Tertulislah Entri Kerdil Ini Buat Ibu Blogger Terhebat ~ Kujie

Sebenarnya saya tidak bercadang untuk menjenguk disini malam ni...  Kesibukan rutin disiang hari memang tidak akan ada noktahnya.  Penat sungguh rasanya.  Beginilah kalau dah nama seorang perempuan yang dah menjadi ibu.  Apalagi kalau menjadi seorang perempuan dan ibu yang berkerjaya.  Berdouble trouble penat lelahnya.  Ditambah lagi hebatnya penat 'buatan sendiri' jika menjadi seorang ibu blogger penulis ciput (blogger ke aku nie....?) seperti saya ni.  Tuu laa, sapa suruh buat kerja macam ni... ada orang bagi upah ke? 


Upah upah...tak main la, terjebaknya JR dalam dunia blog ni bukan semata-mata kerana upah, duit atau segala.... tapi, kerana minat yang lebih 110% dari apa yang orang lain minat.  Kerana kau ada minat ko sendiri, aku juga begitu, jadi jangan halang minat atau hobi orang lain.  

Entri KHAS Ditujukan Buat Cikgu Abani

Dalam tengah khusyuk menaip Urusan Seri Paduka Baginda yang sedikit urgent, nada dering sms telefon Nokia N70 milik saya yang murah itu telah berbunyi 'tutt'.  Telefon itu telah menjadi hak milik abadi saya sejak hampir 2 tahun.  Masa saya membeli telefon ini harga nya masih hot lagi, baru beberapa minggu berada di pasaran.  Sekarang, kalau kita rajinkan kaki dan mata jengok-jengok kedai telefon berhampiran akan terbeliak la bijik kedaong mata melihat harga terkini telefon ini, alamak! jauhnya beza berbanding masa saya tengah kejeron angau nak memiliki telefon ini.  Isshh..


Tapi, tak mengapa.  Kisah telefon Nokia N70 itu kita tinggalkan seketika...walaupun pada hakikatnya saya harus terima telefon itu cukup banyak berjasa kepada saya dari segi lahir dan batin, emm...


Yang kat atas tu mukadimah sahaja...  dan yang sebenarnya, entri ini bermula disini.  Bila dibuka sms yang berbunyi 'tutt' tadi, isi kandungannya berbunyi lebih kurang begini : -
jom baca....

Salahkah Hantar SMS? Ada Akal Pakai, Ada Bijak Jangan Digadai

Semoga Allah s.w.t memberkati setiap apa yang kita lakukan dan dipermudahkan segala apa yang sukar, Amin.


Pagi ini jiwa amat kacau.  Kalau hati bebisik lalu berkata saya akan menulis, maka disinilah saya akan menulis.  Sengaja nak luahkan perasaan sikit..harapan agar jiwa yang kacau itu akan menjadi aman tenteram dan jauh dari segala yang menyesakkan.  Menyesakkan.


Memilih teman yang betul-betul serasi dengan diri kita bukanlah mudah.  Memang sukar nak mengenali diantara mereka yang benar-benar sesuai tempat kita bercerita dan meluahkan apa yang kita rasa perlu dikongsikan.



Pernah tak saudara/i dan teman-teman disini yang menghantar sms kepada rakan tetapi tiba-tiba dia balas dengan kata-kata yang menyinggung perasaan kita?  Dia sedar atau tidak?  Dia sengaja atau tidak?

Inikah Dikatakan Rindu? Inikah Yang Dikatakan Sayang?

Ini kisah semalam...

Dalam perjalanan menuju ke Daerah Julau (sekolah chinta hati ko...) lebih kurang jam 3.10 petang, saya memandu seorang diri.  Untuk mengelak mata daripada terus kuyu mengantuk saya mainkan CD Poco-Poco versi ala-ala dangdut.  Sengaja saya pasang volume 25, agak 'terkesan' pada halwa telinga bila mendengar lagu tu.  Hilang ngantuk...  
Petang ni sehingga ke malam ada aktiviti akademik di sekolah chinta hati.  Oleh kerana perancangan kami berdua tidak ingin untuk berulang alik maka saya dengan sukarela untuk menunggu sampai habis aktiviti yang dijalankan.  Rasanya, memang pastilah lewat malam baru sampai rumah.  Oh..!

5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

Denaihati


**Entri ini adalah semata-semata untuk menyambut seruan DH yang dihormati...


Saya budak baru belajar, kalau salah tolong ajarkan.  

Ini skrip yang tak mungkin kita saya lupakan sampai bila-bila.  Saya blogger penulis blog yang kerdil sekali dialam maya ini.  Kalau ada idea yang saya rasakan cukup bagus untuk ditulis, maka saya akan menulis.  Tak kira orang suka atau tidak, ada pembaca akan membaca atau tidak, saya tak kesah ( sebenarnya dalam hati mengharap sangat orang akan baca tulisan saya...) saya tetap menulis di laman kecintaan ini.  Yang penting, hati kecil ini cukup puas setelah tiap kali menyiapkan satu entri.  Bagi saya, yang sebenarnya menjadi tarikan kepada blog kita sering dilawati dan ramai follower yang nak ikut ialah penulisan yang baik dan berkesan.  Bila hati 'terkesan' membacanya, maka baiklah tulisan kita tu.  

Masuk Kontes Rasa Muka Kiut...Huhuhuu...

Salam semua sahabat...

Ini entri pertama saya nak berkisah tentang 'kontes'.

Nak gelak ada jugak rasa hati ni, tetapi memang dah ketawa sampai sakit perut pun bila fikir-fikir pasal kontes ni.


** Pic jadi taruhan...huhuuuu
cute kerr....??

Saya sebenarnya malu nak masuk kontes ni sebab memang sedar diri muka ni tak sekiut mana pun, tapi sengaja suka-suka dengan tekad nak masuk jugak, Cuba-cuba jer...kot-kot muka yang saya rasakan kiut sangat-sangat tanpa make-up ni dapat diterima oleh tuan punya kontes tu. Tambah lagi lesung batu..oppsss....lesung pipit berlubang kat pipi kiri kanan tu.

Taknak nak puji diri lebih-lebih sebenarnya.... tapi dah syarat kontes macam gitu, jadi kena ikut syarat.

Haa... tak pun, dapat saguhati pun dah ok la. Ini first time saya join kontes. Sebelum ini cuma tengok dan bla..bla... sahaja. Entah apa daya tarikan saudari SHAA dah buat sampai hati jadi cair.
** Cik Shaa ~ tuan pengajur kontes
sila klik pic ini andai berkenan....

Ok...sesiapa geng-geng yang nak join kontes nie klik banner je. Tak susah...macam makan nasi jer...

Saya tag bestfriend ~ conney the great, tauhhid & Hairulhaswandi Affandi

Lastly...semoga kita sama-sama berjaya di arena ini.
Waachaaa....