Makan Makan

Jamu Selera @ EH Delights & Sugar Bun













Jalan-jalan Cari Makan Di The Mines...


 








***************************************





Acar Ikan Istimewa Ibu

Kalau sebut pasal Acar Ikan mesti akan teringat dengan masakan emak yang bagi saya hanya Acar Ikan yang emak buat yang paling sedap, eemmm...kerana agaknya saya belum pernah merasa Acar Ikan yang orang lain buat selain dari apa yang telah emak buat.  Mari kita sama-sama lihat resepi istimewa yang buat pertama kalinya disini saya kongsikan dengan teman-teman semua


Bahan-bahan:
  • 1 kg - Ikan Gelama (ikan lain pun boleh) - digoreng terlebih dahulu
  • 300gm Serbuk Kari BABAS (ikut selera sendiri pun boleh)
  • Bawang Putih, Bawang Merah, Lengkuas, Halia, Serai - (dikisar)
  • Minyak Masak - untuk menggoreng dan menumis
  • Rempah Tumis
  • Cuka
  • Perasa
  • Sedikit Garam
  • Sedikit Gula

Cara Membuat :
  • Ikan digoreng terlebih dahulu dan simpan ditempat lain.
  • Pastikan serbuk kari dicampur dengan sedikit air terlebih dahulu, gaul rata.
  • Panaskan minyak, bila sudah cukup panas masukkan rempah tumis dan biarkan sehingga naik bau.  Masukkan serbuk kari yang telah dicampur dengan air tadi dan diikuti dengan bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan serai yang telah dikisar halus.  Kuar sehingga betul-betul masak dan naik bau.
  • Tambahkan air secukupnya.
  • Tambah sedikit perasa, garam dan gula secukupnya mengikut selera.
  • Tambah sedikit cuka.
  • Kemudian masukkan ikan yang telah siap digoreng tadi dan dikuar perlahan dan hingga sebati (menguar ikan ini jangan terlalu kerap kerana takut isi ikan akan hancur)
  • Biarkan masak dengan secukupnya dan nampak sedikit pekat.
  • Boleh dihidangkan.
*** Jika inginkan kelainan kita boleh tambah 2 biji bawang telur / bawang bakong dan sedikit cili dihiris memanjang dan digaul bersama acar ikan yang telah siap.

***untuk hidangan 3 orang.




********************************






Sambal Goreng Kacang Ikan Bilis



Resepi ini agak ringkas.  Selain dari sedap dimakan bersama nasi ia juga ada ummphh kalau dimakan begitu sahaja....orang sarawak cakap 'nyaman dianyang', ermm...!


Anak-anak suka makan sambal ni...maklumlah, bila ada kacang dan ikan bilis kanak-kanak pasti gemar.  Kerana itu juga bila tiap kali saya buat sambal ni kena ingat selera anak-anak dulu, mesti kurangkan pedas.

Ok..mari..mari...


Bahan-Bahan:

Kacang Tanah 1/2kg
Ikan Bilis 200gm
Bawang Putih-dikisar
Bawang Merah-dikisar
Lengkuas-dikisar
Serai-dikisar
Cili Kering-dikisar
Rempah Tumis 1bungkus
Minyak Masak
Perasa
Sedikit Garam
Gula - ikut selera

Cara Membuat :

Kacang dan ikan bilis digoreng berasingan terlebih dahulu.  Selepas itu, panaskan minyak masak.  Kemudian tumiskan rempah sehingga naik bau.  Masukkan pula cili kering yang telah dikisar.  Kuar selalu supaya tidak hangus dengan api kecil.  Biar sehingga betul-betul masak dan campurkan pula bawang merah, bawang putih, lengkuas dan serai.  Gaul sehingga masak dan berbau wangi.  Tambah sedikit perasa, garam dan gula secukup rasa.  Apabila sudah cukup pekat masukkan kacang tanah yang telah digoreng tadi diikuti juga dengan ikan bilis.  Kuar sebati dan tutup api. 

Boleh dihidangkan untuk 10 orang.

Sambal ini boleh disimpan lama didalam peti sejuk.

***Untuk tambahan, sekira mahu...kita boleh juga menambah lobak masin atau petai didalam sambal ini.  Pastikan lobak dihiris nipis dan dipotong sepanjang 2cm.  Gorengkan dahulu dan digaul bersama sambal tadi.  Garenti lazat dan ada uummmpphhh..!

Selamat mencuba.

********************



Kek Coklat Tanpa Tepung



Bahan-bahan:

1 cawan mentega
6 biji telur
1¼ cawan gula halus
8oz coklat masakan berkualiti
1 cawan tepung koko (tak manis)


Cara Membuat :

Cairkan mentega dan coklat, sejukkan.  Masukkan tepung koko dan masukkan gula.  Masukkan telur satu persatu dan gaul rata. 
Gunakan pan yg boleh ditanggalkan dibahagan bawahnya, baker dalam oven 180c selama 45 minit, siap…