Adakah Anda Ingat Tarikh Lahir Pasangan Anda


Selamat hari lahir.... Happy birthday...

Ingat tak tarikh lahir sendiri, tarikh lahir suami, isteri, anak-anak, emak, ayah, adik beradik dan seluruh keluarga kita.

Pernah kah hari ulangtahun itu kita sambut bersama-sama dengan semeriah yang kita mampu, atau kita tidak ingat langsung dan tidak pernah peduli tentang hari itu, dan jauh sekali nak menyambutnya dengan ala kadar sekurang-kurangnya atau dengan hanya membeli sekuntum bunga mawar kepada isteri, atau dengan hanya mengucapkan 'selamat hari jadi sayang...'

atau...atau...atau...bla..bla...bla...

Semua kita ada tarikh lahir sendiri, cuma kebanyakannya tidak sama. Tapi, tidak terkecuali jugak ada yang sama hari, sama bulan dan sama tahun. errmm....

Oh, bila sampainya hari itu, mesti ramai yang ucap selamat kepada kita, kan.. Alhamdulillah. Terasa bagai diri kita dihargai dan disayangi oleh ramai orang sekeliling kerana mereka juga bersusah payah mengingati tarikh penting dalam hidup kita, kan...?

Kepada suami-suami, isteri-isteri di luar sana yang dihormati dan sayangi... adakah anda ingat tarikh hari kelahiran pasangan anda? Kalau ingat syukur alhamdulillah. Kalau tidak ingat, cepat-cepatlah cuba imbas semula dan kalau gagal jugak, pergi geledah almari, cari sijil lahir pasangan. Oh..

Elok tak kalau disaat ini kita baru nak bertanya dengan pasangan kita bila tarikh lahir dia...? Rasa-rasanya kalau anak dah masuk 10 orang kita baru nak tanya tarikh lahir pasangan kita, alamatnya... mesti akan keluar skrip-skrip yang kurang menyenangkan hati. Belum lagi kalau kita sentuh, tarikh ulang tahun perkahwinan, errmmm..

Sebenarnya, mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidup terutamanya pasangan hidup bersuami isteri adalah amat penting. Paling istimewa, sekiranya ada pasangan yang sanggup meluang masa dan berhabis wang ringgit semata-mata untuk meraikan hari ulang tahun kita. Bertuah sungguh... Sebegitu hebatnya ingatan mereka-mereka terhadap kita, mengapa tidak kita juga berlaku hebat seumpama itu terhadap mereka juga. Sudah tentu boleh, bukan...? Kerana itu, betapa penting nya kita mengingati antara satu sama lain.

Banyak cara, banyak idea yang boleh kita buat untuk cuba ambil hati pasangan kita. Segala apa yang kita lakukan bukan untuk kesenangan dan kebahagiaan orang lain, segalanya untuk kita sendiri juga. Bila isteri gembira, suami juga akan tutut gembira. Begitu juga kalau isteri bersedih sudah pasti si suami lebih akan bersusah hati. Tiada yang lebih bermakna dan berharga dalam rumahtangga selain dari melihat pasangan kita gembira dan bahagia.

Memang diakui, tidak semua kita punya tanggapan yang sama dalam hal ini. Iya.. saya pernah jumpa pasangan yang sebegini. Tetapi kita tidak dapat nak salahkan sesiapa dalam hal begini. Cuma mereka sendiri yang lebih tahu apa yang sepatutnya, kan.. Terpulanglah kepada individu itu sendiri untuk menilai apa yang baik untuk diri sendiri.

p/s Cukup bersyukur dengan ucapan yang ringkas tapi penuh makna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan