Mawar Putih Untuk Mama ~ Salam Takziah Buat Yana Garfield

Yana Garfield


* Yana Garfield 


Semalam dan hari ini saya tercari-cari ke mana perginya empunya profile picture ini.  Saya rindu sangat-sangat nak bercerita tentang suka dan duka bersama insan ini.


Kerana tak tahan dengan ketiadaan teman ini di muka buku yang popular itu saya ambil keputusan untuk menghantar sms.  Alhamdulillah... Yana tidak membalas sms saya tetapi terus menelefon saya dalam beberapa minit selepas itu.  Itulah Yana Garfield...dia sahabat karib yang sentiasa ada diwaktu menangis dan ketawa.... Dia akan ada bersama dalam keadaan apa sekalipun.


Rupa-rupanya Yana membawa khabar yang tidak berapa baik kepada saya, tiga hari lepas ibu Yana telah meninggal dunia.  Saya terdiam seketika selepas mendengar apa yang telah Yana perkatakan dan sedikit terkilan kerana sudah 3 hari ibu Yana pergi tetapi saya baru mendengar berita sedih ini.  Oh Yana...!  Kenapa saya tidak diberitahu lebih awal perkara ini?


Apa yang terlalu menyentuh hati saya ialah, tiga hari lepas juga kita semua baru sahaja menyambut hari ibu.  Kita tidak sedar... ketika kita sedang gembira sebenarnya ada diantara kita yang berduka.  


Namun sahabat ku Yana, segala apa yang berlaku pada hari ini adalah ketentuan Allah s.w.t semata-mata untuk menduga kita.  Yang pergi biarlah pergi... sementara kita yang masih tinggal di muka bumi Tuhan ini teruslah berdoa untuk ibu semoga rohnya pergi dengan aman, dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman, Amin.


mawar putih untuk mama
Kau Sinaran Bulan
Menyerikan Bintang-bintang
Kaulah fajar Yang Menerbitkan Pagi
Kau Sirami Embun

Menyegarkan Pepohonan
Kau Bukakan Tabir Siang Untukku
Kau Berikan Mama
Kasih Sayang Maha Suci
Betapa Agungnya
Tiada Ternilaikan
Oh Mama.. Oh Mamaku
Tiada Cinta Yang Suci
Setulus Cintamu
ku Suntingkan Mama
Sekuntum Mawar Putih
Sebagai Lambang Kesucian Cintaku
p/s  Salam Takziah Pok, embak sabar banyak2 k...suma tok dugaan ngan kita, sik lebih dari sabar ngan doa lah selalu pake bekal emak kita pegi.  Sedekah Al-Fatihah.

7 ulasan:

  1. semua sudah menjadi takdir Alloh SWT

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah.
    sampaikan salam takziah dari kngh sekeluarga pada yana yer....

    BalasPadam
  3. InsyaAllah Kakngah, akan Jul sampaikan...Terimakasih Dokt...

    BalasPadam
  4. InsyaAllah Kakngah, akan Jul sampaikan...Terimakasih Dokt...

    BalasPadam
  5. salam takziah semoga amal ibadahnya diterima Alloh SWT

    BalasPadam
  6. terima kasih pok atas ingatan...semoga bonda tersayang tergolong bersama org2 beriman... tq also 4 obat sakit 2011 dan kak ngah

    BalasPadam