusan universiti hanya tinggal saki baki. Kerana dah terlalu banyak terjadi di depan mata mereka-mereka yang sudah setahun atau dua tahun belajar tiba-tiba berhenti dengan alasan yang macam-macam. Bayangkanlah, dalam masa itu berapa banyak masa, wang ringgit, penat lelah dan segala....telah kita habiskan. Belum lagi kita fikirkan tentang harapan orang tua kita dan impian sendiri yang hanya tinggal mimpi.


Berbalik kepada cerita rakan karib, 'C'.... Masa masih panjang dan peluang yang ada masih berkeping-keping di hadapan mata menunggu kita. Jangan mudah berputus asa dan jangan cepat mengalah dengan apa sahaja pandangan serta tohmahan yang dilemparkan terhadap diri kita. Nescaya itu semua ada hikmahnya. Kalau tahun ini bukan rezeki kita mungkin tahun depan adalah milik kita. Berusahalah selagi terdaya.

Cinta Suci Hanya Layak Untuk Dia Yang Tahu Menghargai

Menyusun kata untuk diluah kepada seseorang yang amat kita cinta bukan urusan mudah. Yang lebih payah jika apa yang ingin kita luahkan adalah melibatkan kata hati sendiri bahawa kita tidak mencintai.

Tidak kiralah samada ingin meluah kata cinta atau sebaliknya apa yang penting hati dan perasaan insan lain kita mesti jaga agar tidak terluka dan menderita.

Semua kita pernah bercinta, pernah menyintai, dicintai dan disakiti. Sekiranya dapat diputarkan semula putaran waktu itu pastinya kita tidak ingin tergolong dalam kumpulan-kumpulan insan yang telah dilukai hatinya. Semua kita ingin bahagia seperti orang lain. Tidak ada seorang pun didunia ini yang sanggup meminta untuk diletakkan sebaris dengan mereka-mereka yang telah remuk hatinya. Oh, tidak..


**Sila klik disini.

Jika kita ikhlas dan benar-benar menyinta, luahkanlah dengan seadanya kepada dia yang sepatutnya.

Dan, jika perlu untuk kita berkata benar bahawa dia bukan insan yang kita cinta, berkatalah dengan benar dan sejujurnya agar kita tidak terus menipu dan tidak menjadi pengkhianat cinta terhebat kepada seorang pencinta yang luhur dan suci hatinya.


Aku bukan pencinta yang terhebat. Juga bukan pejuang cinta yang terulung. Tetapi, aku juga adalah tergolong dalam senarai pencinta-pencinta yang pernah dikecewakan oleh seorang insan yang tidak tahu untuk menghargai. Aku faham bagaimana rasanya bila hati terluka. Aku tidak perlu membayangkan bagaimana sakitnya bila dikhianati kerana aku pernah mengalami. Cuma aku ingin dan mengidami sebuah cinta yang luhur dan teguh sampai ke mati.

Untuk memilih samada bercerai hidup atau mati...itu bukan kerja kita. Tetapi, tidak salah rasanya sekira diberi pilihan untuk kita memilih antara perpisahan hidup atau perpisahan mati. Mampukah kita untuk itu...?

Bercintalah dengan ikhlas dan jujur dengan pasangan kita.

Jika cinta katakan cinta.
Kalau benci katakan jua.

Janji ditabur biar dikota, jangan hanya manis dibibir tetapi kelat dihati. Kalau diri payah untuk meluah, apalagi insan lain yang dipaksa untuk menelan. Bayangkanlah, sekiranya dia ditempat kamu, dan kamu berada ditempatnya. Jika itu juga tidak mampu untuk membuka gerbang keikhlasan cinta yang ada dalam diri, maka nyatalah insan seperti itu memang tidak layak untuk dicintai dan menyintai.

Jiran Baru

Geram dengan sikap jiran baru yang terlalu menyombong diri, berlagak seperti orang paling kaya di kampung ini. Dah lah tak reti nak menegur jauh sekali nak memberi salam, berlanggar bahu pun belum tentu nak bersedekah senyum, walaupun senyum kambing (senyum itu satu sedekah...walaupun senyum kambing, asalkan ikhlas.....).

** Ini keluhan sebilangan manusia yang ada di sekeliling kita bila berdepan dengan jiran baru yang tidak mesra alam.

Ramai yang tidak tahu antara sikap yang perlu ada jika kita baru pindah rumah. Tak kesahlah samada berpindah rumah baru di kampung, di bandar, flat, perumahan dan sebagainya...yang penting walau dalam situasai apa sekalipun kita mesti berkenalan lebih rapat dan mesra dengan jiran sebelah. Apalagi kalau kita itu adalah orang baru di tempat itu.






**Ada yang berlagak kaya, seperti merekalah orang yang paling kaya. Seburuk-buruk rumah orang sebelah tu, dia tetap jiran kita. Dan, kita tetap 'orang baru' dan jangan tidak sedar diri.

Ini tidak, baru dua tiga hari memijakkan kaki, tidur pun belum sempat lagi kat rumah baru tu, kata-mengata, tuduh-menuduh, sindir menyindir...semua dah timbul. Kita kenal ke jiran sebelah rumah tu? Tahu ke siapa jiran kita kat sebelah tu? Yang ketaranya, bila kita orang baru di tempat yang baru...kita mesti pandai-pandailah bawa diri. Jangan menyombong tak tentu pasal. Jangan memandai nak mengata itu ini tentang jiran kita. Tak elok menuduh tanpa usul periksa. Jangan sekali-sekali memfitnah dengan tidak munasabah. Subhanallah.

Bagaimana kita nak hidup berjiran ditempat orang sedangkan kita tidak dapat menyesuaikan diri dengan orang-orang sekeliling kita. Sendiri mau ingat laa...kita orang baru kena mesrakan diri dengan orang-orang yang memang sudah lama kat situ. Bila kita menyombong diri, entah esok entah lusa...bila kita ada masalah mahu ke orang nak tolong kita?

Berfikir dan terus berfikir tanpa menemui jawapan yang tepat. Mendengar keluhan seorang kawan tentang 'jiran baru' menjadikan minda ini terdetik untuk menulis entri ini. Hairan, rupa-rupanya orang begitu masih wujud di muka bumi ini.

Hangat Nya Salma Mentor 5

Rancangan Mentor 5...

Kalau kita tanya dengan sesiapa saja peminat rancangan ini mesti mereka masih ingat pada malam itu apabila giliran Salma protege kepada penyanyi jelita dan penyanyi tersohor Malaysia Erra Fazira telah membuat persembahan. Di belakang pentas selepas itu Erra Fazira dan Salma ditemuramah. Ingat tak 'soalan cepu emas' yang diajukan kepada Erra Fazira, Rasa tak sedap hati bila dengar sebilangan mereka mengatakan Salma tak cantik, tiada pakej untuk menjadi seorang penyanyi, harapkan suara sahaja. Kalau nak dibandingkan dengan protege-protege lain, Salma 'kureenggg' sikit kecantikannya. Perlu ke??

Isshh...tak elok la kita memperkatakan tentang Salma begitu. Kasihan Salma.

Kalau lah betul dan kalau lah ramai mereka-mereka dalam industri seni hanya memandang rupa sebagai perkara yang paling penting dan utama untuk menjadi bintang terkenal, alamatnya...prestasi industri kita di Malaysia ini tidak mustahil memang tidak akan mampu menandingi dunia luar.


Eemm...dan dibawah ni adalah sedikit komen-komen daripada penonton daripada youtube...:)

1) hello, i'm australian.. i totally like her voice... my malaysian frenz asked me to watch this vid... it's great n not too much singer in malaysia like her.. til now, i have watch this vid till 12 time i guess.. coz, it amazed me..it awesome!! great voice, pretty look, n cute..

how old is she?? i will follow her till the time is coming.. btw, i hope she can go far as best as she can.. is that the new talent in malaysia???

dreek2dd27 1 day ago 16

2)Dah bape kali dahku comment video ni...tapi x puas sngt sbb x puas comment and x puas tengok video ni...Dah berapa kali dahku tengok video ni..Best !

fissa98

3)@biskutmonster tu la pasal... entah bile a yang lain2 nak tunjuk n cabar salma. konsert pengenalan pun salma dah bagi yang terbaik... apatah lagi final kang kankankan... yang lain dah habis final baru tunjuk kut. hahahaha...

MrJasmal89 5 hours ago
4) i rase salma bwa lagu ne lagi power dr jaclyn victor....love them both!

langkahsyabas 3 hours ago
5) 4 musim mentor yg sudah..aku rasa inilah protege yg paling mantap yg pernah aku dengar dan aku tak salah jika aku katakan SALMA adalah seorang BINTANG yg akan menyinar bukan sahaja di Malaysia bahkan juga di luar negara. Harap pihak pengurusan ambil perhatian dengan SALMA ini.

heypezol 4 days ago 9
*** Ini hanya 5 daripada beribu-ribu komen yang penonton luahkan. Nak saya copy paste kan kesemuanya, takut nanti ada yang tidak senang hati melihatnya. Cukuplah... dan Alhamdulillah, nampaknya penonton dan peminat sudah tahu menilai bahawa tidak semestinya CANTIK baru boleh jadi artis.

Betapa hebatnya bakat yang telah Salma ada sesungguhnya tidak dapat kita nafikan. Kenapa perlu pertikaikan kekurangan yang ada pada dirinya dan kenapa kelebihan ketara yang ada pada Salma tidak menjadi isu.

Oh, Salma...!

***Kita baca komen-komen dibawah:

nape ckp die x cantik? mmg la x cantik sgt tp sweet ape

mit3696 1 day ago
I just don't get it why people say that she is not beautiful. I mean, come on! She has this extraordinary voice but it does not mean she has to have extraordinary good looks too. She is just beautiful the way she is. Long way to go Salma! =)

neophytereigns 3 days ago
Puas mencari komen-komen yang barangkali mungkin ada yang mengutuk Salma...tapi alhamdulillah, komen memuji lebih banyak daripada mengutuk.

Kepada sahabat handai, rakan taulan, peminat industri muzik Malaysia, peminat Salma, peminat Erra Fazira dan sesiapa sahaja... sokonglah industri kita mengikut jalan yang betul. Jangan menilai seseorang penyanyi atau bakal penyanyi popular itu hanya dari luaran sahaja. Jangan menjadikan isu kecantikan wajah sebagai pakej yang utama dan yang paling penting untuk menjadi penyanyi popular.

Banyak sebenarnya yang ingin diperkatakan disini tentang isu pakej utama untuk menjadi artis, tetapi...saya hentikan disini buat sementara waktu. Insyaallah...akan bersambung dilain masa.