Kawan Ku Kawan Mu Jua

Kawan yang kita ada didalam dunia ini ada bermacam-macam jenis dan rupa.  Ada kawan baik, kawan karib, kawan rapat, kawan sekadar kawan dan macam-macam kawan (kawan lawan pun ada masuk list...ermmm....).  Tapi, ramai yang tidak tahu apa sebenarnya beza atau persamaan diantara kawan, sahabat atau rakan.  Payah nie....saya pun tak tahu apa beza atau persamaannya.  

Kawan yang ngegeh 'mengada-ngada' pun ada jugak.  Tau tak 'ngada-ngada' tu apa?  Rasanya, kalau ikut 'kamus' saya, ngada-ngada tu lebih kurang macam 'gedik' yang suka cakap itu ini begitu begini tetapi sebenarnya habuk pun tarak 'kosong' belaka.  Lebih kurang jugak macam 'cakap tak serupa bikin' dan suka menunjuk-nunjuk atau yang lebih best kita cakap macam berlagak.  Eemmm...itu tafsiran kamus saya la, kalau ada yang lebih pakar lagi dalam hal nie, tolong tambah la ye, bagitau je apa sebenarnya yang dikatakan dengan mengada-ngada.  Lagi dekat contohnya dengan kawan mangada-ngada ni ialah kalau part kita beli sesuatu barang.  Kalau kawan tu tetiba cakap dia nak beli jugak kalau boleh yang lebih banyak dan lebih besar dari yang kita dah beli tu.  Ha...fikirlah sendiri. 

Al-Fatihah Untuk Adik Saiful Syazani

Semalam memang jiwa amat kacau, saya langsung tak terfikir nak kemaskini laman kecintaan ini memandangkan keadaan persekitaran ditempat kerja amat tidak mengizinkan.  


Jiwa BERTAMBAH kacau bilau setelah membaca akhbar myMETRO bertajuk 
"Cikgu Ambil Nyawa".  Lalu dengan bersemangat saya mengungkap berita hangat itu menjadi entri penuh sebak dilaman ini.


Mungkin kerana saya juga punya anak yang seusia adik Saiful (tetapi anak saya perempuan bernama Siti Aisyah) agaknya yang menyebabkan mata hati, jiwa dan perasaan amat terguris.  


Tubuhnya kecil molek, masih terlalu baru hidup didunia ini dan masih ingin memanjakan diri dengan ibu bapa dan sesiapa sahaja yang dia berhak.  Dia masih sentiasa ingin meminta-minta, kadang-kadang makan pun minta disuap.  Tidur pun sekali-sekala minta disisi kita sentiasa.  Segalanya tetap ada pada anak yang masih 'hijau' seusia adik Saiful itu.  Iya...hati sungguh sebak, naluri keibuan ini amat tertusuk sekali.


Hanya semata-mata kerana duit RM7  adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee, berusia 7 tahun, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau telah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.  Difahamkan, adik Saiful telah dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.

Cinta Cikgu Razman

Cinta Cikgu Razman Episod Ke 3 diterbitkan lagi, 
teruskan pembacaan anda disini...
terima kasih.
********************************************

Nak aku canangkan kepada dunia, menyatakan perihal Adam telah ‘membuang’ aku, itu sudah cukup untuk menambah perisa dalam ‘masakan’ mereka-mereka yang menjadi penyibuk.  Nak aku perjelaskan kepada khalayak tentang pengakuan Adam telah terlanjur dengan perempuan lain sehingga mengandung, semata-mata untuk menegakkan kebenaran yang sebenarnya aku tidak bersalah, patutkah aku lakukan semua itu?  Atau, aku akan bomohkan Adam agar dia kembali semula mencintai aku?  Atau aku akan bayar seorang bomoh untuk ‘sakitkan’ Adam agar dia menanggung kesakitan yang lebih berbisa dari kesakitan yang aku tanggung, supaya Adam akan tersiksa hidupnya sampai bila-bila.  Wajarkah tindakan aku begitu?  Subhanallah.

Biarlah Adam terus bahagia dengan dunianya.  Aku masih mampu meneruskan langkah kakiku tanpa dia walau ke mana sahaja selagi nadi ku berdenyut dan selagi aku ditetapkan iman oleh Allah s.w.t. untuk meneruskan hidup di dunia ini.  Sesungguhnya aku tidak pernah diajar oleh orang tua ku untuk mudah mengalah.  Aku tidak pernah dididik untuk berdendam dengan sesama insan di dunia yang hanya sementara ini.  Aku diajar oleh orang tua ku untuk sentiasa mensyukuri segala pemberian Tuhan kepada kita.  Arwah ayah sempat berpesan agar aku sentiasa berjiwa kental dan jangan mudah mengalah.  Aku sendiri yakin pada setiap ketentuan yang bukan kita pinta pasti ada hikmah berharga yang akan menjadi milik kita nanti.  Allah maha mengetahui dan Dialah yang maha berkuasa. Sesungguhnya Allah itu Maha Besar.