Perginya Seorang Sahabat ~ Hajijah Bahare

Seawal jam 6.52 pagi, Rabu - 1 Jun 2011, saya telah menerima satu SMS dari seorang teman baik iaitu Kak Ju.  SMS Kak Ju membawa khabar yang tidak berapa baik... seorang rakan sekerja kita iaitu Hajijah bt Bahare telah meninggal dunia pada malam tadi (31.05.2011) di Hospital Daro, Daro.  


Pada 2007 yang telah lalu...saat mula saya baru berpindah ke Daerah Meradong, pada ketika ini jugalah saya mula mengenali arwah.  Jujurnya disini, antara saya dengan arwah memang tidak begitu rapat tetapi jika bertemu di pejabat (PPDM), kami memang akan berbual panjang dan bercerita tentang diri masing-masing dan keluarga serta kampung halaman.  Kebetulan, arwah berasal dari Daerah Daro, sebuah daerah yang pernah saya bermastautin sementara selama 7 tahun yang telah lalu.  Dan, Daro adalah daerah jiran kepada kampung asal Chinta Hati saya.  Mengenangkan itu, saya merasakan, antara saya dan arwah seperti ada sesuatu hubung kait yang memungkinkan untuk kami terus menjadi sahabat.  Cuma yang ketara, oleh kerana tugas dan tempat kerja yang tidak sama maka pertalian sahabat itu seperti tidak dapat dipupuk dengan erat.  Walau pada hakikatnya, kita adalah sebenarnya sahabat, rakan, kawan dan teman.
Setelah membaca sms Kak Ju, air mata saya terus bergenang... iya, saya tidak menipu dan tidak mereka-reka cerita pun disini.  Saya merasa sebak kerana semenjak mendengar berita arwah telah jatuh sakit, sejak itu jugalah hati naluri saya sering berkata bahawa saya ingin menjenguknya di hospital walau dengan cara apa sekalipun.  Walaupun arwah telah berada di kampung halaman, saya akan sanggup pergi.  Hajat nak menjenguk arwah sering disebut-sebut dimulut.... sering kali juga saya merasakan bahawa masa yang ada di hadapan mata bagai tidak merestui untuk saya berbuat demikian.  Sehinggalah ke hari ini saya hanya mampu meratapi pemergian arwah dan meredhakan kehilangannya diantara teman-teman sesama PT di Daerah Meradong.  Kerana hajat tidak kesampaian....saya sungguh terkilan.



Go to fullsize image

Al-Fatihah Buat Arwah...


Walau apapun, marilah kita sama-sama bermohon kepada Allah s.w.t  semoga pemergiannya adalah dalam aman, semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.  Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan