CinTA DataNG Dan PerGi...


"Dia cinta pertamaku...amat payah untuk aku melupakan...sebagaimana aku mengingatinya pada setiap denyutan nadiku ini...". Sekilas ungkapan yang akan lahir dari seorang pencinta setia yang pernah saya temui....eerrmm.... Betapa besarnya pengertian cinta bagi kita yang sedang dilamun cinta. Katanya..., Insan yang kita sayang dan cinta terasa sentiasa ada di hadapan mata. Insan yang kita rindui seperti sering melekat didalam dinding sanubari. Rasa cinta yang ikhlas dan setia telah disemat dan tersimpul rapi bersama kepingan-kepingan cinta yang suci si dia...
Simpulkan keagungan cinta itu agar menjadi sebuah mahligai indah yang tidak akan mudah dirobohkan walau dengan badai sebesar dunia sekalipun. Ikat seerat-eratnya genggaman cinta terhadap pasanganmu agar tidak akan terlepas, kerana dengan adanya sentuhan diantara cintanya adalah keluhuran yang benar-benar abadi.... Jadikanlah setiap titisan air mata yang menitis tanda bahagia itu sebagai tunjang keteguhan cinta setia kepada sebuah ikatan perkahwinan... 



Kini, hari ini dan esok...rumahtangga itu adalah menjadi hak. Jangan melalaikan hak dengan menafikan ia adalah benar-benar hak... Kita ingin bahagia. Ingin menjadi teman setia kepada rumahtangga yang sempurna. Mengimpikan pasangan suami dan isteri yang setia mencintai dan menyayangi hingga kehujung nyawa.... Mengidamkan zuriat sebagai penyambung warisan yang tak akan putus walau ditelan zaman. Lahirkanlah sebanyak-banyaknya permata...kerana setiap kelahiran permata-permata itu adalah tanda yang paling bermakna kepada cinta diantara cinta yang benar-benar cinta.
Ibarat lagu dan irama..tidak bisa dipisahkan... Seperti adanya laut dan sungai adalah ibarat hubungan saudara yang pincang jika diputuskan.
Ingatilah luhurnya cinta Adam dan Hawa...kenapa tidak mampu menyamai keluhuran cinta kita sebagaimana cinta mereka-mereka...? Kenapa dulunya cinta yang seteguh tugu harapan itu menjadi hancur berkecai.... Kesetiaan dikatakan telah tiada. Kejujuran turut hilang bersama gugurnya dedaun kering yang telah melayang sedikit demi sedikit. Katanya, keserasian didalam cinta telah tiada. Rasa rindu yang pernah menjadi penghuni sanubari kian terkubur bersama perginya hembusan nyawa....
Kenapa mesti membohongi diri dan menyiksa perasaan kecintaan insan lain. Jangan menjadi hamba kepada cinta yang tidak pernah kenal erti setia. Jangan menduakan cinta yang benar-benar ikhlasnya cinta.
Cinta itu datang dan cinta itu pergi....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan