Perginya Seorang Sahabat ~ Hajijah Bahare

Seawal jam 6.52 pagi, Rabu - 1 Jun 2011, saya telah menerima satu SMS dari seorang teman baik iaitu Kak Ju.  SMS Kak Ju membawa khabar yang tidak berapa baik... seorang rakan sekerja kita iaitu Hajijah bt Bahare telah meninggal dunia pada malam tadi (31.05.2011) di Hospital Daro, Daro.  


Pada 2007 yang telah lalu...saat mula saya baru berpindah ke Daerah Meradong, pada ketika ini jugalah saya mula mengenali arwah.  Jujurnya disini, antara saya dengan arwah memang tidak begitu rapat tetapi jika bertemu di pejabat (PPDM), kami memang akan berbual panjang dan bercerita tentang diri masing-masing dan keluarga serta kampung halaman.  Kebetulan, arwah berasal dari Daerah Daro, sebuah daerah yang pernah saya bermastautin sementara selama 7 tahun yang telah lalu.  Dan, Daro adalah daerah jiran kepada kampung asal Chinta Hati saya.  Mengenangkan itu, saya merasakan, antara saya dan arwah seperti ada sesuatu hubung kait yang memungkinkan untuk kami terus menjadi sahabat.  Cuma yang ketara, oleh kerana tugas dan tempat kerja yang tidak sama maka pertalian sahabat itu seperti tidak dapat dipupuk dengan erat.  Walau pada hakikatnya, kita adalah sebenarnya sahabat, rakan, kawan dan teman.

Juh...Makan!

Kalau balik dari sekolah, saya dan Chinta Hati mesti akan singgah sebentar ke pasar untuk membeli sedikit barang keperluan di rumah.  Paling tidak pun, kami berdua akan singgah semata-mata untuk mengisi perut sahaja.  


Faktor lapar adalah perkara utama...sebab kedua pulak rasanya.........saya sebenarnya  telah bertemu jodoh dengan seorang insan istimewa yang 'satu kepala' dan 'satu nyawa' dan 'satu perut' dan sama rangkak...!


Maknanya, kita adalah pasangan yang SuKa MaKannn...!  Mana-mana tempat pergi pun, kita mesti fikir dulu kat mana paling best tempat untuk makan.  Kalau terjumpa tempat makan yang baru, yang rasa-rasa nya 'OK' kami akan singgah dan makan.....dan cuba makan apa sahaja menu yang sedap mata memandang dan sedap lagi geruk nelan dimakan, nyam...nyam....nyam....  Pasal harga....itu perkara ke-2, yang penting perut mesti diisi dan jangan dibiar puang kosong.


Hahaa....emm.. Nak perkenalkan sikit, tempat terbaru yang saya dan Chinta Hati selalu singgah untuk mengisi kekosongan perut....huahuahuaaaa.....