Suami Hanya Tetamu...?

Cuaca hari ini cerah sekali...Alhamdulillah, dengan kesempatan yang masih ada ini kita diketemukan lagi di laman kecintaan ini.

Assalammualaikum saudara-saudaraku...!

Sebenarnya, tiada rancangan untuk meng'up-date'kan belog hari nie. Hati dan naluri sering berkata-kata untuk 'rilex' dan akak hanya bernafsu untuk menyinggahkan diri ke belog-belog teman-teman lain. Dalam pada itu, akak jua ingin memperbaiki setiap kekurangan diri dan mencari berita-berita terkini yang dapat diserap ke dalam laman ku ini.

Tetapi, kata hati dan naluri itu rupa-rupanya hanya saja-saja...

Bila membaca Utusan Malaysia online hari ini, tergerak hati nak menyingkap tabir Gaya Hidup dan 'mengelik' ruangan Keluarga. Maka aku temui tajuk ARKIB : 27/03/2011 bertajuk "Suami Hanyalah Tetamu".

Terkejut jugak bila baca tajuk nie, dalam fikiran dah lain...apa agaknya yang dimaksudkan oleh penulis dengan 'tetamu'. Pembacaan mula diteruskan...semakin menarik dan tertarik. Maka akak ambil kesempatan itu untuk memetik sedikit sebanyak isi keratan berkenaan untuk kita cuba meneliti bersama-sama (khususnya isteri-isteri yang budiman dan ibu-ibu yang mulia hatinya....). Mohon keizinan dari tuan empunya...terima kasih.




***************************************************************
Ia berbunyi begini...
Saya berpendapat kebanyakan masalah yang sering melanda rumahtangga berpunca daripada skap wanita sendiri yang terlalu sayangkan suami, sanggup mengabdikan diri asalkan suami sayang, walaupun ada kalanya boleh menjerat diri.''
''Bertambah gigil bila ustaz kata syurga di bawah tapak kaki suami, maka isteri jadi lebih takut, taat membabi buta tanpa mengira sama ada suami itu penzina, peminum, kaki pukul dan tak bertanggungjawab, hingga mereka lupa masa depan sendiri. Pada saya isteri seperti itu hanya membodohkan diri sendiri.
''Kebanyakan suami berpendapat kasih sayangnya setinggi gunung, melimpah ruah sehingga boleh dikongsi ramai wanita yang menjadi isteri-isteri ataupun kekasih. Kerana itulah saya berpendapat suami adalah tetamu dalam kehidupan saya. Suami boleh datang dan pergi sesuka hatinya. Hari ini dia boleh sayangkan kita esok lusa dia boleh berubah dan mencintai orang lain pula.
''Jadi nasihat saya kepada isteri berpada-padalah memberi cinta, kasih dan sayang kepada suami, janganlah sampai menghambakan diri. Kerana jika bercerai suami tetap dipanggil sebagai bekas suami, sudah tiada hubungan lagi dengan kita. Ketika itu jika nasib kurang baik, anak-anak pun dia buat-buat tak kenal kerana tak mahu bertanggungjawab.
''Memberi kasih sayang, cinta kepada manusia biarlah berpada-pada, kecuali kepada Allah. Ada isteri terlalu fanatik mencintai suami hingga sanggup mengabaikan diri sendiri. Pada saya itu isteri bodoh.
'Kepada isteri-isteri yang masih terperangkap dengan masalah dan perangai suami, kerana kesilapan sendiri terlalu mencintainya sepenuh hati, bawalah bersabar. Anda masih belum terlambat untuk membetulkan keadaan demi masa depan anda. Dekatkan diri dengan Allah semoga anda mendapat ketenangan dan ganjaranNya.
'''Ingatlah wahai suami semua, hidup anda dan kita semua bukan di dunia ini sahaja, akhirat kelak kita akan mendapat balasan setimpal dengan apa yang kita lakukan semasa hayat kita. .
''Bagi saya hidup ini terlalu singkat kerana itu wanita perlu mencari sendiri kebahagian, jangan tunggu orang lain membahagiakan kita dan lebih penting jangan perbodohkan diri untuk keselesaan orang lain, walaupun suami sendiri.
***************************************
Kita bercakap dan bercerita adalah melalui pengalaman. Tdak kira bagaimana kehidupan kita jika dibanding dengan orang lain tapi yang pasti kehidupan kita itu mesti diteruskan.
Suka dan duka perjalanan hidup kita ia adalah hidup kita sendiri yang dibentuk oleh diri kita sendiri. Kalau putih yang kita warnakan, putihlah jadinya. Kalau hitam juga yang kita warnakan, maka hitam jugalah jadinya. Apa yang pasti, takdir dan suratan adalah Allah yang menentukan.

2 ulasan:

  1. komen sat..

    Pada saya, melabelkan si isteri yg terlalu taat pada suami yg jelik perangainya sebagai "membodohkan diri sendiri" agak kurang sesuai (tak baiklaa…) kerana mereka yg seumpama ini sudah dijanjikan oleh Allah S.W.T tempatnya di syurga. Tapi, mungkin maksud penulis apabila memudaratkan diri sendiri sehingga “dijual” oleh suami sendiri dan si isteri mengikut sahaja?
    Bukan sesuatu yg bodoh jika berlaku taat, masih mahu menyediakan makan minum suami, pakaiannya dll. Kita hidup berlandaskan agama, jangan berdasarkan emosi semata-mata, jangan ingat memenuhi keperluan si suami maka kita anggap kita adalah hamba abdi suami. Lagipun, kita sdh sedia maklum sblm berkahwin lagi kita dah biasa mendengar “suami & isteri saling melengkapi”. Sebab itulah sering kita dengar dari orang tua yg lebih berpengalaman (bukanlah tua tapi ‘wise people’..hehe), pilih pasangan jangan ikut nafsu, jangan pilih yg cantik,yg handsome ,yg berharta saja..kan kita ada garis panduan memilih jodoh dalam Islam, ikut je tips tu, nescaya selamattt….Wallahhu’alam bissawab..
    Utk info yg baekk punya, jom g sini - http://abimuslih.wordpress.com/2008/02/29/mencari-calon-isteri-dan-suami-panduan-memilih-jodoh/
    Saya pun belom kawen lagi..kak pemunye blog, carik kanlah saya seorang..hehehehe

    BalasPadam
  2. salam wahai adik 'dialah aku'...apa yg dikata ada benarnya...syabas. adik berkata mcm sudah ada pengalaman, tetapi belum berpunya...hehe...akak boleh tolong carikan, inysaallah....terima kasih sebab sudi singgah di teratak akak nie...

    BalasPadam