Aku Hanya Menulis


Menulis (i)


13 hari sudah kita menunaikan ibadah berpuasa. Alhamdulillah... pejam celik, kita tidak sedar hari2 yang berlalu sungguh pantas sekali.

Berlalu 4 hari, dan hari ini baru menjenguk lagi laman kesukaan peribadiku ini. Sibuk sangat2 dalam bulan puasa nie. Bila hujung minggu di rumah masa yang ada cuba diluangkan sepenuhnya untuk anak2. Bila sudah sampai waktu, saya pasti akan ke dapur... buat persediaan yang patut untuk berbuka. Malam, kekadang sempat juga menyediakan makanan untuk bersahur, kalau tidak... makanan berbuka tadi lah dipanaskan semula. Tiada masa untuk melakukan kerja2 lain selain untuk suami dan anak2. Rutin setiap hari... tidak pernah jemu. Penat lelah sudah biasa, keluhan sudah tiada makna... ( walaupun sebenarnya tiap2 hari mengeluh... itu biasa...)


Jumaat ~ 20 Aug 2010 ~

Balik kerja, selepas abang sembahyang jumaat berjemaah di Masjid Bintangor, saya dan abang pergi Sibu, abang nak uruskan kes kemalangan anak muridnya di pejabat takaful, sibu. Lebih kurang 20 minit abang berurusan dengan pegawai yang berkenaan, urusan selesai. Terus menerus... dalam perjalanan balik ikut Jalan Lanang, sempat juga singgah di Bazaar Ramadhan Farley, Sibu...

Tahun lepas saya dan abang pernah jugak ke sini. Tiada perubahan yang ketara sangat, bazaar ramadhan nya masih begitu jugak. Jualan kuih muih, lauk pauk, air dan sebagainya semua ada. Ikutkan nafsu bulan puasa ni semua benda kita nak telan... ( itu yang abang jawab, bila saya tanya dia nak makan apa untuk berbuka...errrmmm....). Selera saya, saya belilah... karipap sambal, nasi pulut sambal, cucur udang dan buntut ayam panggang bermadu dan air tebu (kegemaran saya yang tidak boleh lupa). Abang pulak, dah puas pusing2... cuma berkenan beli kuih penyaram dan roti john. Nampaknya, selera saya pulak yang lebih dari abang.... hehehe..~


p/s ~ (untuk diri sendiri) : selang seminggu sekali akan timbang berat badan, boleh turun ke tidak berat badan nih...errmm....






Menulis (ii)


Sabtu 21 Aug 2010 ~

Selepas berbuka puasa, rutin abang setiap kali selepas berbuka dia akan ke masjid kampung untuk berjemaah. Lebih kurang jam 10 malam, abang balik rumah dengan memek muka yang sedikit kacau... (saya faham, ada sesuatu yang abang fikirkan). Saya tidak bercadang untuk bertanya, sebaliknya saya sengaja membiarkan abang seketika melayan perasaannya seorang. Saya tahu bila tiba masanya sekejap lagi abang pasti akan kongsikan dengan saya. Abang memang selalu begitu..

Di meja makan, saya sediakan air untuk abang dan sedikit kuih muih. Aktiviti ini juga adalah 'kerutinan' saya dan abang... minum bersama2 selepas abang terawih di masjid. (mesra, cinta, kasih dan sayang..). Kan tadi saya dah cakap... abang mesti akan kongsikan masalahnya bersama saya. Abang tiba2 memulakan cerita tanpa saya bertanya. Abang memulakan cerita dan saya memberi peluang untuk abang bercakap dan saya cuma mendengar dan meneliti dahulu.

Rupa2nya cerita tentang saudara2 sesama kita di masjid yang tiada persefahaman antara satu sama lain. (demi untuk menjaga tatasusila dan kebersihan laman ini serta keperibadian individu berkenaan jadi saya tidak bercadang untuk menulis lebih lanjut berkenaan cerita itu disini...mohon maaf..)

Cuma, ada sedikit kesimpulan yang boleh saya buat ialah...

  • bila seseorang yang sudah diberi tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya untuk melaksanakan maka hendaklah dia melaksanakan tugasan itu dengan sebaik2nya tanpa memikirkan apakah ganjaran yang akan kita dapat, lebih2 lagi bila kita menjalankan tugas di 'rumah Allah';
  • lakukan setiap kerja itu dengan ikhlas dan jujur;
  • jangan sentiasa menyalahkan orang lain tanpa usul periksa dan hanya menabik dada menandakan kita itu adalah 'sempurna' berbanding orang lain;
  • bawa berbincang dari hati kehati atau bermesyuarat jika ada masalah yang timbul dalam komuniti kita supaya masalah dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dan sebaik2nya.
Itu sahaja kesimpulan yang dapat saya simpulkan. Sesungguhnya, dugaan dan cabaran seumur hidup kita di dunia memang tiada penghujungnya. Memang tiada titik noktahnya... terpulang kepada kita sendiri untuk menanganinya dengan baik agar tidak menggugat perjalanan hidup kita sendiri dan tidak mencederakan hati orang lain. Segala harta benda yang kita miliki, segala kemewahan, pangkat, duit yang bertimbun2... semuanya tidak kekal menjadi milik kita. Ianya hanyalah pinjaman sementara dari Allah. Jadi, beringatlah... tidak ada maknanya segala kebanggaan yang ada hari ini untuk di bawa ke muka pengadilan bertemu Allah bila kita mati nanti.


p/s berkatalah apa2 sahaja asalkan jangan menyakitkan hati orang lain. Jaga tingkah laku dan hormati orang lain walaupun dia lebih muda dari kita.




Menulis (iii)



Ahad ~ 22 Aug 2010 ~

Dalam perancangan menu berbuka puasa untuk petang ini... saya ingat nak masak dalca dan ulam2an. Dah berhari2 asyik sebut jerr pucuk ubi, nasib baik kakak ada hantar ke rumah. Alhamdulillah...

Saya siapkan bahan2 untuk membuat dalca. Terung ungu, kacang dal, kacang buncis, kentang, kulat kering, bawang telur, serbuk kari, udang kering, santan, serbuk perasa, garam, sedikit gula dan minyak untuk menumis (ini selera saya yerr..). Siap masak dalca lebih kurang 50 minit kot.. (kena pastikan kacang dal dan kentang sudah lembut).

Ulam pucuk daun ubi, pucuk cantik manis, daun singkel, buah kedondong... errrmmm... semua dah ready. Tinggal nak buat sambal lagi. Sambal ulam kalau takde rasa pedas, tak sedap, kan... kena taruh sedikit cuka @ perahan jus limau kasturi dan gula sedikit.


Menu tambahan : Ikan kembong goreng, cencaluk, kuih muih yang dibeli dari bazaar ramadhan kampung dan Kak Ani Corner...


Alhamdulillah... sudah selamat berbuka untuk puasa yang ke 12 hari.


p/s makan apabila lapar, berhenti makan sebelum kenyang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan