Kisah Kanta Lekap Dan Tips Penjagaan

Kali ni nak bercerita sikit pasal kanta lekap. Memandangkan diri sendiri nie yang dah lama telah 'memperhambakan' diri dengan kanta lekap, jadi tergerak hati la pulak nak menerbitkan entri ini. Harap dapat memberi pengajaran yang berguna untuk diri sendiri dan sesiapa sahaja yang sama waktu dengannya.

Kalau tak silap...saya start 'menggila' nak pakai kanta lekap ni ialah dalam tahun 1999. Masa nie masih anak dara sunti lagi dan belum dapat kerja tetap, masih jadi minah kilang rasanya. Minah kilang....?  Minah kilang pun...masa tu saya kena berdisiplin dengan pakaian yang kemas...siap dengan kasut dan baju mesti masuk dalam. eemmm...masa tu 'body' masih 'ok' lagi, kalau sekarang masih jugak nak cuba bergaya dengan baju masuk dalam tu, tak dapat nak dibayangkan rupa 'keanggunan'nya...!


Sambung cerita dengan kanta lekap nie...dulu masa masih anak dara sunti suka pakai kenta lekap yang berwarna.  Entah kenapa minat tetiba ke situ pun tak tahu.  Apa yang dirasa adalah 'keselesaan' memakai kanta lekap itu ada jika dibanding dengan jika memakai cermin mata.  Saya pakai kanta lekap bukan semata-mata nak glamour.  Sekali lagi...'bukan semata-mata nak glamour'.




Dulu, zaman aktif bersukan (gemar bermain bola jaring dan bola tampar nie...) pernah pakai cermin mata semasa bermain.  Tengah syok-syok main tiba-tiba bola 'hinggap' ke muka.  Cermin mata pecah berkecai....!  Dah, muka orang kita tengok macam 'berdouble'double'.  

Dan juga 'sakit'nya bila pakai cermin mata nie kalau part nak bersihkan cermin tu..terus terang cakap la, kita nie memang jenis yang tak tau jaga cermin mata.  Pernah sekali tu, masa di rumah 'kamboh' mencari cermin mata, konon-konon dah hilang tak tau mana tempat letak.  Satu rumah dah keliling semata-mata nak cari cermin mata tu.  Tau apa...?  Abang, kakak, anak saudara....seluruh keluarga dirumah masing-masing bawa muka 'seposen' dengan senyum simpul yang memangjang sampai ketelinga.  Rupa-rupanya cermin mata yang dicari tu masih kat mata sendiri.  Adohh...!




Antara warna-warna kanta lekap yang pernah saya pakai sejak dulu adalah VIOLET, BROWN, COKLAT HAZEL, AQUA, dan GRAY.  Coklat Hazel adalah paling kerap saya pakai sebab saya suka sangat-sangat, hehe...



Tips Penjagaan Kanta Lekap Cara Saya 
(ini setakat yang saya tahu, kalau ada yang kurang sila tambah..)

  • pertama tama nya, semasa mula-mula membeli kanta lekap tu kita kena periksa dan tengok betul-betul adakah ia sempurna, tidak koyak atau rosak.
  • pastikan bekas atau botol kanta lekap tu tidak dibuka sebelum kita membuka (maknanya...masih baru lagi la tu) .
  • sampai rumah, boleh buka bekas/botol tu dan rendamkan kanta selama lebih kurang 6jam dengan menggunakan 'multipurpose solution'.
  • sebelum memakai kanta atau menyentuh kanta pastikan tangan dicuci dengan bersih dan lap dengan kering kerana air paip yang kita gunakan untuk mencuci tangan masih mengandungi kuman dan bakteria kecuali jika kita menggunakan air paip yang bertapis.
  • jangan sekali-kali menggunakan air paip untuk mencuci atau merendam kanta lekap.
  • jika mata terasa letih dan tidak selesa ketika memakai pada satu-satu masa, maka perlulah untuk membuka kanta dan merendam semula dengan solution water.  Jangan paksa mata kita untuk terus memakai kanta tersebut dalam keadaan yang tidak selesa.
  • pastikan 'Lens Drop' sentiasa ada untuk kemudahan sendiri sebab pada bila-bila masa mata kita akan memerlukannya ( lens drop sentiasa dibawa ke sana kemari didalam handbeg, eemmm).
  • jika tidak memakai kanta dalam tempoh masa yang agak lama, apa yang perlu kita buat ialah...tukarkan solution water sentiasa.  'Lense Case' atau bekas kanta perlu dicuci selalu dan pastikan ia bersih supaya kuman yang dah lama bersarang kat situ tidak melekat kepada kanta yang baru. 
Sebenarnya, terpulang kepada individu itu sendiri samada nak memakai kanta atau cermin mata.  Yang penting keselesaan perlu ada.  Jangan ikut sedap hati dan nak ikut trend terkini atau hendak bergaya semata-mata.  Tengok  kawan pakai...kita pun nak pakai sebab kita tengok kawan nampak cantik jer bila pakai, kita pun berkejar ke kedai yang jual kanta nak beli.   Tak salah kalau nak bergaya dan ikut fesyen semasa tetapi kena  ada keselesaan dan kesesuaian pada diri.  Sebab, ada juga antara kita yang silap memilih kanta, mata cantik jadi macam mata hantu.  

Eeemm, lepas ni kena fikirlah sebelum nak pakai kanta lekap.  Tips penjagaan kat atas tu boleh diguna pakai pada bila-bila masa. Noktah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan