Iman Cair Kerana Adi Putra

Siapa yang tidak risau kalau anak-anak sakit atau demam, betulkan?  Sebagai ibu, kita ni lah orang yang paling tak diam tangan nak buat itu ini kalau anak-anak dah mula meminta-minta.  Itu biasa... perkara biasa yang ibu-ibu kena hadapi.  

Semalam saya sengaja ambil cuti rehat satu hari.  Ditambah dengan sabtu, satu hari cuti Labour Day, satu hari Public Holiday jadilah 4 hari lamanya saya bercuti.  Seronok...!

Ceritanya begini, sebenarnya semalam saya dah siap-siap nak turun kerja, tengah duduk dimeja makan temankan Chinta Hati sarapan tiba-tiba Adi Putra datang menghampiri.  Saya tak sedar langsung dia rupa-rupanya dah terjaga dari tidur dan turun sendiri dari katil kiut miut warna kuning nya tu... Adi Putra dah demam 3 hari, sehari sebelum itu panas badannya sudah beransur kurang malah dia dah mula aktif bermain dengan abangnya, Akim.  Jadi, pagi itu (selasa) saya bercadang akan turun kerja sebab saya yakin Adi Putra sudah sihat sepenuhnya.  
Pagi tu pulak tetiba badan Adi Putra rasa panas lagi, kepala pun panas.  Saya dukung dia dan duduk bersama di meja makan.  Lepas tu dia tiba-tiba cakap nak makan nasi dengan hot dog dan nak minum air sejuk.  Memang sah la nih... demam Adi Putra datang balik.  Semangat nak pergi kerja dah mula longlai.  Tak sampai hati nak tinggalkan dia di rumah dalam keadaan yang tidak sihat begitu sebab.... kalau dia tidak sihat, dia akan jadi tidak ceria dan tidak aktif untuk bermain.  Dalam masa yang sama dia akan sentiasa ingin berada disisi kita dan sentiasa mencari-cari dan sebut 'mak' berkali-kali.  Sebak tak perasaan kalau dengar anak panggil mak..mak...berkali-kali.

Kalau teman-teman ibu yang dah terbiasa dengan situasi begini memang tak payah cakap la, memang tau bagaimana perasaan saya ketika itu.  Confirm,  Chinta Hati pula dah bagi green light dan saya terus call Guru Besar minta cuti kecemasan sebab anak sakit, nasib baik GB tidak banyak soal, dia terus cakap 'ok'.  Because, My Pak Lau is still in OK....hehehe...
** ini anak orang ekk...bukan Adi Putra, hakss....

Nak meluangkan masa bersama anak di rumah semasa mereka sakit seboleh-bolehnya kita cubalah untuk tidak mengecewakan permintaan mereka walaupun terpaksa mengambil cuti sehari.  Agaknya, naluri sebagai seorang ibu saya ini belum cukup kental untuk menyembunyikan rasa congek simpati kepada anak-anak ketika mereka menangis dihadapan kita.  Tidak dapat membayangkan juga ketika anak menangis mencari kita tetapi kita tiada disisi mereka.  Bayangkan...


Saya bukanlah ibu yang terbaik tetapi saya telah sedaya upaya berusaha untuk menjadi yang terbaik di mata hati anak-anak sendiri.  Saya yakin teman-teman ibu diluar sana pun begitu juga.

Ketika saya menulis entri ini, baru sebentar tadi saya ada sms Siti Aisyah (kak aji Adi Putra) bertanyakan khabar Adi Putra.  Siti Aisyah berkata, "Putra dah ok, dah mau main dengan abang Akim, sempat gaduh-gaduh lagi"  eemm... kalau dah main gaduh-gaduh tuu, maknanya dah sihat gilak-gilak bebenor la tu, alhamdulillah...!

>>>  Adi Putra tak suka makan ubat masa demam tetapi selalu minta diberi ubat waktu dia sihat...


3 ulasan:

  1. aduh.. mmg tak keruan dibuatnya bila anak tak sihat. kalau boleh, sakit tu dipindahkan pada kita....

    BalasPadam
  2. memang kakngah, tapi sakit tu macam tau2 jer...geram betol.

    BalasPadam
  3. ingat kan adi yang glamour tu. Bagus jugak bagi nama anak nie serupa dengan orang yang glamour. Boleh tumpang bangga. Harap Jul dapat didik dia samapi jadi genius cam adi ok

    BalasPadam