Kalau Wanita Memandu Tidak Berhemah, Lelaki?

Boleh terima akal tak kalau orang sekeliling kita berkata cara golongan wanita memandu adalah tidak berhemah dan merbahaya serta kerap mengundang kepada berlakunya kemalangan jalan raya.  Bagaimana pula dengan cara golongan lelaki memandu, dah bagus sangat ke...?


Yang berkaitan, ada kenyataan seorang ahli politik yang diperkatakan ketika bersidang di Dewan Rakyat mengenai cara pemanduan kereta golongan wanita di negara ini amat berbahaya sekaligus mengundang kemalangan telah menimbukan pelbagai reaksi.  


Saya petik dari sumber yang boleh dipercayai sedikit pendapat beberapa orang golongan lelaki yang telah memberi komen mengenai perkara tersebut : -



Lelaki A :  Secara keseluruhan, saya tak merasakan wanita memandu secara bahaya, malah mereka memandu secara cermat.  Namun tidak dinafikan ada sesetengah golongan wanita yang memandu secara bahaya misalnya wanita muda usianya dan wanita yang berusia yang baru mendapat lesen memandu.  Barangkali mereka masih belum cekap lagi memandu sehingga mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.


Lelaki B :  Berdasarkan pengalaman sendiri, saya pernah beberapa kali terserempak dengan wanita yang memandu secara bahaya ketika dilebuh raya, misalnya mereka memandu ketika berada di lorong laju sambil bersolek ketika memandu sehingga tidak memberi tumpuan kepada pemanduannya.  Ada yang masuk lorong tidak memandang kiri kanan dan sebagainya.  Tapi, bukanlah semua wanita begitu, segelintir sahaja yang menakutkan.


Lelaki C :  Bagi saya golongan wanita tidak memandu dengan bahaya.  Mereka memandu dengan cukup berhemah.  Sebenarnya, apabila berbicara tentang ini ia bergantung kepada sesetengah sikap pemandu.  Tidak boleh menuding jari kepada golongan wanita sahaja.  Ada juga golongan lelaki yang memandu secara berbahaya.


Lelaki D :  Bukan semua pemandu wanita bahaya, sesetengahnya saja ada bersikap demikian.  Ada yang memandu dengan berhemah dan lemah lembut, ada pula yang memandu secara ganas.  Namun, ia bergantung kepada situasi jika mereka dalam keadaan tergesa-gesa dan kelam kabut mungkin ini akan mengakibatkan kemalangan berlaku.


Itu pandangan beberapa orang lelaki, ada yang sedap didengar ada juga yang tak sedap didengar.  emmm..., itu perkara biasa, sesiapa sahaja boleh menyuarakan pendapat masing-masing  samaada mengiyakan atau menidakkan.  Jadi, apa pulak pendapat wanita-wanita sendiri?






Cerita hari ini. saya pandu kereta sendiri seorang diri ke tempat kerja.  Hujan renyai-renyai yang sesekali lebat agak menyukarkan pandangan mata sebab cermin hadapan kereta sekejap-sekejap menjadi kabur.  Pandangan mata agak berbalam ditambah pula dengan suasana yang masih gelap disebabkan cuaca yang tidak berapa elok.  


Biasanya, kehebatan saya memandu yang tidak pernah diiktiraf ini hanya berani bawa kereta paling laju 100km/j, itu paling laju.  Dan, yang paling lambat kura-kura pun dalam 80km/j.  Paling best bawa kereta kalau orang dihadapan kita bawa kereta lebih kurang dengan kelajuan kita atau laju sedikit pun dikira lebih bagus.  Apa yang saya pantang sangat kalau orang dibelakang kita yang suka mengikut kita dari belakang dengan jarak yang terlalu dekat.  Menyampah ada, geram ada, takut pun ada...  


Bayangkan kalau ada baby macam ni yang boleh bawa kereta...hebat kan?

Nyampah sebab bila kita fikirkan balik, orang yang suka ikut kita dari jarak yang terlalu dekat ni macam tidak pernah masuk sekolah memandu dan guna lesen terbang.  Tau tak apa lesen terbang?  (Sebiji la macam lesen yang boleh terbang bawa kapal terbang...haha)  Mereka ni jugak macam tidak pernah diajar tentang jarak yang sepatutnya kita mesti ikut jika berada di belakang kenderaan orang lain.   


Kalau masa belajar memandu beberapa tahun yang lalu cikgu yang mengajar kita beri nasihat bawa kereta hanya boleh setakat 40km/j.  Kalau kita tekan minyak lebih sikit, laju sikit... cikgu dah mula jeling-jeling.  Ini kes kalau ada sebilangan kita yang dah terbiasa bawa kereta tapi takde lesen, hari dah senja baru sedar nak ambil lesen.  Tu pasal, cikgu suruh bawa 40km/j kita bawa 90km/j tapi depan belakang kereta bergantung huruf 'L' yang bersaiz XXXL, siapa yang susah?


Ini kes pemandu yang tidak bersedia secukupnya sebelum memulakan pemanduan.  Diatas jalan semasa kereta bergerak pun dia masih boleh nak atur cermin tu, adooiii....

Ketika memandu adakalanya kita memerlukan mood yang bagus dan jiwa yang tenteram.  Kalau tidak berkemungkinan besar tumpuan akan beralih arah.  Kadang-kadang kalau mood tak elok, tengah marah atau sebagainya mesti akan mempengaruhi cara pemanduan.  Jadi, kalau ada yang tengah marah-marah, menyampah ke..meluat ke, baik jangan buat keputusan nak pandu kereta.  Tenangkan fikiran dulu, bawa rehat dan tidur secukupnya barulah boleh memulakan perjalanan ke mana saja yang kita suka.  Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian fikir-fikirkan.

1 ulasan:

  1. biarla mereka kata wanita pemandu yg x berhemah....tapi jgn lupa ya..baru2 nih dlm paper melaporkan, pemandu lelaki paling ramai menyebabkan kemalangan..so fair la kan....saling nk memburukkan...huhu.....apapun org2 di luar sana jgn prejudis terhadap jantina...:p

    * beberapa bulan yg lalu, saya hampir excident disebabkan oleh pemandu lori (lelaki) yg cuai....(mujurla sy cekap dan tangkas..kalo tak, sure dah ilang kawalan)- bukan puji diri sendiri, tp itulah hakikat bahawa sy bukan pemandu yg tidak cekap....huhu...:))
    Syukur Alhamdulillah ya Allah....

    BalasPadam