Hiba

Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang sedang memikul...  

Tragedi Tanah Runtuh
Rumah Kebajikan Anak Yatim At-Taqwa
Hulu Langat, Selangor.

Pada 21 Mei 2011


Hiba ~ Abang Lihat Adik Tertimbus

Mohd. Awie Abdul Latiff (12)



Seorang abang tidak dapat melupakan detik-detik melihat adik bongsu dan rakan-rakannya tertimbus dalam tragedi tersebut.
Mohd. Awie Abdul Latiff, 12, ketika menceritakan kejadian itu berkata, dia bingkas berlari menyelamatkan diri selepas mendengar jeritan rakan-rakan senior namun adiknya, Allahyarham Mohd. Riezman, 9, tidak berbuat demikian kerana menunggu dua lagi rakannya sebelum mereka terperangkap di bawah runtuhan tanah.

Mohd. Awie telah cuba mengorek tanah untuk mencari adik bongsunya selepas runtuhan itu namun dihalang oleh anggota polis yang mengarahkannya menjauhi tempat kejadian.

 *******************************

Sebak... bila mengenangkan kejadian yang berlaku dengan sekelip mata ini.  Namun, kita terpaksa redha dengan segala ketentuan yang telah Allah berikan.  Sesungguhnya, setiap kejadian yang berlaku akan ada hikmah yang menanti.  

Takziah kepada seluruh keluarga mangsa.  Mereka yang pergi kita relakan kepergian mereka dan kita iringkan sekalung doa semoga mereka pergi dengan aman dan ditempatkan bersama orang-orang  yang beriman.  Amin...



2 ulasan: