Sambut Raya Dengan RM500 - Antara Kakitangan Kerajaan Tetap Dan Kakitangan kontrak

Hari ni dah 16 hari kita berpuasa. Alhamdulillah kerana dipanjangkan usia dan berkesempatan untuk menunaikan ibadah yang mulia ini.

Baru semalam kakitangan kerajaan terima gaji. Sebelum tu dah sibuk dah jari jemari menghitung duit keluar banyak mana nak bayar bil air, api, astro, broadband, telefon rumah dan segala2 keperluan (duit masuk entah bila...asyik keluar jer berlapis2 duit, errrmmm..). Fikir juga disitu hari nak raya, balik kampung satu hal. Belum lagi cerita nak bagi duit raya dengan mak ayah, anak saudara dan mereka2 yang sama waktu dengannya. Oh..

Menghitung hari demi hari dengan ketibaan hari raya. Dalam dok fikir2 tiap hari pasal persiapan raya, baju anak2, kuih muih, langsir baru, set sofa baru, serba baru2... kita teringat2 dengan bonus tahun ini. Semalam dah gempar satu dunia, wah... Bila PM mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebelum 1 Syawal kepada kakitangan kerajaan Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan.

Hari ini semua dah mampu mengukir senyum dan bersyukur, sekurang2nya dapat juga meringankan beban yang ada. Paling tidak pun, dapat jugak membeli kasut baru anak2. Dan sekurang2nya di pagi raya tu boleh la masak lebih sikit ayam, daging, ketupat dan rendang semua... untuk santapan keluarga dan bersedekah kepada tetamu di pagi raya. Kalau sikit tu, biarlah sama merasa...

Dan, jangan dilupa bayar zakat. Ha, ini tanggungjawab yang mesti kita buat. Kalau kat tempat saya ni RM5.20 seorang sahaja. Jadi, bersedialah untuk itu, hitung anak berapa orang, suami isteri, emak ayah dan yang berkaitan. Simpan duit mencukupi.


Bagaimana pulak dengan kakitangan kontak..?

Oh, tidak. Hati saya tertarik dengan post di facebook adik kita sorang ni, berbunyi begini..:-

"kakitangan kontrak x dpt pun..kerajaan tutup mata je...pm najib pn buat taktau je..sapa la kami ni,hamba abdi kerajaan..apa2 insentif nor intensif pn xde..kwsp pn tak layak nak mncarum dan dicarum oleh majikan.mcmanalah agaknya msa dpn...keja penat2,lebih teruk dr kakitangan tetap yg asyik kluar ofis je.lg teruk staf yg kuat melobi ...bos,kerja kita yg buat,dia plak dpt nama kata dia yg buat..tp yg tetap jugak yg dapat duit raya..kerajaan oh kerajaan"

Simpati jugak dengan luahan hati adik ini. Tapi, apalah daya kita yang hanya seorang rakyat biasa disini. Kita hanya mampu bersuara dan meluahkan perasaan tapi tiada berdaya untuk berbuat apa2. Cuma hanya mampu berharap dan terus berharap kepada mana2 pihak yang bertanggungjawab dan berkaitan agar memandang serius perkara ini. Kakitangan kontrak pun bekerja jugak kepada kerajaan bertahun2. Ada jugak yang tidak dinafikan beban tugas mereka2 ini lebih berat daripada kakitangan tetap yang lain. Bukan lah berniat untuk membangkit atau tidak juga bermaksud mereka tidak ikhlas menjalankan tugas tetapi biarlah mereka2 ini mendapat perhatian juga daripada pihak atasan sepertimana apa yang kakitangan tetap dapat.

Saya bersuara mewakili sahabat2 yang berstatus kontrak di Malaysia ini, harap jangan pulak ada yang beranggapan golongan ini tidak menghormati keputusan PM, tidak.. Mereka hanya ingin bersuara menyatakan apa yang terbuku dihati.

Kakitangan kontrak juga punya keluarga, punya anak untuk disarai. Mereka juga akan menyambut hari raya bersama keluarga. Mereka juga perlu membayar zakat. Mereka juga berkeinginan untuk makan sedap2 dipagi raya, anak2 mereka pun menyebut2 jugak kasut baru, baju baru... Nak harapkan gaji sebulan berstatus kontrak pulak... (terpaksa terima kenyataan..). Oh...

Kenyataan ini tidak berkaitan langsung dengan sesiapa yang hidup atau yang mati.

Mohon pengertian sahaja daripada pihak berkuasa.


p/s untuk diri sendiri ~ bersyukur dengan apa yang ada.

Bila Suami Tolong Isteri Di Rumah

Tertarik dengan post seorang teman di facebook... berbunyi begini :-
Ali Hanafiah Daud ativiti saya pagi ini, selepas subuh - baca kitab, update 'internet', hantar anak ke sekolah, sekarang basuh kain, lepas nie nak sidai kain pulak, lepas tu kemas dan bersihkan rumah...hari nie saya bagi cuti kat isteri. Dia dok tidur lagi, comelnya dia tidur...he he.."
(minta izin empunya badan.. saya copy paste post anda...terima kasih)

Alhamdulillah... kalau lah lagi ramai seorang suami yang ada di dunia ini sanggup berbuat begini betapa bertuahnya seorang isteri dan anak2 yang memilikinya, betul kan..?

Dalam keadaan yang tertentu kehadiran suami adalah amat2 diperlukan oleh seorang isteri. Kalau hal tolong-menolong macam ni la contohnya... tidak salah kalau sekali sekala suami memberi peluang kepada isteri untuk berehat sekejap (tiap hari tolong pun ok jugak... tak lama, sekejap jerr tu..) Sesungguhnya, itulah yang isteri harapkan dari suami. Kerana kadang2, dalam kepayahan yang dilalui oleh isteri ketika menjaga anak2, memasak, mengemas rumah dan apalagi kalau isteri yang bekerja, ia memang payah (hanya isteri2 sahaja yang tahu...) Isteri tidak mudah untuk mengeluh kerana itu adalah salah satu daripada tanggungjawab yang harus dilaksanakan dengan sebaiknya demi anak2 dan suami tersayang.

Fasa Kehidupan - Cinta Monyet

Cinta... adakalanya menyakitkan. Kekadang juga cinta itu sungguh menyenangkan dan membahagiakan. Ada diantara kita juga mengakui cinta itu amat rumit dan payah untuk dimengertikan.

Begitu juga dengan Cinta Monyet. Biasanya kita akan kaitkan cinta monyet ini dengan cinta yang wujud di alam persekolahan. Betul ke...? (Agaknya...) Masa sekolah kalau boleh ada yang cuba mengelak daripada terjerumus dengan cinta. Kerana takut perasaan itu akan menjejaskan tumpuan dalam pelajaran dan keluarga. Memang betul... kita datang ke sekolah bukan untuk bercinta tetapi untuk menimba ilmu dan belajar dengan sebaik2nya.

Ramai juga yang berkata, untuk beroleh keputusan yang baik dan cemerlang dalam pelajaran perlu ada cinta (pulak dah...). Iya, ternyata pendirian kita adalah berbeza, tidak sama. Malahan, tanggapan kita terhadap kewujudan cinta juga turut berbeza dan tidak sama. Kerana semuanya sudah diatur oleh Tuhan. Engkau bercinta nanti, begini... Dia nanti akan dicintai nanti begitu... Mereka2 itu pulak menyintai dengan itu dan ini...

Cinta masa sekolah ni lebih kurang macam chipsmore.. kejap ada, kejap takde. Ada juga yang bercinta bagai nak rak... tak ingat dunia. Buku pun dah lupa, cikgu pun dah tak ingat siapa. Kadang2 tu, jalan menuju ke sekolah pulak dah tak ingat ke mana. Sebab itu agaknya ramai pelajar yang ponteng sekolah sebab dah lupa jalan nak ke sekolah.


Ada yang anggap cinta alam sekolah sekadar 'cinta main-main'. Sekadar nak melepaskan geram sahaja. Kan ada waktu 'keboringan' sebab terlalu banyak membaca, asyik2 belajar... kelas tambahan, kelas itu, kelas ini... maka ambil peluang dengan beranggapan bila bercinta dan berpasangan akan mampu membuang jauh perasaan boring itu. Agaknya bila pelajar yang boring ni bercinta, dunia mereka akan aman. Kalaulah bercinta ni akan membawa pelajar kepada kecemerlangan yang sebenarnya, alhamdulillah... Ramai mak bapak dan cikgu2 yang menyokong sangat2 untuk kempen 'bercinta dalam sekolah', ererrmmmm....~

Bercinta dan merasa bahagia dengan pasangan memanglah manis. Lebih manis daripada gula dan madu. Bagaimana pulak kalau kita kecewa dan ditinggalkan oleh pasangan kita..? Putus cinta. Ada la nanti masuk surat khabar dan Buletin Utama... pelajar mati bunuh diri kerana putus cinta. Pelajar terjun bangunan 12 tingkat kerana cinta tidak dilayan. Pelajar bergaduh kerana berebut kekasih dan segala.....~

Memang perit bila putus cinta. Tak siapapun yang sanggup putus cinta. Semua kita inginkan cinta yang kekal. Dah bila merasa perit ni pulak, mulalah nak salahkan orang lain. Dah mula nak salahkan takdir. Siapakah yang harus disalahkan, salahkan diri sendiri... salahkan orang lain atau salahkan takdir.

Tamat persekolahan, masing2 bawa haluan dan arah tuju yang berlainan. Mulalah mengamalkan cinta jarak jauh... kalau dulu2 guna surat jerr, pos tiap2 minggu. Selalu jengok pejabat pos, selalu check peti surat. Tapi sekarang mereka2 itu sudah bernasib baik, beli handphone pun macam beli keropok jer. Gara2 nak bersms dan koling2 dengan awek, handphone kenalah ada. Tapi, cinta jarak jauh ni jarang yang panjang hayatnya, sebab ramai yang suka buat perangai. Maklumlah, jauh di mata... jauh juga di hati. Darah muda. Maka cinta monyet yang diagung2kan dulu...dah tidak bernyawa lagi. Kau dengan cinta kau, aku dengan cinta aku...~


Cinta jarak jauh ni ada kisahnya jugak. Rindu nak bertentang mata berkobar2 terasa. Maklumlah, dah lama tak jumpa. Bayangkan, masa sekolah rendah dah 6 tahun, tambah sekolah menengah lagi... campur lagi dengan masa bersms, bersurat2...segala2. Adalah puluh tahun agaknya. Masa masih muda zaman sekolah dulu memanglah muka cun gilerr... badan pun sweet sangat. Tup..tup... bila dah habis sekolah, masa tunggu result spm, stpm dok rumah tiap hari kerjanya asyik makan tidur makan tidur. Last2, berat badan pun naik tanpa disedari. Pipi pun dah mula tembam macam belon. Haa... masa ni pulak la si dia nak ajak berjumpa bersua muka di tempat biasa masa sekolah dulu... Bila dah bersua muka, orang yang dicinta masa dulu dah berubah, tak cantik lagi, tak cute lagi... mulalah hati dah tawar. Macam2 la yang berlegar di fikiran.

Betul... biasanya macam tu lah. Boleh hitung dengan jari memang tak lebih dari sepuluh pun pasangan yang bercinta di zaman sekolah akan sampai ke jinjang pelamin. Dah banyak bukti yang dapat kita lihat, kan... Jadi, takde maknanya cinta monyet itu. Hanyalah akan memudaratkan pelajaran anda dan menjerumuskan anda ke lembah masa depan yang hitam. Percayalah...

Bercintalah dengan sesiapa sahaja sebaik2nya di zaman anda sedang berada di zon yang betul2 stabil. Kerana ia akan membantu ada menuju ke cita2 yang anda idam2kan di zaman persekolahan dulu iaitu cinta sejati...~~~

Aku Hanya Menulis


Menulis (i)


13 hari sudah kita menunaikan ibadah berpuasa. Alhamdulillah... pejam celik, kita tidak sedar hari2 yang berlalu sungguh pantas sekali.

Berlalu 4 hari, dan hari ini baru menjenguk lagi laman kesukaan peribadiku ini. Sibuk sangat2 dalam bulan puasa nie. Bila hujung minggu di rumah masa yang ada cuba diluangkan sepenuhnya untuk anak2. Bila sudah sampai waktu, saya pasti akan ke dapur... buat persediaan yang patut untuk berbuka. Malam, kekadang sempat juga menyediakan makanan untuk bersahur, kalau tidak... makanan berbuka tadi lah dipanaskan semula. Tiada masa untuk melakukan kerja2 lain selain untuk suami dan anak2. Rutin setiap hari... tidak pernah jemu. Penat lelah sudah biasa, keluhan sudah tiada makna... ( walaupun sebenarnya tiap2 hari mengeluh... itu biasa...)


Jumaat ~ 20 Aug 2010 ~

Balik kerja, selepas abang sembahyang jumaat berjemaah di Masjid Bintangor, saya dan abang pergi Sibu, abang nak uruskan kes kemalangan anak muridnya di pejabat takaful, sibu. Lebih kurang 20 minit abang berurusan dengan pegawai yang berkenaan, urusan selesai. Terus menerus... dalam perjalanan balik ikut Jalan Lanang, sempat juga singgah di Bazaar Ramadhan Farley, Sibu...

Tahun lepas saya dan abang pernah jugak ke sini. Tiada perubahan yang ketara sangat, bazaar ramadhan nya masih begitu jugak. Jualan kuih muih, lauk pauk, air dan sebagainya semua ada. Ikutkan nafsu bulan puasa ni semua benda kita nak telan... ( itu yang abang jawab, bila saya tanya dia nak makan apa untuk berbuka...errrmmm....). Selera saya, saya belilah... karipap sambal, nasi pulut sambal, cucur udang dan buntut ayam panggang bermadu dan air tebu (kegemaran saya yang tidak boleh lupa). Abang pulak, dah puas pusing2... cuma berkenan beli kuih penyaram dan roti john. Nampaknya, selera saya pulak yang lebih dari abang.... hehehe..~


p/s ~ (untuk diri sendiri) : selang seminggu sekali akan timbang berat badan, boleh turun ke tidak berat badan nih...errmm....






Menulis (ii)


Sabtu 21 Aug 2010 ~

Selepas berbuka puasa, rutin abang setiap kali selepas berbuka dia akan ke masjid kampung untuk berjemaah. Lebih kurang jam 10 malam, abang balik rumah dengan memek muka yang sedikit kacau... (saya faham, ada sesuatu yang abang fikirkan). Saya tidak bercadang untuk bertanya, sebaliknya saya sengaja membiarkan abang seketika melayan perasaannya seorang. Saya tahu bila tiba masanya sekejap lagi abang pasti akan kongsikan dengan saya. Abang memang selalu begitu..

Di meja makan, saya sediakan air untuk abang dan sedikit kuih muih. Aktiviti ini juga adalah 'kerutinan' saya dan abang... minum bersama2 selepas abang terawih di masjid. (mesra, cinta, kasih dan sayang..). Kan tadi saya dah cakap... abang mesti akan kongsikan masalahnya bersama saya. Abang tiba2 memulakan cerita tanpa saya bertanya. Abang memulakan cerita dan saya memberi peluang untuk abang bercakap dan saya cuma mendengar dan meneliti dahulu.

Rupa2nya cerita tentang saudara2 sesama kita di masjid yang tiada persefahaman antara satu sama lain. (demi untuk menjaga tatasusila dan kebersihan laman ini serta keperibadian individu berkenaan jadi saya tidak bercadang untuk menulis lebih lanjut berkenaan cerita itu disini...mohon maaf..)

Cuma, ada sedikit kesimpulan yang boleh saya buat ialah...

  • bila seseorang yang sudah diberi tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya untuk melaksanakan maka hendaklah dia melaksanakan tugasan itu dengan sebaik2nya tanpa memikirkan apakah ganjaran yang akan kita dapat, lebih2 lagi bila kita menjalankan tugas di 'rumah Allah';
  • lakukan setiap kerja itu dengan ikhlas dan jujur;
  • jangan sentiasa menyalahkan orang lain tanpa usul periksa dan hanya menabik dada menandakan kita itu adalah 'sempurna' berbanding orang lain;
  • bawa berbincang dari hati kehati atau bermesyuarat jika ada masalah yang timbul dalam komuniti kita supaya masalah dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dan sebaik2nya.
Itu sahaja kesimpulan yang dapat saya simpulkan. Sesungguhnya, dugaan dan cabaran seumur hidup kita di dunia memang tiada penghujungnya. Memang tiada titik noktahnya... terpulang kepada kita sendiri untuk menanganinya dengan baik agar tidak menggugat perjalanan hidup kita sendiri dan tidak mencederakan hati orang lain. Segala harta benda yang kita miliki, segala kemewahan, pangkat, duit yang bertimbun2... semuanya tidak kekal menjadi milik kita. Ianya hanyalah pinjaman sementara dari Allah. Jadi, beringatlah... tidak ada maknanya segala kebanggaan yang ada hari ini untuk di bawa ke muka pengadilan bertemu Allah bila kita mati nanti.


p/s berkatalah apa2 sahaja asalkan jangan menyakitkan hati orang lain. Jaga tingkah laku dan hormati orang lain walaupun dia lebih muda dari kita.




Menulis (iii)



Ahad ~ 22 Aug 2010 ~

Dalam perancangan menu berbuka puasa untuk petang ini... saya ingat nak masak dalca dan ulam2an. Dah berhari2 asyik sebut jerr pucuk ubi, nasib baik kakak ada hantar ke rumah. Alhamdulillah...

Saya siapkan bahan2 untuk membuat dalca. Terung ungu, kacang dal, kacang buncis, kentang, kulat kering, bawang telur, serbuk kari, udang kering, santan, serbuk perasa, garam, sedikit gula dan minyak untuk menumis (ini selera saya yerr..). Siap masak dalca lebih kurang 50 minit kot.. (kena pastikan kacang dal dan kentang sudah lembut).

Ulam pucuk daun ubi, pucuk cantik manis, daun singkel, buah kedondong... errrmmm... semua dah ready. Tinggal nak buat sambal lagi. Sambal ulam kalau takde rasa pedas, tak sedap, kan... kena taruh sedikit cuka @ perahan jus limau kasturi dan gula sedikit.


Menu tambahan : Ikan kembong goreng, cencaluk, kuih muih yang dibeli dari bazaar ramadhan kampung dan Kak Ani Corner...


Alhamdulillah... sudah selamat berbuka untuk puasa yang ke 12 hari.


p/s makan apabila lapar, berhenti makan sebelum kenyang.