Jadilah Pendengar Yang Setia

Tak elok nak bercerita kisah orang lain disini (mengeluh...) tetapi dalam hati ini bagai digaru tak tentu arah, memang nak cerita jugak, nak jugak....menulis di laman kecintaan ini.  Saya ulang...laman kecintaan ini.


Entah bagaimana dan apa agaknya pandangan orang terhadap saya bilamana saya sering dijadikan tempat meluah perasaan.  Tempat mereka menceritakan pahit maung, suka duka, tawa tangis dan segala-galanya kepada saya.  Agaknya, muka saya ni dah sebijik macam muka Lisa Surihani Ustazah Siti Nor Bahyah yang pakar menjawab segala permasalahan orang.  Oh tidak..!  Kalaulah begitu pandangan orang terhadap saya, apa agaknya Ustazah Siti Nor Bahyah komen tentang saya.  Susah nantinya ustazah nak cari makan.  Mohon ampun ustazah, takde niat pun nak buat gitu.


Saya tidak menyalahkan mereka dalam hal ini kerana mereka juga ada perasaan dan hati yang perlu dijagai.  Kita faham itu...  Kadang-kadang hati kecil ini akan berkata, "aku boleh mendengar dan boleh membantu setakat yang aku mampu....tetapi, bagaimana jika apa yang mereka lalui itu terjadi kepada aku, apakah ada orang yang akan membantu aku?  Akan adakah insan-insan yang berhati mulia menoleh kearah ku dan membimbing aku ke jalan yang betul".  Kata-kata itu yang sering berlegar di kotak fikir saya.

Tauladan Indah Untuk Suami Isteri Yang Sering Bergaduh


Sejak membuat kerja amal kerja-kerja murni dengan melahirkan blog ini misalnya, minat membaca saya semakin menjadi-jadi.  Setiap hari saya akan sering membaca apa yang saya rasa akan mendatangkan faedah kepada diri atau mungkin kepada kita semua juga maka itulah yang menjadi 'makanan' saya.  

Di pagi jumaat yang berkat ini dan penghulu segala hari ini saya ingin berkisah sebentar dengan membawa teladan yang sungguh indah dan berguna buat diri dan semua kita yang bergelar suami atau isteri.  

Molek juga saya hidangkan perkhabaran indah yang berselit kata-kata nasihat ini kepada bakal-bakal suami mahupun bakal-bakal isteri di laman kecintaan ku ini.  Saya ulang...dilaman kecintaan ku ini.

Dalam hidup kita berumahtangga bila sebut pasal bergaduh, bermasam muka atau berselisih faham dengan pasangan itu adalah perkara biasa.  Itu adalah lumrah dalam berumahtangga.  Kalau tidak bergaduh dalam sehari pun jadi tak sedap jugak kot (agaknya...).  Jadi seboleh-bolehnya 'Hidup Biar Sedap'. Bila hidup kita sedap maka kisah-kisah rumahtangga yang kita lalui juga sentiasa akan sedap.  Percayalah...

Cemburu Adalah Hak, Lumrah Dan Fitrah

Orang kata, cemburu itu tandanya sayang.  Ada juga yang berkata cemburu itu adalah hak.  Tidak kurang juga ada diantara kita yang melabelkan cemburu itu sebagai perangai negatif yang suka mengongkong pasangan.  Cemburu itu buta.  Yang mana satu tepat pada tafsiran kita?  Walau apa sahaja maknanya cemburu, sesungguhnya perasaan itu memang ada dalam diri sesiapa sahaja yang bergelar insan biasa.


Samaada mengiyakan atau menafikan, saya harus mengaku bahawa saya juga jenis yang mudah cemburu.  Tapi tidaklah sampai cemburu yang tidak bertempat atau lebih senang cakap ialah cemburu buta, tidak begitu sekali.  Kalau wujud perasaan cemburu yang teramat tidak salah kita luahkan dan berterus terang kepada sesiapa sahaja terutamanya kepada pasangan kita.  Dan, saya harus akui betapa perlunya kita cemburu sebagai menandakan bahawa kita adalah seorang yang mengambil berat dan penyayang ( ???? ).


Telur Tiruan Dan Air Soya Ludah

Oh Telur
Sejak berita tentang telur tiruan tersebar saya pun jadi takut nak beli telur.  Tambah lagi anak-anak memang suka sangat makan telur.  Dalam seminggu kalau tidak dihidangkan telur diatas meja mesti anak-anak bertanya.  


Sehingga keluar pula berita yang sah daripada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr. Abd Aziz Jamaluddin berkata pemeriksaan pihaknya mendapati tidak ada telur ayam tiruan dijual di pasaran negara ini.  


Baru lega sedikit hati saya tetapi dalam minggu ni telur belum ada dalam senarai barang dapur yang nak dibeli, emmm...

Cinta Cikgu Razman IV



Episod IV
Cinta Cikgu Razman
----------------------------------------


Akhirnya Fatihah berkahwin juga dengan Azizi.  Kalau sudah jodoh memang tidak akan ke mana perginya.
“Asalammualaikum Kak Lia, ini ada surat untuk akak”  suara anak kecil mengejutkan lamunan ku.
“Waalaikumsalam Siti, terima kasih ek.... “ Aku mengukir senyum yang paling manis kepada Siti Aisyah, budak Tahun Tiga Pintar yang tiba-tiba muncul di hadapan pintu pejabat SK Seri tempat aku bertugas kini, dia menghulurkan surat bersampul warna biru muda dan terus berlalu.  Sampul yang berisi kad jemputan kahwin dan disertakan sekali dengan sepucuk surat.
Marlia sahabatku… Assalammualaikum. 

Semangat Juang Fatin & Aisyah Yang Merisaukan


Beberapa hari lepas saya ada menulis nota di Facebook bercerita tentang dua orang puteri kesayangan, Siti Aisyah dan Fatin Munirah yang akan masuk pertandingan hafazan di Sarikei.


Berat sungguh hati nak menghadirkan diri pada hari kedua majlis itu iaitu semalam, pada hari sebelumnya (sabtu) saya memang hadir bersama suami sebab hari tu hari pertandingan. Semalam hanyalah hari penyampaian hadiah kepada pemenang sahaja. Dalam kotak fikir saya berkata begini...kalaulah anak-anak ku tak dapat apa-apa dalam pertandingan tu pasti mereka akan kecewa, lebih-lebih lagi bila tengok kawan-kawan lain menerima hadiah.


Berkali-kali saya buat 'ceramah' dan hampir tiap hari asyik mengulang perkara yang sama depan Fatin dan Aisyah...kalah menang kita tak kira nak...yang penting kita ada menyertai pertandingan ini dan mewakili sekolah. Mak mahu anak-anak mak dapat membiasakan diri berhadapan dengan khalayak ramai dan tidak takut untuk menyertai pertandingan lain suatu hari nanti. Adat pertandingan, kalah dan menang itu biasa...jangan kira sangat tentang hadiah, ok...Kalau berjaya, alhamdulillah...kalau kurang berjaya pun, kita bersyukur kerana dari itu kita telah beroleh petunjuk dan pengalaman yang berharga.