Iman Cair Kerana Adi Putra

Siapa yang tidak risau kalau anak-anak sakit atau demam, betulkan?  Sebagai ibu, kita ni lah orang yang paling tak diam tangan nak buat itu ini kalau anak-anak dah mula meminta-minta.  Itu biasa... perkara biasa yang ibu-ibu kena hadapi.  

Semalam saya sengaja ambil cuti rehat satu hari.  Ditambah dengan sabtu, satu hari cuti Labour Day, satu hari Public Holiday jadilah 4 hari lamanya saya bercuti.  Seronok...!

Ceritanya begini, sebenarnya semalam saya dah siap-siap nak turun kerja, tengah duduk dimeja makan temankan Chinta Hati sarapan tiba-tiba Adi Putra datang menghampiri.  Saya tak sedar langsung dia rupa-rupanya dah terjaga dari tidur dan turun sendiri dari katil kiut miut warna kuning nya tu... Adi Putra dah demam 3 hari, sehari sebelum itu panas badannya sudah beransur kurang malah dia dah mula aktif bermain dengan abangnya, Akim.  Jadi, pagi itu (selasa) saya bercadang akan turun kerja sebab saya yakin Adi Putra sudah sihat sepenuhnya.