November & Scorpio

Hari ini hari pertama bulan April, 2011.  Tiada yang istimewa rasanya untuk dikongsikan bersama.  Jika ingin ku katakan tentang hari semalam...Mac 2011, ada sekelumit kenangan manis dan pahit yang menjadi 'tetamu' bagai tanpa diundang melekat disanubari.  Tetapi aku tidak akan mengimbas kembali kenangan itu, biarkanlah ia berlalu...


Iya...Laman kecintaan ku ini aku sifatkan ia setaraf dengan 'diari' tetapi tidak terlalu peribadi.  Bila hati berbisik, aku akan menulis disini.  Aku memberi kebenaran dan amat mengalu-alukan kesudian semua rakan-rakan taulan, teman seperjuangan, saudara/i, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang SUDI dan TERBUKA HATI untuk menjadi tetamu di teratak ku ini.


Nak cerita sikit tentang zodiak.  Bulan April tapi dengan bangganya aku nak buka cerita bulan November.  Rasanya ramai antara kita yang berminat dengan cerita nie...antara yang berkaitan ialah kalau ikut tarikh lahir, sesiapa yang tergolong dalam kumpulan zodiak 'Scorpio' ini adalah entri untuk anda.  

Kisah Kanta Lekap Dan Tips Penjagaan

Kali ni nak bercerita sikit pasal kanta lekap. Memandangkan diri sendiri nie yang dah lama telah 'memperhambakan' diri dengan kanta lekap, jadi tergerak hati la pulak nak menerbitkan entri ini. Harap dapat memberi pengajaran yang berguna untuk diri sendiri dan sesiapa sahaja yang sama waktu dengannya.

Kalau tak silap...saya start 'menggila' nak pakai kanta lekap ni ialah dalam tahun 1999. Masa nie masih anak dara sunti lagi dan belum dapat kerja tetap, masih jadi minah kilang rasanya. Minah kilang....?  Minah kilang pun...masa tu saya kena berdisiplin dengan pakaian yang kemas...siap dengan kasut dan baju mesti masuk dalam. eemmm...masa tu 'body' masih 'ok' lagi, kalau sekarang masih jugak nak cuba bergaya dengan baju masuk dalam tu, tak dapat nak dibayangkan rupa 'keanggunan'nya...!


Sambung cerita dengan kanta lekap nie...dulu masa masih anak dara sunti suka pakai kenta lekap yang berwarna.  Entah kenapa minat tetiba ke situ pun tak tahu.  Apa yang dirasa adalah 'keselesaan' memakai kanta lekap itu ada jika dibanding dengan jika memakai cermin mata.  Saya pakai kanta lekap bukan semata-mata nak glamour.  Sekali lagi...'bukan semata-mata nak glamour'.

Hanya CINTA

Nama nya dah Cinta Kasih Sayang....dah udah agik aku ingat ngan cinta jak jak....sot apa!!!
tapi sik apa, CINTA adalah asli dan sik ngaco sapa-sapa...
asal jangan mencipta Cinta dengan kepuraan dan kecurangan
asal jangan mengganggu cinta orang lain
binalah cinta sendiri
untuk diri sendiri
orang-orang tersayang
dan
untuk
CINTA

Bila Ku Kenang Airmata Bergenang

Bagai percaya atau tidak...airmata ini tiba-tiba bergenang bila membaca artikel 'Cinta Sejati Eddie Wings'. Kenapa...??

Yang jelas naluri ini amat tersentuh sekali bila mendapat tahu isteri pemuzik terkenal itu menghidap penyakit kencing manis dan kaki kanannya telah dipotong sehingga ke paras betis dan kini dia menggunakan kaki palsu.

Lebih 'menyentuh' hati ini bila melihat betapa luhurnya cinta seorang lelaki yang bergelar suami ini kepada isterinya, Norlela.

Eddie tidak kekok untuk memimpin tangan isterinya yang bertongkat. Tidak cukup dengan itu...Eddie lebih jelas menampakkan betapa perasaan sayangnya kepada isterinya itu dengan menggenggam erat jemari Norlela yang kelihatan agak payah untuk melangkah.

Sungguh....hati kecil ini memang tersentuh.


Suami Hanya Tetamu...?

Cuaca hari ini cerah sekali...Alhamdulillah, dengan kesempatan yang masih ada ini kita diketemukan lagi di laman kecintaan ini.

Assalammualaikum saudara-saudaraku...!

Sebenarnya, tiada rancangan untuk meng'up-date'kan belog hari nie. Hati dan naluri sering berkata-kata untuk 'rilex' dan akak hanya bernafsu untuk menyinggahkan diri ke belog-belog teman-teman lain. Dalam pada itu, akak jua ingin memperbaiki setiap kekurangan diri dan mencari berita-berita terkini yang dapat diserap ke dalam laman ku ini.

Tetapi, kata hati dan naluri itu rupa-rupanya hanya saja-saja...

Bila membaca Utusan Malaysia online hari ini, tergerak hati nak menyingkap tabir Gaya Hidup dan 'mengelik' ruangan Keluarga. Maka aku temui tajuk ARKIB : 27/03/2011 bertajuk "Suami Hanyalah Tetamu".

Terkejut jugak bila baca tajuk nie, dalam fikiran dah lain...apa agaknya yang dimaksudkan oleh penulis dengan 'tetamu'. Pembacaan mula diteruskan...semakin menarik dan tertarik. Maka akak ambil kesempatan itu untuk memetik sedikit sebanyak isi keratan berkenaan untuk kita cuba meneliti bersama-sama (khususnya isteri-isteri yang budiman dan ibu-ibu yang mulia hatinya....). Mohon keizinan dari tuan empunya...terima kasih.