Bila Suami Tolong Isteri Di Rumah

Tertarik dengan post seorang teman di facebook... berbunyi begini :-
Ali Hanafiah Daud ativiti saya pagi ini, selepas subuh - baca kitab, update 'internet', hantar anak ke sekolah, sekarang basuh kain, lepas nie nak sidai kain pulak, lepas tu kemas dan bersihkan rumah...hari nie saya bagi cuti kat isteri. Dia dok tidur lagi, comelnya dia tidur...he he.."
(minta izin empunya badan.. saya copy paste post anda...terima kasih)

Alhamdulillah... kalau lah lagi ramai seorang suami yang ada di dunia ini sanggup berbuat begini betapa bertuahnya seorang isteri dan anak2 yang memilikinya, betul kan..?

Dalam keadaan yang tertentu kehadiran suami adalah amat2 diperlukan oleh seorang isteri. Kalau hal tolong-menolong macam ni la contohnya... tidak salah kalau sekali sekala suami memberi peluang kepada isteri untuk berehat sekejap (tiap hari tolong pun ok jugak... tak lama, sekejap jerr tu..) Sesungguhnya, itulah yang isteri harapkan dari suami. Kerana kadang2, dalam kepayahan yang dilalui oleh isteri ketika menjaga anak2, memasak, mengemas rumah dan apalagi kalau isteri yang bekerja, ia memang payah (hanya isteri2 sahaja yang tahu...) Isteri tidak mudah untuk mengeluh kerana itu adalah salah satu daripada tanggungjawab yang harus dilaksanakan dengan sebaiknya demi anak2 dan suami tersayang.



Kalau nak difikirkan dan jika dijadikan bahan cerita tentang tugas2 dan tanggungjawab isteri disini, satu hari bercerita rasanya tak cukup. Tapi, dalam satu hari tu... macam2 kerja yang isteri mampu lakukan, betul tak...? Contohnya :-


Pagi ~
  • Subuh lagi dah bangun untuk menunaikan solat. Habis solat berdoa pula untuk kesejahteraan keluarga, suami dan anak2.
  • Terus ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi anak2 dan suami ke sekolah dan bekerja. Kena buat persediaan makanan yang baik untuk keluarga.
  • Dah siap... kejutkan pulak anak2 dan suami dari tidur (suami boleh jugak sambung tidur selepas solat subuh...eerrrmmm..), suruh anak2 mandi cepat, bekemas cepat takut lambat ke sekolah, kena tinggal bas, kena tinggal teksi, kawan2 dah menunggu... macam2 segala.
  • Sediakan baju sekolah anak2 dan pakaian bekerja suami (yang telah siap diseterika malam tadi... )dan diletak ditempat yang disediakan awal2 lagi. Lepas mandi, siap2 suami terus pakai jerr....anak2 juga begitu.
  • Siapkan bekalan makanan anak2, kalau anak sorang ok sikit. Dah kalau anak 3 - 4 orang tu... bederet2 jugak la bekas makanan yang emak sediakan. Ok lagi kalau anak yang tak mahu bekal tu, mintak duit je beli makanan kat kantin sekolah. (emak tarik nafas lega..)
  • Suami sarapan, isteri sentiasa pastikan jugak kot2 suami hendak air tambah, nak sudu, nak garpu... errmm.. itu mesti.
  • Anak dah ke sekolah, suami dah pergi kerja... isteri dapat rehat sekejap.
  • Kalau ada anak yang masih bayi tu, tugas isteri masih berterusan walaupun suami dan anak2 dah keluar rumah. Lain hal dengan bayi yang masih menyusu badan. Kalau kena susu botol, ok sikit... emak boleh buat kerja sampingan lain (curi2 masa...). Belum lagi sebut pasal bayi merengek menangis minta dimandikan.
  • Kemas bilik tidur sendiri
  • Kemas bilik tidur anak2
  • Kemas meja makan (lepas suami dan anak2 sarapan tadi, bersepah2...)
  • Cuci pinggan mangkuk yang menggunung dalam sinki
  • Cuci pakaian
  • Jemur pakaian
  • Cukup jam.. kena masak lagi.

Kan dah cakap.. nak dijadikan cerita memang satu hari tak cukup. Tapi tengoklah... kerja yang dilakukan oleh isteri pada sebelah pagi sahaja dah banyak mana agaknya peluh telah menitis didahi. Belum lagi tugas di tengahari, tugas pulak di malam hari... (tugas malam hari ni... hanya suami sahaja yang telah sedia maklum...) Kesian isteri... dan betapa bertuahnya menjadi seorang perempuan, isteri dan ibu. Ataukah, betapa beruntungnya menjadi seorang suami... fikirlah.

Memberi dan menerima dalam kehidupan berumahtangga amat penting.

p/s untuk diri sendiri ~ tiap kali suami pergi kerja bersalam lah dengan suami, suami cium dahi, pipi, mulut, hidung.. segala. Amalkan ini setiap hari dan setiap masa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan