Suka Menjadi Duka

Jangan mudah terlanjur kata, nanti merana...

Mulai dari hari ini aku akan ingat sentiasa bahawa dalam kehidupan yang fana ini mulut kena jaga. Jangan mudah menuturkan sebarang kata yang kita sendiri tidak tahu apakah kata-kata kita itu betul atau sebaliknya. kita juga tidak sedar adakah kata-kata kita itu akan membuatkan orang lain senang hati atau bersusah hati. Setiap kali menuturkan kata-kata berfikirlah dahulu, tapislah dahulu agar kita tidak menjadi penyebab kepada kehancuran hati orang lain.

Ada kala mainan akan menjadi sungguhan, gurauan akan menjadi tangisan dan mimpi mainan tidur itu tidak mustahil akan menjadi kenyataan.

Menghadiri majlis perkahwinan bagi anaknda sulung seorang kawan pada hari itu cukup membuatkan aku insaf dan mungkin juga semua orang yang hadir di majlis itu akan merasakan apa yang aku rasakan.

Majlis perkahwinan yang seharusnya disambut dengan hati yang gembira telah bertukar menjadi duka hanya kerana satu ketentuan ilahi yang cukup menduga.

Ternyata kita harus menerima kenyataan yang telah diatur oleh Allah swt dan kita telah akur dengan Qada' dan Qadar Nya.

Dalam keghairahan untuk melihat kedua mempelai bersanding, airmata turut menitis. Tangisan yang entah untuk apa, aku pun tidak pasti... yang nyata aku terlalu bersimpati terhadap seorang kawan yang telah menerima nasib sebegitu dan bersimpati dengan apa yang telah terjadi kepada pasangan pengantin itu. Subhanallah..

Aku tidak bercadang untuk bercerita panjang disini, cukup sekadar untuk renungan bersama.

Coretan Pendek Di SB...

Sudah masuk 2 minggu cuti sekolah 2010. Belum ada rancangan untuk ke mana-mana bersama anak-anak sebab aku masih bekerja seperti biasa. Tambahan jugak, 'projek besar' bersama abangnda masih perlu diteruskan dan mesti disiapkan dengan seadanya sebelum hadir tahun 2011, insyaAllah...

Begitulah bila hidup kita telah dikerumuni oleh anak-anak dan seorang ketua keluarga iaitu suami yang pada setiap detik dan minit perjalanan hidup mereka kita mesti cuba warnai dengan kebahagiaan yang sempurna.

Bila kita masih hidup membujang, terasa hidup kita belum lengkap sekiranya belum berumahtangga, betul ke...? Mungkin 'iya' bagi sesetengah individu... Mungkin juga 'tidak' untuk sebilangan orang. Kita ada pendapat masing-masing. Kita ada masa depan sendiri untuk diwarnai samada putih dan hitam... Semua kita didunia ini ada perancangan sendiri untuk hari muka, samada memilih untuk hidup sendiri, ambil anak angkat, tinggal bersama adik beradik, tinggal di rumah orang-orang tua atau akan memulakan hidup dengan berumahtangga bersama pasangan pilihan hati hingga hujung nyawa.



Bila Anda Diperhatikan

Kalau pergi ke mana saja, orang akan perhatikan kita dari atas sampai bawah. Sambil jeling-jeling mata, berbisik-bisik pulak sesama mereka. Lepas tu, ketawa terbahak-bahak. Ada yang senyum sinis, ada yang senyum kambing dan ada yang pura-pura macam nak tahan gelak, konon.

Korang 'terasa' tak kalau bertemu dengan orang-orang yang macam ni.... Tak kesah lah, samada kat tepi jalan, dalam opis tempat kerja, di hentian bas semasa kita menunggu bas, tunggu teksi atau dimana-mana. Yang pasti, orang-orang begini di semua kawasan, di mana-mana tempat mereka tetap ada.

Ikhlas la aku nak cakap, sebenarnya aku sendiri pun tak tahu apa sebenarnya yang mereka perhatikan dari atas sampai bawah, apa yang mereka suka sangat nak jeling. Apa cerita yang mereka bisik sesama sendiri pun aku tak pasti. Apa yang aku perasan, kalau mereka senyum...aku balas dengan senyum jugak.

Tapi, bila dah berada jauh sikit dari pandangan mereka, aku pasti akan 'terasa' jugak seperti ada yang tak betul jerr tubuh badan aku ni. Macam ada tak kena jer kat muka aku ni... Memang tak boleh tipu lah... mereka-mereka ni dalam ramai-ramai yang duduk melepak tu, ada yang berhati songsang kat kita. Tapi, kena fikir positif jugak... tidak semuanya mereka berfikiran begitu. Eeemm.... fikir-fikirkan lah... apa sebenarnya didalam hati mereka sekiranya mereka berkelakuan begitu dihadapan kita...

Pasrah Seorang Isteri

Jika berasa kecil hati
Tentu ingin menangisi
Jika merasai sakit hati
Jiwa meronta menagih simpati
Akan adakah insan yang akan memberi
Akan lahirkah kejujuran hati yang murni
Menghulur rasa menyayangi dan mencintai
Walau hanya seinci...
Walau hanya seinci...

Namun,
Kepada siapa harus diluahkan
Dimana hendak dicampakkan
Haruskah melontarkan
Bagaimana harus diperkatakan

Sesungguhnya,
Kata-kata telah terhentikan
Oleh rasa kekecewaan
Yang amat menekan

Biar puas rasa hati
Biar titisan air mata membasahi pipi
Tetap begini
Meratapi
Meredhai
Merelai

Adakah Anda Ingat Tarikh Lahir Pasangan Anda


Selamat hari lahir.... Happy birthday...

Ingat tak tarikh lahir sendiri, tarikh lahir suami, isteri, anak-anak, emak, ayah, adik beradik dan seluruh keluarga kita.

Pernah kah hari ulangtahun itu kita sambut bersama-sama dengan semeriah yang kita mampu, atau kita tidak ingat langsung dan tidak pernah peduli tentang hari itu, dan jauh sekali nak menyambutnya dengan ala kadar sekurang-kurangnya atau dengan hanya membeli sekuntum bunga mawar kepada isteri, atau dengan hanya mengucapkan 'selamat hari jadi sayang...'

atau...atau...atau...bla..bla...bla...

Semua kita ada tarikh lahir sendiri, cuma kebanyakannya tidak sama. Tapi, tidak terkecuali jugak ada yang sama hari, sama bulan dan sama tahun. errmm....

Oh, bila sampainya hari itu, mesti ramai yang ucap selamat kepada kita, kan.. Alhamdulillah. Terasa bagai diri kita dihargai dan disayangi oleh ramai orang sekeliling kerana mereka juga bersusah payah mengingati tarikh penting dalam hidup kita, kan...?

Kepada suami-suami, isteri-isteri di luar sana yang dihormati dan sayangi... adakah anda ingat tarikh hari kelahiran pasangan anda? Kalau ingat syukur alhamdulillah. Kalau tidak ingat, cepat-cepatlah cuba imbas semula dan kalau gagal jugak, pergi geledah almari, cari sijil lahir pasangan. Oh..

Elok tak kalau disaat ini kita baru nak bertanya dengan pasangan kita bila tarikh lahir dia...? Rasa-rasanya kalau anak dah masuk 10 orang kita baru nak tanya tarikh lahir pasangan kita, alamatnya... mesti akan keluar skrip-skrip yang kurang menyenangkan hati. Belum lagi kalau kita sentuh, tarikh ulang tahun perkahwinan, errmmm..

Sebenarnya, mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidup terutamanya pasangan hidup bersuami isteri adalah amat penting. Paling istimewa, sekiranya ada pasangan yang sanggup meluang masa dan berhabis wang ringgit semata-mata untuk meraikan hari ulang tahun kita. Bertuah sungguh... Sebegitu hebatnya ingatan mereka-mereka terhadap kita, mengapa tidak kita juga berlaku hebat seumpama itu terhadap mereka juga. Sudah tentu boleh, bukan...? Kerana itu, betapa penting nya kita mengingati antara satu sama lain.

Banyak cara, banyak idea yang boleh kita buat untuk cuba ambil hati pasangan kita. Segala apa yang kita lakukan bukan untuk kesenangan dan kebahagiaan orang lain, segalanya untuk kita sendiri juga. Bila isteri gembira, suami juga akan tutut gembira. Begitu juga kalau isteri bersedih sudah pasti si suami lebih akan bersusah hati. Tiada yang lebih bermakna dan berharga dalam rumahtangga selain dari melihat pasangan kita gembira dan bahagia.

Memang diakui, tidak semua kita punya tanggapan yang sama dalam hal ini. Iya.. saya pernah jumpa pasangan yang sebegini. Tetapi kita tidak dapat nak salahkan sesiapa dalam hal begini. Cuma mereka sendiri yang lebih tahu apa yang sepatutnya, kan.. Terpulanglah kepada individu itu sendiri untuk menilai apa yang baik untuk diri sendiri.

p/s Cukup bersyukur dengan ucapan yang ringkas tapi penuh makna.

Sekadar Menulis....Keluhan.


errmmm...salam 1 Malaysia dan salam kerinduan yang amat manis.

Lama sudah aku meninggalkan laman ini....laman kesukaan ku...belog kecintaan ku. Sibuk sendiri..sibuk dengan tugas di sekolah di hujung tahun, itulah aku.

Namun, tidak bermakna dunia belog ini ku lupakan. Oh, tidak.... ini duniaku!!

Herrmm... keluhan demi keluhan yang entah bila akan berhenti. Yang ketara, bila aku sampai di rumah sekembalinya aku dari kerja. Aku simpan beg dalam bilik, buka tudung, aku lipat lengan baju separas siku. Aku menuju ke dapur. Tau kan...aku nak buat apa? Nak bukak tudung saji, nak makan...? Tidak. Sebenarnya aku nak masak apa yang patut untuk keluarga ku. Alhamdulillah... inilah rutin harian aku yang tidak pernah lekang... begitu juga insan-insan lain yang sewaktu dengannya.

Aku tidak senang duduk kalau aku tahu takde lauk pauk untuk keluarga aku makan. Aku tidak akan senang hati kalau rumah berselerak. Hati yang sejuk tetiba akan jadi panas. Aku jadi cepat marah dan mau saja nak memarahi sesiapa yang patut dimarahi. Iya... kalau aku balik kerja, bila tengok rumah bersepah, kusyen sofa entah ke mana, kasut sekolah, selipar anak-anak bartaburan sana sini, alat-alat tulis bersepah...bla..bla..bla.. siapa yang tak pening? Dah la kat sekolah, kat ofis kerja melambak yang cukup menyesakkan hati. Ingatkan sampai dirumah aku tidak mahu berdepan dengan masalah yang hampir sama berdouble double menghimpit kepala ku...arggghhh....

Oh..tidak.

Cerita nak masak belum selesai... Dalam kotak fikir, nak masak kari kepala ikan tenggiri. Check punya check... buka almari stok, tengok serbuk kari dah habis, bawang merah dah habis, halia dah habis. Mengeluh lagi... takkan nak pergi pasar lagi kot. Nak driving lagi, nak pasang tudung lagi....adooiii. Siapa jadi mangsa..? Sudah semestinya orang yang selalu jadi pilihan untuk ke pasar time emergency macam ni adalah...abangnda ku. Kena tengok jarum jam dulu, tepat 4.30 petang, abang start enjin kereta menuju ke kedai berdekatan nak beli apa yang patut. List menu kari kepala ikan dah siap abang bawa bersama (takut lupa, siap dengan tulis lagi).

Mengeluh lagi...entah kali yang keberapa. Jam sudah hampir 5.30 petang. Sudah 1 jam abang keluar, jauh sangat ke kedai yang abang pergi nie..? Nak marah ke tak? Ni kalau lambat masak, anak-anak akan meraung-raung nanti cakap nak makan...mak lapar, nak makan.....
Kalau lambat masak jugak nanti lewat malam la jawabnya aku akan merebahkan kepala ku ke bantal, silap-silap tengah malam la nampaknya aku akan beradu. Memang confirm tak cukup jam tidur, sampai ofis esok menguap-nguap tak henti-henti... mata merah, hidung merah.. Bos pun heran. Kalau kena dengan bos yang faham takpe, kalau kena dengan bos yang tak faham, kena sediakan awal-awal jawapan yang bernas dan munasabah, errmm..


Alhamdulillah..sungguh pun begitu aku adalah seorang isteri yang sangat beruntung. Apa yang untungnya...itu rahsia ku dan dia.


Lebih kurang jam 5.30 pagi ~ masa yang biasa aku dan abang keluar pergi kerja. Semua sarapan anak-anak untuk ke sekolah sudah ready atas meja, siap dengan air yang sudah dituang dalam cawan tujuannya untuk disejukkan. Tak kesah samada mee goreng, mee segera, kreker... anak-anak tak pernah memilih, itu yang mak sediakan, itu yang mereka makan. Syukur.

Semangat Raya

Bersua lagi disini... sibuk sangat2 semenjak bulan puasa nie. Lebih2 lagi hari raya semakin hampir. Esok saya sekeluarga balik kampung. InsyaAllah... semoga semuanya berjalan dengan baik dan selamat sampai ke kampung. Doakanlah semuanya selamat...amin.

Rasanya, semangat untuk menyambut raya tahun ini jauh berbeza berbanding tahun lepas... Tetapi, demi anak2 dan suami yang inginkan kegembiraan dan kemeriahan dihari raya, aku gagahi jua semangat ini. Kesian anak2...

Apa2pun, alhamdulillah... mohon kepada Allah agar dipermudahkan segalanya. Kerana segala apa yang kita terima dan tempuhi didunia ini adalah datangnya dari Allah semata2. Dugaan untuk kita. Kita harus redha..

Betul2 tidak bersemangat.

Sebijik kek pun saya tak buat... eerrmm. Cuma sempat menempah dari kawan dan semuanya kek lapis (keluar duit pulak...tu la pemalassss sangat). Biskut pulak, cuma sempat buat 4 jenis. Biskut Semperit, Biskut Makmur dan Biskut Cornflakes dan Tat Jem Nenas Gulung. Minggu lepas beriya2 jugak buat kuih gunting 1kg. Ok la tu. Jangan berlebih2... berjimatlah dengan seadanya. Kerana, hari2 selepas raya kena ingat jugak.

Apapun, selamat hari raya diucapkan kepada semua.

Maaf zahir & batin.

Berhati2 di jalan raya.

Ku Susun Jari Sepuluh


Pertama tama kalinya disini... saya ingin mengabadikan salam aidilfitri yang terindah untuk semua keluarga tercinta, rakan2, sahabat2 handai, teman2 seperjuangan, pembaca2 yang saya sangat sayangi dan seluruh insan sesama umat yang merayakan hari lebaran yang mulia ini.

Ku susun jari sepuluh tanda memohon kemaafan atas segala keterlanjuran kata2 dan terlajak bahasa samada dalam sedar atau tidak... Sesungguhnya sebagai insan biasa hamba Allah yang lemah di dunia ini kita memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.

Kepada keluarga terdekat serta sahabat yang berada di mana2 yang sudi datang bertandang ke teratak yang tidak seberapa di kampung selalang, kehadiran kalian amat dialu alukan dengan hormatnya. Datanglah pada bila2 masa dan saya sedia menunggu kehadiran semua tetamu.

Akhir kata penutup bicara... selamat hari raya aidilfitri sekali lagi, maaf zahir dan batin.

Sayang semua...

mmmuuuuaahhhhh......





Oh! Pak Guard

Bagaimana boleh aku tidak marah sedangkan apa yang berlaku cukup memaksa aku untuk jadi marah.

Bekerja diberi gaji setiap bulan. Syarat bekerja pada ketetapan masa bertugas 2 syif 12 jam masing2. Sebilangan daripada tugas adalah seperti :~

Membuat pemeriksaan kawasan bangunan sekolah seperti menutup/memasang lampu, kipas angin, pintu dan lain2.

Membuat rondaan.

Mengawal keluar masuk kenderaan dan orang awam.

Pematuhan terhadap tugas dan arahan, dan

yang lain2 nya aku rasa payah nak sebut. Pun, belum tentu senang untuk dilaksanakan dengan baik oleh Jaga Sekolah kami yang tidak bertanggungjawab itu. Huh..

Dia dah balik dulu sebelum semua staf sekolah balik. Nampak sangat dia tidak menjalankan tugas dengan betul. Tiba masa aku nak balik tengok gate berkunci... bagaimana aku nak keluar... siapa nak jawab? Oh..!

Kenapa dia tidak membuat rondaan pada setiap bangunan sekolah sebelum dia balik meninggalkan kawasan sekolah?

Bayangkanlah... kalau masa tu, ada guru yang terlupa mengunci pintu kelas, pintu pejabat, pintu bilik sumber yang sarat dengan alat2 ICT... siapa nak jawab?

Bayangkan... kalau masa tu, cikgu2 lupa nak tutup suis kipas angin, lampu, komputer dan segalanya tidak ditutup dengan sempurna. Semua tu akan seharian dan semalam terpasang begitu sahaja. Memang salah cikgu yang agak cuai, tapi itu jugak sebahagian daripada tugas Jaga Sekolah untuk meronda dan menutup... siapa nak jawab?

Berbalik pada mangsa kejadian ~ iaitu aku. Oh... Kebetulan petang itu hujan turun dengan lebatnya, kilat sabung menyabung diselangi dengan guruh yang berdentum di langit. Kerusi boleh terpelanting gara2 tiupan angin yang agak kuat pada petang itu. Langit sudah gelap seperti malam hari. Perasaan takut tiba2 menguasai diri. Cepat2lah abang datang.

Bila gate sudah dikunci dari luar... bayangkan bagaimana aku nak keluar? Bagaimana pulak abang nak masuk?

Aku baru teringat minggu lepas, kebetulan bos ada bagi kunci gate duplicate... nasib agak baik, tapi aku tetap mandi hujan dengan tudung yang basah sampai ke kain..

Tak mahu nak cerita panjang2 kisah pak guard yang langsung tidak bertanggungjawab itu. Buat menambah dosa dibulan puasa...baik tak payah.


p/s Menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab.

Tuhan... Tolong Sampaikan Padanya

Hati sudah mula tidak keruan. Memarahi seseorang yang agaknya... harus atau tidak untuk dimarahi..? Aku terlalu keliru dan sudah mula membenci diri ku sendiri.

Bersalahkah aku, andai aku ingin menegur pada sedikit kesalahan? Tidak boleh kah aku memperbetulkan sedikit kesilapan yang aku rasakan ia adalah silap di mata aku? Atau kah, kerana mungkin aku berada pada gelaran aku sekarang... maka aku tidak layak untuk menegur?

Adakah sedikit rasa memahami di hati insan itu untuk cuba meneliti setiap apa yang aku maksudkan walau bukan dalam keadaan terpaksa untuk dia berfikir, kerana aku yakin, sesungguhnya, dia lebih tahu daripada aku kerana dia insan yang cukup sempurna berbanding dengan aku yang daif dan terlalu daif ini...!


Aku tidak berniat untuk mengeruhkan air yang sedang jernih... kerana aku memang inginkan kejernihan itu sentiasa menjadi hak milik abadi bersama. (jika itu takdir tertulis buat ku...) Tetapi, kekadang ada2 sahaja kekacauan yang menjadi tetamu tanpa diundang menerjah sanubari hati untuk aku bertindak diluar kewarasan. Oh..

Tuhan, aku memohon padaMu. Berikanlah petunjuk kepada aku untuk aku menempuhi dugaan mencabar Mu ini. Permudahkanlah segala perjalanan hidup ku untuk hari ini, esok dan selama2nya. Berkatilah segala kelakuan ikhlas aku kepada dia dan tolonglah Allah... tolonglah, sampaikan kepadanya... bahawa aku benar2 mencintainya dan menyayanginya sepenuh hati, jiwa dan ragaku.

Aku tidak ingin kehilangan insan sepertinya didunia hidup ku ini, kerana jika dia hilang dari hidupku sebelum hadirnya hari kematianku yang Engkau berikan kepada aku, aku sanggup kau cabut lah nyawaku sebelum dia berundur pergi. Aku redha... jika aku pergi sebelum dia, aku yakin, kerana Kebesaran Mu Ya Allah... dia adalah insan yang terbaik untuk membimbing anak2 zuriat permata hati ku yang aku tinggalkan setelah aku mati.

Amin.. amin... Ya rabbil alamin..

Coret 2 - Pagi Isnin

Assalammualaikum..., wah, baru sempat menjenguk kesini. Sibuk banget semenjak bulan puasa. Al-maklumlah... rutin harian semakin bertambah sibuk apabila hari raya semakin dekat. Semestinya kita sibuk untuk bergotong royong membersih halaman rumah, mengemas dalam rumah, mengecat rumah, menjahit langsir baru, jahit baju baru, buat kek, biskut dan sebagainya.

Dalam kesibukan untuk menyambut raya, hari kemerdekaan pula janganlah dilupa.
Hari ini, 30 Ogos 2010... Esok seperti yang sudah2, pada 31 Ogos, kita akan menyambut hari kemerdekaan. Esok cuti lagi...! Alhamdulillah... buat kesekian kalinya kita dapat bersama lagi untuk menyambut hari yang penuh bermakna itu.

Isnin ~ mengapa ramai dikalangan kita yang beranggapan hari isnin hari yang membosankan...? Terutamanya... bagi golongan2 kita yang bekerja. Mesti kita ada alasan yang tersendiri. Pendapat peribadi saya pula, hari apa pun... kalau hati dah bosan, memang akan bosan. Tak kira hari isnin sahaja. Oh..

Pagi ini langit kelihatan agak gelap... menandakan akan gugurnya titisan hujan yang tidak diketahui bila. Yang pasti angin sepoi2 telah bertiup dengan gagahnya... maka dengan itu sepasang mata yang aku miliki ini juga berasa sepoi2 minta dipejamkan.

8 pagi ~ borang LNPT dah ada di atas meja minta dilengkapisikan. Oh.. kenapa borang ni kena isi tiap2 tahun, bosan sangat la dengan benda nie.. asyik2 yang sama untuk diisi. Alahaiii.... Isi setakat yang sudah disedia maklum sahaja, yang masih samar2 kena tunggu lepas cuti raya. Lama lagi tu.... rilex dulu.

Ha, kan tadi dah cakap, kuasa Allah s.w.t memang hebat. Hujan sudah mulai turun dengan lebatnya. Mulalah kulat2 tumbuh dan merayap2 dengan perlahan menuju ke hentian setiap 30 minit. Kulat yang berwarna warni, cantik...

Sambut Raya Dengan RM500 - Antara Kakitangan Kerajaan Tetap Dan Kakitangan kontrak

Hari ni dah 16 hari kita berpuasa. Alhamdulillah kerana dipanjangkan usia dan berkesempatan untuk menunaikan ibadah yang mulia ini.

Baru semalam kakitangan kerajaan terima gaji. Sebelum tu dah sibuk dah jari jemari menghitung duit keluar banyak mana nak bayar bil air, api, astro, broadband, telefon rumah dan segala2 keperluan (duit masuk entah bila...asyik keluar jer berlapis2 duit, errrmmm..). Fikir juga disitu hari nak raya, balik kampung satu hal. Belum lagi cerita nak bagi duit raya dengan mak ayah, anak saudara dan mereka2 yang sama waktu dengannya. Oh..

Menghitung hari demi hari dengan ketibaan hari raya. Dalam dok fikir2 tiap hari pasal persiapan raya, baju anak2, kuih muih, langsir baru, set sofa baru, serba baru2... kita teringat2 dengan bonus tahun ini. Semalam dah gempar satu dunia, wah... Bila PM mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebelum 1 Syawal kepada kakitangan kerajaan Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan.

Hari ini semua dah mampu mengukir senyum dan bersyukur, sekurang2nya dapat juga meringankan beban yang ada. Paling tidak pun, dapat jugak membeli kasut baru anak2. Dan sekurang2nya di pagi raya tu boleh la masak lebih sikit ayam, daging, ketupat dan rendang semua... untuk santapan keluarga dan bersedekah kepada tetamu di pagi raya. Kalau sikit tu, biarlah sama merasa...

Dan, jangan dilupa bayar zakat. Ha, ini tanggungjawab yang mesti kita buat. Kalau kat tempat saya ni RM5.20 seorang sahaja. Jadi, bersedialah untuk itu, hitung anak berapa orang, suami isteri, emak ayah dan yang berkaitan. Simpan duit mencukupi.


Bagaimana pulak dengan kakitangan kontak..?

Oh, tidak. Hati saya tertarik dengan post di facebook adik kita sorang ni, berbunyi begini..:-

"kakitangan kontrak x dpt pun..kerajaan tutup mata je...pm najib pn buat taktau je..sapa la kami ni,hamba abdi kerajaan..apa2 insentif nor intensif pn xde..kwsp pn tak layak nak mncarum dan dicarum oleh majikan.mcmanalah agaknya msa dpn...keja penat2,lebih teruk dr kakitangan tetap yg asyik kluar ofis je.lg teruk staf yg kuat melobi ...bos,kerja kita yg buat,dia plak dpt nama kata dia yg buat..tp yg tetap jugak yg dapat duit raya..kerajaan oh kerajaan"

Simpati jugak dengan luahan hati adik ini. Tapi, apalah daya kita yang hanya seorang rakyat biasa disini. Kita hanya mampu bersuara dan meluahkan perasaan tapi tiada berdaya untuk berbuat apa2. Cuma hanya mampu berharap dan terus berharap kepada mana2 pihak yang bertanggungjawab dan berkaitan agar memandang serius perkara ini. Kakitangan kontrak pun bekerja jugak kepada kerajaan bertahun2. Ada jugak yang tidak dinafikan beban tugas mereka2 ini lebih berat daripada kakitangan tetap yang lain. Bukan lah berniat untuk membangkit atau tidak juga bermaksud mereka tidak ikhlas menjalankan tugas tetapi biarlah mereka2 ini mendapat perhatian juga daripada pihak atasan sepertimana apa yang kakitangan tetap dapat.

Saya bersuara mewakili sahabat2 yang berstatus kontrak di Malaysia ini, harap jangan pulak ada yang beranggapan golongan ini tidak menghormati keputusan PM, tidak.. Mereka hanya ingin bersuara menyatakan apa yang terbuku dihati.

Kakitangan kontrak juga punya keluarga, punya anak untuk disarai. Mereka juga akan menyambut hari raya bersama keluarga. Mereka juga perlu membayar zakat. Mereka juga berkeinginan untuk makan sedap2 dipagi raya, anak2 mereka pun menyebut2 jugak kasut baru, baju baru... Nak harapkan gaji sebulan berstatus kontrak pulak... (terpaksa terima kenyataan..). Oh...

Kenyataan ini tidak berkaitan langsung dengan sesiapa yang hidup atau yang mati.

Mohon pengertian sahaja daripada pihak berkuasa.


p/s untuk diri sendiri ~ bersyukur dengan apa yang ada.

Bila Suami Tolong Isteri Di Rumah

Tertarik dengan post seorang teman di facebook... berbunyi begini :-
Ali Hanafiah Daud ativiti saya pagi ini, selepas subuh - baca kitab, update 'internet', hantar anak ke sekolah, sekarang basuh kain, lepas nie nak sidai kain pulak, lepas tu kemas dan bersihkan rumah...hari nie saya bagi cuti kat isteri. Dia dok tidur lagi, comelnya dia tidur...he he.."
(minta izin empunya badan.. saya copy paste post anda...terima kasih)

Alhamdulillah... kalau lah lagi ramai seorang suami yang ada di dunia ini sanggup berbuat begini betapa bertuahnya seorang isteri dan anak2 yang memilikinya, betul kan..?

Dalam keadaan yang tertentu kehadiran suami adalah amat2 diperlukan oleh seorang isteri. Kalau hal tolong-menolong macam ni la contohnya... tidak salah kalau sekali sekala suami memberi peluang kepada isteri untuk berehat sekejap (tiap hari tolong pun ok jugak... tak lama, sekejap jerr tu..) Sesungguhnya, itulah yang isteri harapkan dari suami. Kerana kadang2, dalam kepayahan yang dilalui oleh isteri ketika menjaga anak2, memasak, mengemas rumah dan apalagi kalau isteri yang bekerja, ia memang payah (hanya isteri2 sahaja yang tahu...) Isteri tidak mudah untuk mengeluh kerana itu adalah salah satu daripada tanggungjawab yang harus dilaksanakan dengan sebaiknya demi anak2 dan suami tersayang.

Fasa Kehidupan - Cinta Monyet

Cinta... adakalanya menyakitkan. Kekadang juga cinta itu sungguh menyenangkan dan membahagiakan. Ada diantara kita juga mengakui cinta itu amat rumit dan payah untuk dimengertikan.

Begitu juga dengan Cinta Monyet. Biasanya kita akan kaitkan cinta monyet ini dengan cinta yang wujud di alam persekolahan. Betul ke...? (Agaknya...) Masa sekolah kalau boleh ada yang cuba mengelak daripada terjerumus dengan cinta. Kerana takut perasaan itu akan menjejaskan tumpuan dalam pelajaran dan keluarga. Memang betul... kita datang ke sekolah bukan untuk bercinta tetapi untuk menimba ilmu dan belajar dengan sebaik2nya.

Ramai juga yang berkata, untuk beroleh keputusan yang baik dan cemerlang dalam pelajaran perlu ada cinta (pulak dah...). Iya, ternyata pendirian kita adalah berbeza, tidak sama. Malahan, tanggapan kita terhadap kewujudan cinta juga turut berbeza dan tidak sama. Kerana semuanya sudah diatur oleh Tuhan. Engkau bercinta nanti, begini... Dia nanti akan dicintai nanti begitu... Mereka2 itu pulak menyintai dengan itu dan ini...

Cinta masa sekolah ni lebih kurang macam chipsmore.. kejap ada, kejap takde. Ada juga yang bercinta bagai nak rak... tak ingat dunia. Buku pun dah lupa, cikgu pun dah tak ingat siapa. Kadang2 tu, jalan menuju ke sekolah pulak dah tak ingat ke mana. Sebab itu agaknya ramai pelajar yang ponteng sekolah sebab dah lupa jalan nak ke sekolah.


Ada yang anggap cinta alam sekolah sekadar 'cinta main-main'. Sekadar nak melepaskan geram sahaja. Kan ada waktu 'keboringan' sebab terlalu banyak membaca, asyik2 belajar... kelas tambahan, kelas itu, kelas ini... maka ambil peluang dengan beranggapan bila bercinta dan berpasangan akan mampu membuang jauh perasaan boring itu. Agaknya bila pelajar yang boring ni bercinta, dunia mereka akan aman. Kalaulah bercinta ni akan membawa pelajar kepada kecemerlangan yang sebenarnya, alhamdulillah... Ramai mak bapak dan cikgu2 yang menyokong sangat2 untuk kempen 'bercinta dalam sekolah', ererrmmmm....~

Bercinta dan merasa bahagia dengan pasangan memanglah manis. Lebih manis daripada gula dan madu. Bagaimana pulak kalau kita kecewa dan ditinggalkan oleh pasangan kita..? Putus cinta. Ada la nanti masuk surat khabar dan Buletin Utama... pelajar mati bunuh diri kerana putus cinta. Pelajar terjun bangunan 12 tingkat kerana cinta tidak dilayan. Pelajar bergaduh kerana berebut kekasih dan segala.....~

Memang perit bila putus cinta. Tak siapapun yang sanggup putus cinta. Semua kita inginkan cinta yang kekal. Dah bila merasa perit ni pulak, mulalah nak salahkan orang lain. Dah mula nak salahkan takdir. Siapakah yang harus disalahkan, salahkan diri sendiri... salahkan orang lain atau salahkan takdir.

Tamat persekolahan, masing2 bawa haluan dan arah tuju yang berlainan. Mulalah mengamalkan cinta jarak jauh... kalau dulu2 guna surat jerr, pos tiap2 minggu. Selalu jengok pejabat pos, selalu check peti surat. Tapi sekarang mereka2 itu sudah bernasib baik, beli handphone pun macam beli keropok jer. Gara2 nak bersms dan koling2 dengan awek, handphone kenalah ada. Tapi, cinta jarak jauh ni jarang yang panjang hayatnya, sebab ramai yang suka buat perangai. Maklumlah, jauh di mata... jauh juga di hati. Darah muda. Maka cinta monyet yang diagung2kan dulu...dah tidak bernyawa lagi. Kau dengan cinta kau, aku dengan cinta aku...~


Cinta jarak jauh ni ada kisahnya jugak. Rindu nak bertentang mata berkobar2 terasa. Maklumlah, dah lama tak jumpa. Bayangkan, masa sekolah rendah dah 6 tahun, tambah sekolah menengah lagi... campur lagi dengan masa bersms, bersurat2...segala2. Adalah puluh tahun agaknya. Masa masih muda zaman sekolah dulu memanglah muka cun gilerr... badan pun sweet sangat. Tup..tup... bila dah habis sekolah, masa tunggu result spm, stpm dok rumah tiap hari kerjanya asyik makan tidur makan tidur. Last2, berat badan pun naik tanpa disedari. Pipi pun dah mula tembam macam belon. Haa... masa ni pulak la si dia nak ajak berjumpa bersua muka di tempat biasa masa sekolah dulu... Bila dah bersua muka, orang yang dicinta masa dulu dah berubah, tak cantik lagi, tak cute lagi... mulalah hati dah tawar. Macam2 la yang berlegar di fikiran.

Betul... biasanya macam tu lah. Boleh hitung dengan jari memang tak lebih dari sepuluh pun pasangan yang bercinta di zaman sekolah akan sampai ke jinjang pelamin. Dah banyak bukti yang dapat kita lihat, kan... Jadi, takde maknanya cinta monyet itu. Hanyalah akan memudaratkan pelajaran anda dan menjerumuskan anda ke lembah masa depan yang hitam. Percayalah...

Bercintalah dengan sesiapa sahaja sebaik2nya di zaman anda sedang berada di zon yang betul2 stabil. Kerana ia akan membantu ada menuju ke cita2 yang anda idam2kan di zaman persekolahan dulu iaitu cinta sejati...~~~

Aku Hanya Menulis


Menulis (i)


13 hari sudah kita menunaikan ibadah berpuasa. Alhamdulillah... pejam celik, kita tidak sedar hari2 yang berlalu sungguh pantas sekali.

Berlalu 4 hari, dan hari ini baru menjenguk lagi laman kesukaan peribadiku ini. Sibuk sangat2 dalam bulan puasa nie. Bila hujung minggu di rumah masa yang ada cuba diluangkan sepenuhnya untuk anak2. Bila sudah sampai waktu, saya pasti akan ke dapur... buat persediaan yang patut untuk berbuka. Malam, kekadang sempat juga menyediakan makanan untuk bersahur, kalau tidak... makanan berbuka tadi lah dipanaskan semula. Tiada masa untuk melakukan kerja2 lain selain untuk suami dan anak2. Rutin setiap hari... tidak pernah jemu. Penat lelah sudah biasa, keluhan sudah tiada makna... ( walaupun sebenarnya tiap2 hari mengeluh... itu biasa...)


Jumaat ~ 20 Aug 2010 ~

Balik kerja, selepas abang sembahyang jumaat berjemaah di Masjid Bintangor, saya dan abang pergi Sibu, abang nak uruskan kes kemalangan anak muridnya di pejabat takaful, sibu. Lebih kurang 20 minit abang berurusan dengan pegawai yang berkenaan, urusan selesai. Terus menerus... dalam perjalanan balik ikut Jalan Lanang, sempat juga singgah di Bazaar Ramadhan Farley, Sibu...

Tahun lepas saya dan abang pernah jugak ke sini. Tiada perubahan yang ketara sangat, bazaar ramadhan nya masih begitu jugak. Jualan kuih muih, lauk pauk, air dan sebagainya semua ada. Ikutkan nafsu bulan puasa ni semua benda kita nak telan... ( itu yang abang jawab, bila saya tanya dia nak makan apa untuk berbuka...errrmmm....). Selera saya, saya belilah... karipap sambal, nasi pulut sambal, cucur udang dan buntut ayam panggang bermadu dan air tebu (kegemaran saya yang tidak boleh lupa). Abang pulak, dah puas pusing2... cuma berkenan beli kuih penyaram dan roti john. Nampaknya, selera saya pulak yang lebih dari abang.... hehehe..~


p/s ~ (untuk diri sendiri) : selang seminggu sekali akan timbang berat badan, boleh turun ke tidak berat badan nih...errmm....






Menulis (ii)


Sabtu 21 Aug 2010 ~

Selepas berbuka puasa, rutin abang setiap kali selepas berbuka dia akan ke masjid kampung untuk berjemaah. Lebih kurang jam 10 malam, abang balik rumah dengan memek muka yang sedikit kacau... (saya faham, ada sesuatu yang abang fikirkan). Saya tidak bercadang untuk bertanya, sebaliknya saya sengaja membiarkan abang seketika melayan perasaannya seorang. Saya tahu bila tiba masanya sekejap lagi abang pasti akan kongsikan dengan saya. Abang memang selalu begitu..

Di meja makan, saya sediakan air untuk abang dan sedikit kuih muih. Aktiviti ini juga adalah 'kerutinan' saya dan abang... minum bersama2 selepas abang terawih di masjid. (mesra, cinta, kasih dan sayang..). Kan tadi saya dah cakap... abang mesti akan kongsikan masalahnya bersama saya. Abang tiba2 memulakan cerita tanpa saya bertanya. Abang memulakan cerita dan saya memberi peluang untuk abang bercakap dan saya cuma mendengar dan meneliti dahulu.

Rupa2nya cerita tentang saudara2 sesama kita di masjid yang tiada persefahaman antara satu sama lain. (demi untuk menjaga tatasusila dan kebersihan laman ini serta keperibadian individu berkenaan jadi saya tidak bercadang untuk menulis lebih lanjut berkenaan cerita itu disini...mohon maaf..)

Cuma, ada sedikit kesimpulan yang boleh saya buat ialah...

  • bila seseorang yang sudah diberi tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya untuk melaksanakan maka hendaklah dia melaksanakan tugasan itu dengan sebaik2nya tanpa memikirkan apakah ganjaran yang akan kita dapat, lebih2 lagi bila kita menjalankan tugas di 'rumah Allah';
  • lakukan setiap kerja itu dengan ikhlas dan jujur;
  • jangan sentiasa menyalahkan orang lain tanpa usul periksa dan hanya menabik dada menandakan kita itu adalah 'sempurna' berbanding orang lain;
  • bawa berbincang dari hati kehati atau bermesyuarat jika ada masalah yang timbul dalam komuniti kita supaya masalah dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dan sebaik2nya.
Itu sahaja kesimpulan yang dapat saya simpulkan. Sesungguhnya, dugaan dan cabaran seumur hidup kita di dunia memang tiada penghujungnya. Memang tiada titik noktahnya... terpulang kepada kita sendiri untuk menanganinya dengan baik agar tidak menggugat perjalanan hidup kita sendiri dan tidak mencederakan hati orang lain. Segala harta benda yang kita miliki, segala kemewahan, pangkat, duit yang bertimbun2... semuanya tidak kekal menjadi milik kita. Ianya hanyalah pinjaman sementara dari Allah. Jadi, beringatlah... tidak ada maknanya segala kebanggaan yang ada hari ini untuk di bawa ke muka pengadilan bertemu Allah bila kita mati nanti.


p/s berkatalah apa2 sahaja asalkan jangan menyakitkan hati orang lain. Jaga tingkah laku dan hormati orang lain walaupun dia lebih muda dari kita.




Menulis (iii)



Ahad ~ 22 Aug 2010 ~

Dalam perancangan menu berbuka puasa untuk petang ini... saya ingat nak masak dalca dan ulam2an. Dah berhari2 asyik sebut jerr pucuk ubi, nasib baik kakak ada hantar ke rumah. Alhamdulillah...

Saya siapkan bahan2 untuk membuat dalca. Terung ungu, kacang dal, kacang buncis, kentang, kulat kering, bawang telur, serbuk kari, udang kering, santan, serbuk perasa, garam, sedikit gula dan minyak untuk menumis (ini selera saya yerr..). Siap masak dalca lebih kurang 50 minit kot.. (kena pastikan kacang dal dan kentang sudah lembut).

Ulam pucuk daun ubi, pucuk cantik manis, daun singkel, buah kedondong... errrmmm... semua dah ready. Tinggal nak buat sambal lagi. Sambal ulam kalau takde rasa pedas, tak sedap, kan... kena taruh sedikit cuka @ perahan jus limau kasturi dan gula sedikit.


Menu tambahan : Ikan kembong goreng, cencaluk, kuih muih yang dibeli dari bazaar ramadhan kampung dan Kak Ani Corner...


Alhamdulillah... sudah selamat berbuka untuk puasa yang ke 12 hari.


p/s makan apabila lapar, berhenti makan sebelum kenyang.

Mohon Pada Mu Ya Allah - Selamatkan lah Luqman Al-Hakim


Siapa tahu... sebenarnya hati ku sekarang ini sedang menggeledak dalam kesusahan, dada berdenyut kencang. Dalam kotak fikir ku hanya wajah seorang cahaya hati yang berlegar, Akim... Sedaya upaya ku tahan air mata dari menitis... namun ia tetap menitis. Mengapa aku mesti menangis...?

Saat ini aku masih di sekolah, gelisah.. gelisah... menunggu abang datang menjemput. Kalau lah aku mampu memanjangkan kaki, akan ku langkahkan kakiku dengan selajunya menuju ke rumah untuk melihat anak ku, Akim.

Jam 3 petang tadi, Akim sudah diserang sawan lagi di rumah. Ya Allah... hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan ku bila mendapat panggilan telefon dari rumah. Gelisah tidak menentu. No telipon sekolah abang bekali2 dihubungi tetapi gagal, tiada jawapan. Menghubungi kawan2 abang, staf2 abang yang lain, juga gagal. Kenyataan yang terpaksa dilalui jika bertugas di tempat yang agak jauh begitu, line telifon tiada... Subhanallah...

Sehingga ke jam 4.40 petang, aku masih menunggu dengan harapan abang cepat2 lah datang. Hujan tiba2 turun dengan lebatnya. Suasana dan langit menjadi gelap. Ya Allah... selamatkanlah anakku, Akim... Amin..Amin.. Ya Rabbal alaminn...

Mata

Hari ini saya pakai mata yang original keluar rumah. Semua pandangan nampak berdouble2. Kekaburan... mesti keliru bila baca 'mata yang original' tu, kan...

Iya lah... setiap hari saya pakai kanta lekap kalau keluar rumah. Kadang2 kalau time malas tu, pakai cermin mata sahajalah. Tapi kalau sebelah malam memang cermin matalah teman setia.

Semalam cermin mata saya yang saya baru buat beberapa hari kat kedai cermin mata dah remuk... cermin pecah dan framenya patah. Gara2 berlakunya pergeselan dengan roda katil cute anak bongsu, Adi Putra. Dan, kanta lekap pulak sengaja saya cutikan buat sementara waktu sebab mata sebelah kanan tidak berapa sihat. Entah kenapa mata boleh jadi merah... (boring betol la...) Nasib badan di hari baik bulan baik ni... Alhamdulillah, aku redha.

6 jam Di Sini Dan Selebihnya

Saya nie tengah kerja sebenarnya... tapi kesempatan yang ada saya luangkan dengan melayan blog ini. Tidak punya apa2 untuk dikongsikan hari ini... sehingga kesaat ini, hampir 7 jam saya duduk di kerusi keramat ini bersebelahan dengan bilik bos lagi. Saya rasa bosan sangat. Ditambah dengan mata yang terasa ngilu sangat2. Nak tidur tak jugak... nak lelap agaknya kot... ( yang mana satu betul...) Hari ni dah 6 hari berpuasa. Jujurnya, saya pulak baru jer 2 hari berpuasa termasuk hari ini ( itupun kalau hari nie sampai ke petang...insyallah...).

Jangan silap fikir ok.... saya baru je (berperang dengan askar jepun, saya pakai selipar jepun berjalan2...oh.) tuttt... ala, orang perempuan biasa ler.. kalau dalam sebulan tu kalau tak 'tutt...' memang tak sah. Ha.. dah faham dah. Alhamdulillah, kita dikurniakan dengan badan yang sihat, otak cerdas dan putaran haid pun cun. errmm...

Sebelum Dan Sesudah Blogger

Minat didalam bidang penulisan sudah bermula sejak di bangku sekolah lagi. Kalau tak de apa2 nak dibuat kat rumah, saya akan menulis. Dulu saya suka menulis cerpen dan novel pendek. Saya hanya menulis dengan tangan sahaja... Bila masuk tingkatan 3 atas keperluan dalam pembelajaran, saya telah membeli sebuah mesin taip. Saya minta kebenaran dari ayah untuk membeli mesin taip dan meminta bantuan seorang guru untuk membelinya. Kalau tidak silap saya, masa itu harga mesin taip yang saya beli tu lebih kurang RM350. Bermula dari itu, saya mula mencuba untuk menaip. Hasil tulisan saya simpan sendiri dan kadang2 saya bawa ke sekolah suruh kawan2 baca. Alhamdulillah... kawan2 seronok bila membaca dan ada diantara mereka yang memuji jalan cerita yang saya hasilkan itu sangat menarik. ( tau jer lah... masa tu kan masih remaja lagi... apa yang dibaca kawan2 tau cakap bagus jer... bagus la tu kot... terima kasih kerana memuji...) Mereka turut memberi galakan agar saya terus menulis.

Memang saya terus menulis. Saya pernah menghantar hasil tulisan saya di dalam surat khabar tempatan. Kalau tidak silap tajuk ruangan tu ialah 'Coretan Kenang Kenangan'. Ruangan ini memang terbuka kepada semua pembaca yang berminat untuk menyumbangkan cerita2 yang menarik, kenangan2 masa silam, di rumah, di sekolah atau di mana2 sahaja. Saya tidak lepaskan peluang itu... saya cuba menulis. Masa tu saya dalam tingkatan 5. Hanya dalam beberapa bulan sahaja lagi akan menduduki SPM. Kebetulan pulak masa itu juga saya baru saja keluar hospital, baru lepas pembedahan appendix. Ia menjadi isi cerita saya. Memang banyak kisah menarik selama saya didalam hospital, kepedihan dan kesakitan yang dialami sebelum dan selepas dibedah. Saya terpaksa turun ke sekolah ketika jahitan selepas bedah itu masih baru, ( jahitan pun belum bukak lagi...). Masa itu saya tinggal di asrama. Alhamdulillah... tulisan saya itu telah disiarkan dalam surat khabar jugak. Saya berasa cukup berpuas hati dan merasakan kerja kita itu telah dihargai. Lantaran itulah semangat untuk menulis semakin berkobar2... errmmm...

Kita tinggalkan cerita itu.... dan berbalik kepada cerita berblogging.


Kini... saya sudah mula berjinak2 dengan dunia blogging. Alahaiii... kenapa la aku tetiba boleh terjerumus ke dunia ini... Adakah kerana minat... atau kerana aku terpengaruh dengan apa yang telah aku lihat dan layari dalam internet... atau adakah ini hobi aku...:) errmm...


Saya masih baru dalam dunia blog. Baru sangat2... Menjerumuskan diri kedalam dunia blog ini pun hanya setelah membaca blog seorang sahabat iaitu blog something by tauhhid. Banyak entry2 yang menarik ... dan saya suka membacanya. Disitulah timbul minat dan kemahuan saya untuk men'create'kan blog sendiri. Saya suka membaca blog2 orang lain, kerana bagi saya itu adalah salah satu cara untuk saya memajukan diri dalam menulis sesuatu yang mampu menarik perhatian pembaca. Kalau orang berminat nak membaca cerita kita sampai habis dan melawat berkali2... itu sudah memadai. Itu bermakna tulisan kita ada daya tarikan.

Bagi saya untuk menulis sesuatu entry yang benar2 bagus pulak bukan perkara yang mudah. Kita perlu sampaikan dengan jelas dan baik serta bahasa yang menarik. Terover sangat pun tidak boleh jugak, kan...? eerrmm... serba salah. Tetapi, begitulah kenyataan yang sebenarnya.

Cuma, sebagai blogger yang baru nie... masih terlalu banyak persoalan dan tanda soal (?) yang sering berlegar di kepala. Takut, bimbang dan malu... semua ada.



Takut, Bimbang Dan Malu

Iya... perasaan takut, bimbang dan malu itu sentiasa menghantui perasaan. Kita membayangkan begini... "ada kah pembaca yang berminat nak bukak blog aku nie...?" "apa agaknya penilaian mereka selepas membaca blog aku nie pulak...?" Kita juga takut orang akan mengejek dan menghina penulisan kita. Maklumlah, blog kita nie kan semua orang boleh bukak, dari orang biasa2, budak2 sampai kepada golongan atasan dan tidak terkecuali si blogger2 yang otai..!! Otai..?? Tu yang buat kita rasa takut dan bimbang sangat2.

Sebut pasal blogger otai nie tetiba jer tangan rasa terketar2 nak menaip. hehehh.... (Ada kah kat dunia blogging nie seorang blogger otai..?) Ada la tu kot... Saya ada menyimpan anugerah yang tersendiri. Secara peribadi... semenjak dah jadi seorang blogger ciput nie... saya selalu jugak membuka blog2 orang lain. Saya ada 'blogger otai' saya sendiri. Kiranya lebih kurang macam idola ataupun mentor lah tu... Saya tidak bercadang nak mencanangkan nama blogger bekenaan itu disini. Biarlah rahsia....~~ Biarlah rahsia...~~

Rahsia

Biarlah rahsia... demi menjaga tatasusila saya disini, rasa tidak manis jugak nak sebut nama blogger mentor saya disini. Takut ada pulak rakan blogger yang lain terasa hati (sedangkan dia merasakan dia lebih otai-otai lagi agaknyer...). Takpe, yang penting kalau kita bercakap atau menulis janganlah ikut sedap mulut sahaja. Hati dan perasaan orang lain kena jaga. Payah kalau kita sudah membuatkan orang lain terasa hati, berkecik ati, hancur hati atau ape2 jer... silap2 hati akan tercedera kerananya. Mintak jauhlah semua itu. Kita disini bukan untuk berperang tetapi kita ingin berjuang secara sihat sebagai blogger yang terbaik di mata hati pembaca.

Menjadi yang terbaik di mata hati pembaca... ~~

Nak Balik Beraya Di Kampung...

Kita berpuasa baru 3 hari, dalam masa yang sama kita juga dah mula sibuk memikirkan tentang giliran nak beraya...samada beraya di kampung sendiri atau beraya di kampung suami (keluarga mertua)...??

Tentu ramai teman2 yang berfikiran sama kan.... lebih2 lagi bagi yang sudah berumahtangga. Si isteri berkata nak beraya di kampung sendiri... Suami pulak berkali2 buat cadangan nak balik kampung beraya dengan ibu ayah. Kalau dah buat perancangan awal, kena ikut giliran...kena lah ikut... mana boleh bantah2 lagi... mana boleh nak beralasan2 lagi....

Kalau tahun lepas giliran beraya di kampung sendiri, tiba masanya pulak tahun ini beraya lah di kampung suami pulak. Apa salahnya kan... kampung kita jugak tu...bukan kah keluarga suami dah menjadi sebahagian daripada keluarga kita juga...~~ Sekali sekala kita merasakan kemeriahan beraya di kampung orang, mesti menarik...mesti banyak kenangan yang dapat kita simpan untuk dibawa balik...hehehe..... Kena ingat jugak, suami kita tu pun punya hati dan perasaan... dia pun tahu merasakan kerinduan untuk beraya di kampung halaman sendiri dan beraya dengan keluarga sendiri, eerrmmmm...

Anak2 pulak kadang2 pandai jugak nak buat pilihan. Cakap raya sana tak best lah... raya kat kampung tak seronok lah... tak ramai kawanlah dan macam2 ada alasan. Kalau tak betul2, memang susah kalau part nak tentukan 'giliran beraya' nie... Banyak hati kena jaga... Jadi, ambil jalan mudah, mengalah lah kalau sudah memang betul tahun ini bukan giliran kita. Kena ikutlah giliran yang dah ditetapkan oleh kita sendiri...

Bajet... menjadi cerita juga. Memang, kalau nak balik kampung cakap jer...memang senang. Kalau la kampung kita tu dekat jer, ok la... tapi kalau kampung kita tu jauh pulak, apa nak buat..?? Kena tengok bajet sebelum buat keputusan. Maklumlah, duit dah banyak keluar semasa bershopping, siap beli kuih tunjuk lagi sebagai buah tangan untuk mertua dan ipar duai... Nak balik dengan tangan kosong pulak, hati tak sedap.... maklumlah, kita kan jarang balik kampung, bila dah balik sekali setahun tu, yang baiknya...buah tanganlah yang menjadi hiasan sampingan untuk mengeratkan lagi perhubungan. Sebab tu lah... semasa bershopping... tatasusila tu kena jaga.... pandai2 la berjimat. Beli la apa yang patut dan ikut keperluan. Janganlah beli benda2 yang tidak berfaedah dan membazir. Betulpun kita beraya setahun sekali, tapi Allah tidak menggalakkan kita untuk berlebih2 dan menunjuk2 jika berbelanja. Berpada2 lah... Waktu susah kena ingat... lepas raya nanti, mulut ternganga.... heehhe.. Kita jugak yang susah.

Dalam keseronokan nak balik kampung pulak satu cerita... Semua persiapan dah ready, baju, kuih muih, kasut raya anak2, buah tangan untuk keluarga semua dah tersedia. Tinggal nak masukkan kedalam kereta saja. Sebelum nak start enjin kereta tu... periksa dulu apa yang patut. (ini kerja suami la pulak... isteri dah penat2 sedia itu ini.... hehehe..) Check minyak kereta, air, tengok tayar..ok ke tak... air-cond boleh guna ke tak... brek tu, tekan bekali2 takut nanti brek tak makan.... Cermin sisi kena cun... kalau tak cun , perbetulkan...
Tidur mesti cukup. Ini untuk mengelak daripada mengantuk terutamanya suami yang akan menjadi pemandu sepanjang perjalanan. Memang la isteri ada duduk kat sebelah, boleh jadi pemandu kedua... tapi kan...suami nie selalunya sayangkan isteri. Tak nak isteri penat memandu... suami lebih suka tengok isteri duduk kat sebelah sambil2 menjadi teman berbual. Berbual ni salah satu cara untuk menghindar daripada suami mengantuk. Betul... kalau tak percaya, boleh cuba... Kadang2 pulak, ada jugak suami yang macam tak percaya dengan isteri. Ala.... ini kes tak yakin dengan kemampuan isteri la nie.... percuma jer isteri ada lesen memandu, siap dah ready nak menjadi pemandu kedua...konon2 nak bantu ringankan kepenatan suami...tak jugak suami nak bagi peluang. Tapi, ini tak lah menjadi hal.... sekiranya suami memang dah sah sayangkan isteri sangat2. Terima saja lah... Yang penting... perjalanan kita itu adalah yang terbaik dan selamat sampai ke destinasi.
Betul.... dan ini serius... keselamatan didalam perjalanan itu amat penting. Ingatlah orang2 yang tersayang. Kita nak balik beraya nak berjumpa keluarga dan bermaaf-maafan... pastikan niat dan tujuan kita itu terlaksana sepenuhnya...

Cerita Nasi Bubur Asyura...

Hari pertama berpuasa pada tahun ini, 2010... saya sengaja ambik cuti sehari semata-mata nak penuhi selera abang yang nak makan makanan kegemaran dia, nasi bubur asyura...untuk makan berbuka. Anak2 pun suka jugak bubur nie...

eerrmm.... Kebetulan pulak, malam tu abang bertugas di Masjid kampung, abang dah berniat awal2 nak sedekah sikit nasi bubur tu kepada jemaah yang ada berterawih di masjid. Jadi, demi anak2 dan suami.... dan untuk berbuat amal di bulan yang mulia, aku gagahi jua langkah ini....
Lebih kurang jam 2.30 petang, saya dah mula menyibukkan diri di dapur untuk membuat persediaan nak memasak bubur asyura. Semangat kena ada....baru ada ummpphh.... ade ummpph ke..?? hehehe...
Ntah... tidak semestinya di bulan ramadhan, ada ketika bila selera tetiba nak makan bubur ni, saya pasti akan buat. Abang nie kan....tiap kali makan, abang pasti akan puji melambung2 nasi bubur yang saya buat tu sedap.... alaahaiii.... Abang kata, rasa nasi bubur yang saya buat tu, susah nak ditandingkan dengan nasi bubur yang orang lain buat.

Cerita Ku Cerita Mu...

Pertemuan Bermula....

Menjadi suratan hidup.... telah ada seseorang yang saya letakkan dan nobatkan di tangga hati saya yang teratas selepas ibu bapa saya... dan dia adalah suami yang tercinta.

Alhamdulillah... bersyukur yang teramat sangat kerana dipertemukan dengan suami. Walau pada mulanya kita dipertemukan dalam situasi yang amat payah...sesungguhnya jodoh itu memang milik kita. Ia adalah hak kita berdua.

Ucapan Takziah dan Sedekah Al-Fatihah...

Menerima SMS daripada seorang sahabat...Cikgu Abani b Jemi...menyatakan bahawa Ayahnda beliau telah kembali ke rahmatullah...menghembuskan nafas yang terakhir pada 9 Ogos 2010, jam 7.45 ptg di CCu Kuching. Dan, telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Sibu, jam 10.30 pagi, 10 Ogos 2010 (hari ini). Sedekah Al-Fatihah....Amin.

Hati tiba-tiba terasa sebak...air mata turut bergenang...sungguh... benar-benar hati ini tiba-tiba terusik mendengar berita ini. Mungkin kerana kehadiran bulan Ramadhan sudah kian terasa. Namun, didalam masa yang sama, seseorang yang kita sayang telah kembali menghadap Ilahi... Dugaan dan cabaran yang maha besar... semoga ayahnda beliau pergi dengan aman dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.

Kepada kita yang tinggal dan masih berpeluang menjalani hidup di dunia ini, perbanyakkanlah amalan yang mulia. Bersedekahlah dengan mengikut kemampuan dan kepada orang yang benar-benar memerlukan.

Ramadhan Bersama Yang Tersayang...

Semoga dipanjangkan umur...tiada halangan melintang, esok insya'Allah....semua kita umat islam akan menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah.... semoga kita berkesempatan untuk menunaikan ibadah yang mulia itu.
Berpuasa, bersahur dan berbuka....amalan pada bulan ramadhan yang sentiasa tidak kita lupa. Dan, hari ini semestinya akan lebih manis dan bermakna sekiranya kita berada dekat dengan orang-orang tersayang. Dekat dengan keluarga, ayah, ibu, suami, isteri dan anak-anak. Alhamdulillah... kita berada pada tempat diantara orang-orang yang berbahagia.
Tahun ini...usia perkahwinan akak sudah menjangkau 6 tahun 7 bulan 2 minggu... hehehee... Alhamdulillah...selama itu juga akak sempat menjalani hari-hari berpuasa bersama dengan suami tercinta dan anak-anak tersayang....! Syukur juga, ibu akak masih ada bersama...kita sentiasa bersama. Cuma...abang, berjauhan lah dengan keluarganya. Kesian abang...tapi, takpe...isteri dan anak-anak abang sentiada ada disisi...kan...~~ Ayah akak, tahun ini dah masuk 6 tahun tiada lagi di dunia ini. Disaat-saat bersahur dan berbuka...pasti akan teringat arwah ayah...~~ Tersangatlah merindui ayah...tak pernah padam ingatan kepada insan yang berjiwa kental itu. Akak sayang ayah sampai akhir hayat ini...!!! Semoga ayah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...amanlah di sana...Amin.



OGOS ~ Bulan Kemerdekaan


Bulan Kemerdekaan... Alhamdulillah, buat kesekian kalinya kita sempat merasa dan berada dalam bulan kemerdekaan lagi untuk tahun ini. Persiapkanlah diri untuk merdeka....lengkapkanlah hari kemerdekaan ini dengan jalur-jalur gemilang pada setiap tempat dan sudut kediaman anda. Biar hari kemerdekaan kita akan sentiasa dikenang dengan keceriaan dan kegembiraan yang tidak akan pernah padam dihati kita dan seluruh rakyat 1 Malaysia.... Merdeka...Merdeka...Merdeka...Merdeka...Merdeka...Merdeka...Merdeka.....!!!!

Asam Garam Facebook

Akak join geng facebook....rasanya dah masuk 3 tahun. Istimewanya fb ni...akak rasa la...senang sangat2 kalau nak carik kawan2 lama yang kita dah jarang berjumpa, cari bekas2 cikgu yang pernah mengajar kita dulu
ker...carik saudara, keluarga yang jauh2 yang dah lama tidak berjumpa dan kalau kita hendak berkongsi idea, contohnya berkongsi resepi...kongsi perniagaan...mempromosikan jualan...., berkongsi cerita suka dan duka dan bermacam2 lagi, macam2 ada....!
Apa yang akak rasa kureng....suke, bila ada geng2 fb yang pernah ambik kesempatan dengan meluahkan kata2 yang kurang enak, kurang manis dan kurang sopan di dinding fb semata2 untuk tatapan semua. Apa tujuan dan harapan mereka dengan berbuat demikian pun...kita tidak tahu. Tidak salah kita meluahkan perasaan disitu....tapi, biarlah kata2 kita berlapis, bertapis dan manis untuk dibaca oleh geng2 lain. Jangan la sampai ada yang terguris hati dan sampai 'mencederakan' hati geng2 lain kerana komen2 kita itu. Kesian kawan... Lepaskan geram kita...memang tak salah. Tapi, fikir dulu laa....risiko yang bakal kita terima.
Ke-2 nya pulak... kisah meng'add'kan rakan baru. hehee.... ramai geng2 yang merungut pasal nie. Tak pasal2, bila ada yang add kita....tetiba nak ajak bercinta...tuutttt.....!! Macam mane nie... sapa nak jawab...?
Ke-3 nya pulak cerita facebook nie, kisah meng'add'kan jugak... ada yang add ingat memang ikhlas nak bekawan...rupa2nya, semata2 nak ajak kita join member bisnes. Ala2 bisnes skim cepat kaya la tu kot...akak pun tak pasti. Yang tak best nye mereka2 ni suka paksa kita. Inbox kita bertubi2 masuk dengan hal yang sama.... time chatting pulak, cerita tu lagi....alaahhaaiiii.....kereta mewah jadi 'umpan'. Dah, last2 bila pancing tak mengena, nama kita yang dah jadi rakan dia add tadi, terus dibuang 'delete' , hapus..... Macam mane pulak kalau hal begini.... sape nak jawab...~~ Minta maaf la kepada yang berkenaan.... Tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang hidup atau yang telah mati.... eerrrmmm....



Saya Yang Menurut Perintah


Seawal 6.30 pagi saya sudah berada di sini...tempat saya bekerja, cari makan.... rasanya mood hari nie kurang enak dari hari semalam.... eerrrgghhh......~~~ buat keje ni kadang2 mesti tengok mood jugak. Kalau mood tak baik, kerja senang pun jadi susah....! Betul tak...~~jangan lagi kalau keje tu dah terang2 memang susah...semakin la memeningkan.
Tak berani nak bercakap lebih2...tentang bagaimana rasanya kalau bekerja dengan bos yang tau beri arahan ajerr... ke-2 pulak, dia fikir semua yang dia cakap sentiasa betul... orang lain tak betul... ke-3 pulak... sapa la kite nie...kalau nak dibandingkan dengan bos...???
Sape2 yang pernah mengalami situasi seperti saya ni...kompem...mereka akan faham bagaimana rasanya hati naluri ini... bagaimana rasanya ekk...???? fikir la sendiri....

CinTA DataNG Dan PerGi...


"Dia cinta pertamaku...amat payah untuk aku melupakan...sebagaimana aku mengingatinya pada setiap denyutan nadiku ini...". Sekilas ungkapan yang akan lahir dari seorang pencinta setia yang pernah saya temui....eerrmm.... Betapa besarnya pengertian cinta bagi kita yang sedang dilamun cinta. Katanya..., Insan yang kita sayang dan cinta terasa sentiasa ada di hadapan mata. Insan yang kita rindui seperti sering melekat didalam dinding sanubari. Rasa cinta yang ikhlas dan setia telah disemat dan tersimpul rapi bersama kepingan-kepingan cinta yang suci si dia...
Simpulkan keagungan cinta itu agar menjadi sebuah mahligai indah yang tidak akan mudah dirobohkan walau dengan badai sebesar dunia sekalipun. Ikat seerat-eratnya genggaman cinta terhadap pasanganmu agar tidak akan terlepas, kerana dengan adanya sentuhan diantara cintanya adalah keluhuran yang benar-benar abadi.... Jadikanlah setiap titisan air mata yang menitis tanda bahagia itu sebagai tunjang keteguhan cinta setia kepada sebuah ikatan perkahwinan... 


Coret 2 - Seorang Isteri Yang Ditinggalkan

Naluri dan gerak hati seorang isteri (mungkin) selalunya benar...dan ada ketikanya juga tidak langsung boleh diguna pakai. Sebaliknya hanya akan mengeruhkan keadaan.

Tulisan saya disini bukan semata-mata untuk menjaga tepi kain orang. Bukan juga berniat untuk memaparkan atau menceritakan kisah pahit manis kehidupan rumahtangga orang lain sebagai tatapan umum. Tidak sama sekali.... Malahan, saya sedar bahawa saya perlu menjaga tepi kain saya sendiri. Saya juga lebih berhak untuk memastikan kebahagiaan rumahtangga saya sendiri.
Tetapi disini, saya sebenarnya ingin berkongsi cerita suka dan duka seorang isteri yang baru melahirkan anak dan masih didalam pantang tetapi telah ditinggalkan suami. Dapat saya bayangkan bagaimana kesusahan dan keperitan hati seorang perempuan pada ketika itu, sedangkan pada kebiasaannya, pada saat itulah si isteri amat memerlukan kewujudan si suami untuk sentiasa berada disisi... Begitu juga dengan seorang anak yang baru lahir...yang ingin melihat wajah seorang bapa kandungnya sendiri.

Saya tidak bercadang untuk menulis terlalu panjang disini...cukuplah sekadar kita merenung dan berfikir sejenak bersama-sama.... mengapa mesti ada di dunia ini seorang lelaki bergelar suami yang sanggup memperlakukan seorang perempuan dan isterinya sebegitu...? Tidakkah terfikir diakalnya bahawa pada saat itu isterinya sedang berada didalam keadaan yang amat sukar. Kesukaran selepas melahirkan...kesukaran untuk bergerak mengurus anak-anak dan rumahtangga...kesukaran perasaan pula ditambah dengan bebanan fikiran memikirkan masalah yang datangnya dari suami sendiri. Subhanallah...

p/s suami yang baik adalah untuk isteri-isteri yang baik juga...begitulah sebaliknya...

Jahit Manik Baju Raya Anak Dara...











Aktiviti hujung minggu..menjahit manik baju 2 orang anak dara ku...Fatin Munirah dan Siti Aisyah...hehehe...!! Jahit manik yang dalam gambar tu belum siap lagi.... saje jer upload dalam blog nie...nanti kalau dah siap sepenuhnya, saya akan upload semula... cewahh...

Bukan main seronok lagi anak2 bila tengok baju dijahit manik yang berkilau-kilau macam tu... kalau ikut hati agaknya baju tu nak dipakai terus. Kesian budak2...
Manik2 yang saya guna tu manik biasa jer..dari china. Tapi, beli nye dekat jerr... kat pasar sarikei jer..
Kebiasaannya, hujung minggu lah masa yang sempat untuk menjahit, selain dari waktu malam..kalau anak2 dah tidur. Curi masa 1-2 jam...kalau gian sangat2....sampai tengah malam jam 12 saya belum tidur lagi.
Percubaan yang tidak sia-sia...hati cukup puas!!! I love my kids....!!!

Sharing Is Caring...

Biasanya seawal 6.30 pagi...aku dah sampai di sekolah. Kalau berkongsi kereta dengan abang, time nie la aku dah duduk 'cangok-cangok' kat bilik... mata pun terasa macam tak larat nak bukak....alaahaii... tapi, yang best nyerr bila berkongsi kereta camni, aku dapat rilex.. takyah nak driving sendiri. Kalau ngantok pun aku dapat layan mata kejap....hehehe...dan, lagi yang best nyerr..bila satu kereta dengan abang, rasa selamat jer... lagi satu...geng2 selalu cakap, sharing is caring...!! eerrrmmm....

Ikan Keli Masak Lemak Cili Api Istimewa Untuk Abang..

IKAN KELI....ini salah satu daripada makanan kesukaan abang... Sedaappp....!!! Resepi ni saya copy paste dari Mesra.Net Resepi...Kiriman Abu Zarin. Terima kasih atas kiriman ini...
Mun ada kesempatan maok juak nak coba masak resepi tok...cuma masalahnya kat kampung susah nak dapat ikan keli... tunggulah, mun balit kampung (Matu), kamek akan masak untuk abang.... mun di Matu ikan keli banyak...!

LEMAK CILI API IKAN KELI

Bahan

3 ekor ikan Keli
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 batang serai [ketuk]
10 biji belimbing buloh

Bahan mesin
20 biji cili api
2 ulas bawang merah
3 sm kunyit hidup
garam

Cara.
1. Ikan keli dibersihkan dan direndamkan dengan garam dan asam limau atau buah belimbing yg ditumbuk pecah selama beberapa minit. Bilas lagi dan toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalm periuk dan masak dengan api perlahan.
3. Kacau sekali sekala supaya kuah tidak pecah minyak.
4. Bila nampak kuah nak mendideh masukkn santan pekat dan rasakan garam.
5. Kacau perlahan lagi supaya tidak pecah minya.
6. Bila mendideh tutup api dan boleh hidangkan.





Resepi Istimewa - Ayam Pansuh Umbut Pisang

Ayam Pansuh... Errmm....sedap la.. Ada sebilangan diantara kita yang belum pernah merasa resepi ini. Dan tidak kurang juga ada yang sudah merasa. Ayam pansuh memang sedap...memang berbeza rasa sedapnya berbanding sekiranya ayam dimasak dengan resepi lain, contohnya kari ayam, ayam kicap, rendang ayam dan sebagainya. Tetapi, lain orang...lain caranya. Lain orang, lain jugaklah citarasanya.

Resepi ini saya ambik dari web mesra.net resepi yang dikirim oleh seorang sahabat bernama Mr. Jame Dilima ak Sangget. Terima kasih atas kiriman ini....!!

Apa-apapun, tidak salah rasanya jika kita ingin mencuba.... Jom... kita tengok apa bahan-bahan untuk membuat Ayam Pansuh Umbut Pisang dan cara-cara membuatnya. Ada masa free hujung minggu kita try lerr....



Bahan-Bahan:


-seekor ayam ( dipotong sederhana saiznya)
Bahan-bahan yang ditumbuk:
-4 biji bawang merah
-6 ulas bawang putih
-3 batang serai
-4 inci halia
-sebatang umbut pisang(pisang utan/kepuk)
di potong pendek2
-seikat daun pucuk ubi (sebagai penutup buluh)
perasa:
-daun bungkang (sebagai penambah aroma)
-garam dan aji secukup rasa
-sedikit lada sulah
-sedikit belacan
*kalau nak nyaman lagi tambah le tempoyak sesedap rasa
Cara:
1.gaulkan ayam dengan bahan2 yang telah ditumbuk dan bahan2 perasa
2.kemudian masukkan kedalam buluh (berkulit tebal n besar lagi bagus)
3.sumbat mulut buluh dengan daun pucuk ubi yang telah direnyuk
4.tuang sedikit air
5.bakar le dengan api yang sederhana sampai masak
Cadangan Hidangan:
-hidang dalam pinggan besar dan makan bersama dengan nasi panas2.
-boleh dihidang untuk 10 orang
Tambahan:
cuba la resipi ini.kalau tidak mahu guna ayam boleh tukar dengan ikan sungai tetapi jangan letak umbut je.

p/s Selamat mencuba...!!!

MAB - Maajun Anggun Bistari


MAB adalah produk tradisional dibuat dari herba, rempah ratus dan madu. Kegunaan MAB pada asasnya adalah untuk family planning. Walaubagaimana pun MAB juga bertindak sebagai ubat multi-purpose (pelbagai tujuan)dalam penjagaan kesihatan dalaman/kecantikan wanita terutamanya bagi yang telah berumahtangga.

MAB juga merupakan salah satu alternatif bagi orang yang kurang selesa dengan kaedah family planning moden.
Keberkesanannya dalam family planning adalah 100% sekiranya anda mengikut aturan makan yang betul. MAB boleh diambil oleh orang yang berumur 18 tahun ke atas berkahwin/belum berkahwin dan orang-orang tua.

MAB dijamin BERSIH, SUCI lagi HALAL tanpa perlu diragui lagi bagi orang ISLAM.

KANDUNGAN = 21BIJI
ATURAN MAKAN : 1 BIJI 1 HARI


Kandungan

- Kacip Fatimah
- Serapat
- Senduduk
- Habbatus Sauda/Jintan Hitam
- Inai
- Manjakani
- Madu


Khasiat Umum

- Merancang keluarga
- Merawat keputihan
- Memelihara peranakan
- Membuang darah kotor/period lama/nifas lama
- Teraturkan period
- Awet muda
- Mencantikkan kulit
- Menegang Payu Dara
- Melancar peredaran darah
- Menambah tenaga
- Mengawal kolesterol dalam darah
- Mengawal berat badan
- Melawas buang air besar
- Ikhtiar untuk dapatkan zuriat
- Memulih dan melambatkan menopause


p/s Kepada sesiapa yang berminat hendak mencuba MAB, sila lah hubungi saya (hp : 0148804158) sms @ call atau inbox Facebook atau tinggalkan mesej anda disini. Terima kasih.

Rumah Ku Merdeka...!!




Hanya dalam beberapa hari sahaja lagi bulan Ogos akan mendekati kita. Bulan Kemerdekaan..... Kita menyambut bulan ini sekali dalam setahun. Tidak salah rasanya andai kita berbelanja lebih sedikit berbanding bulan-bulan selainnya. Jangan terlebih sangat pulak..... hehehe...

Merdekakanlah kereta anda... Meriahkanlah rumah anda... Ceriakanlah setiap sudut, setiap ruang, setiap kelapangan yang ada dihadapan kita dengan Jalur Gemilang.....!!!

Merdeka... Merdeka... Merdeka... Merdeka... Merdeka...Merdeka... Merdeka...!!!!


Majlis Konvokesyen - Abdul Rahman B Hasbullah






19 Jun 2010 bertempat di Dewan PWTC, Kuala Lumpur.... Satu sejarah peribadi telah tercipta. Cikgu Abdul Rahman b Hasbullah...telah dianugerahkan sebagai seorang graduan. Tahniah abang... semoga perjalanan hidupmu sebagai seorang pendidik akan sentiasa murni. Jadilah seorang guru yang sentiasa diingati oleh anak murid sebagai guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.....!!

Tirai Kehidupan


Assalammualaikum... dan salam sejahtera. Sudah lama saya simpan impian untuk buat blog sendiri. Alhamdulillah...tercapai sudah niat itu. Tidak kira dimana bermula, bagaiman ia bermula....apa yang penting, saya ingin menceriakan laman blog ini untuk tatapan saudara/i semua.
Tiada buah tangan yang terlalu istimewa saya bawa...cuma mungkin yang ada hanyalah satu kepuasan diri dalam melahirkan suatu kenyataan kehidupan yang bermula dari bawah....

Perkongsian yang ikhlas yang lahir dari hati nurani kita....curahkanlah, luahkanlah....kita kongsikan segalanya disini...

Sudi-sudikanlah...

Akhir kata penghujung pembuka bicara, segala ranjau onak duri yang telah dilalui dimasa lalu tidak mungkin akan mematahkan semangat kental kita untuk melayari kehidupan dihari muka, belajarlah dari kesilapan.... Pupuk jua setiap kasih dan sayang yang ada dalam diri kepada semua insan yang kita sayang...mereka juga akan menyayangi kita...!!