6 jam Di Sini Dan Selebihnya

Saya nie tengah kerja sebenarnya... tapi kesempatan yang ada saya luangkan dengan melayan blog ini. Tidak punya apa2 untuk dikongsikan hari ini... sehingga kesaat ini, hampir 7 jam saya duduk di kerusi keramat ini bersebelahan dengan bilik bos lagi. Saya rasa bosan sangat. Ditambah dengan mata yang terasa ngilu sangat2. Nak tidur tak jugak... nak lelap agaknya kot... ( yang mana satu betul...) Hari ni dah 6 hari berpuasa. Jujurnya, saya pulak baru jer 2 hari berpuasa termasuk hari ini ( itupun kalau hari nie sampai ke petang...insyallah...).

Jangan silap fikir ok.... saya baru je (berperang dengan askar jepun, saya pakai selipar jepun berjalan2...oh.) tuttt... ala, orang perempuan biasa ler.. kalau dalam sebulan tu kalau tak 'tutt...' memang tak sah. Ha.. dah faham dah. Alhamdulillah, kita dikurniakan dengan badan yang sihat, otak cerdas dan putaran haid pun cun. errmm...



Belek fail, tak kuasa. Belek buku rekod bekalan am, kepala terasa pusing sebab asyik2 bertukar format rekod. Siapa la punya kerja buat pertukaran sampai tak lekang dek panas nie agaknya. Saya Yang Menurut Perintah...!! Saya cuba juga nak clearkan surat2 yang melambak di atas meja, try to failing... tapi tidak menjadi. Otak dah pusing. Last2, saya bukak facebook.



Dunia Facebook

Semakin hari bila saya layan pandangan mata dengan membaca post kawan2 di wall FB, semakin hari saya rasakan ada 'keboringan' disitu. (minta ampun dan maaf kepada semua...) Bosan... asyik2 perkara yang sama, asyik2 hal yang sama. Cuma ada lah yang ok sikit2 tu, kalau add media ke, resepi ke... atau yang berfaedah untuk perkongsian, itu ok sikit. Otak fikir nie boleh berjalan dan berfungsi. Bila tengok sebilangan mereka yang menge'post' kata2 yang tidak sedap dibaca dan didengar tu, itu yang tak sedap hati. Mengapa kita manusia nie suka ambil kesempatan dengan membuat post dalam fb dengan kata2 yang kadang2 mengguris hati orang lain...?? Tolonglah, please... kita cubalah jangan amalkan sikap sebegitu. FB nie seluruh dunia dapat bukak. Semua orang dapat baca post kita. Kemudahan yang serba canggih seperti FB tu janganlah disalahgunakan.


Tinggalkan cerita FB.. Closed (X) (buat seketika)


Menghitung masa dan waktu... nak balik. Kalau la di rumah time ni, saya akan lebih seronok kerana berkesempatan untuk bermanja dengan anak2 dan saya akan memasak apa yang patut untuk berbuka puasa petang nanti. Iya... saya suka memasak. Walaupun ada pembantu di rumah, saya tetap jugak ke dapur. Tak sedap hati sebenarnya kalau tak masak sendiri untuk santapan orang2 yang kita sayang. Betul kan wahai ibu2 sekelian...?? Itu kalau saya sempat untuk masak dan kalau saya balik awal dari kerja. Kalau tidak pun, semuanya pembantu rumah yang buat. (tidak salahpun kita mengharapkan pembantu rumah sebab kita beri dia gaji tiap2 bulan..). Tapi, bersyukurlah... kerana saya masih ada pembantu rumah, sebab pertengahan bulan julai yang lepas dia dah buat keputusan nak berhenti kerana masalah keluarga, nasib baik tak jadi.


Siti Aisyah Haji Tuah

Ehh.. boleh panjang sampai kesini pulak cerita saya yer... tadi kan saya kata tiada apa2 nak dikongsikan. Pulak... Ok, nama yang tertera di atas tu adalah nama pembantu rumah saya. Masih remaja sangat2... baru tingkatan 3 tapi tidak bersekolah lagi, berhenti sebelum sampai waktu... errmmm... Nak bercerita pasal budak nie, rasanya sampai esok memang tak habis. Kenapa..? Sebab, terlalu banyak cerita2 yang agak menarik dan sedih untuk dikongsikan ketika dia berbuat kerja rumah.

Tak mengapa, cukuplah saya katakan kahadiran budak ni didalam keluarga kami, cukup menyenangkan. Senang... sebab kalau saya bekerja, anak2 dia yang jaga. Kalau saya tidak sempat masak, dia yang masak. Cuci pakaian, memang kerja dia. Itupun kalau hujung minggu saya tolong jugak mencuci, terutamanya baju saya dan suami sahaja. Kemas mengemas rumah memang dia yang buat. Tidak senang kalau begitu...?? Mestilah senang,kan... Alhamdulillah. Kita dikurniakan oleh Allah s.w.t kepandaian dan kelulusan yang boleh digunakan oleh pihak kerajaan sehingga kita beroleh kerja kita sekarang. Alhamdulillah jugak sebab kita ada gaji yang masuk tiap2 bulan dalam bank untuk berbelanja, makan minum dan pakai anak2. Alhamdulillah... kerna kita mampu memberi gaji kepada pembantu rumah kita dan bersyukurlah kerana kita mampu membeli kereta untuk kita berulang alik kerja tiap2 hari... dan banyak perkara yang Allah kurniakan, kita patut bersyukur...~~

Walau apapun, setiap ada kewajipan dan tanggungjawab kita... apabila sampai dan berada di rumah janganlah terlalu mengharapkan pembantu. Kerana ia ada kebaikan dan keburukannya... fikir2kanlah sendiri.


Tepat Jam 12 p.m

Dah tengahari... mood puasa hari ini nampaknya lebih kurang macam semalam. Ok jer... Tidak terasa sangat kehausan dan kelaparan. Mungkin disebabkan oleh cuaca yang tidak berapa panas dan diselang seli dengan hujan yang sekejap2. Kuasa Tuhan..! Kalau di rumah, cuaca begini otak mesti setting to tidur.... hahaha.. tapi, time kerja nie nak buat apa, tangan kaki bergerak la... apa lagi, kan... takkan nak tidur jugak, nanti tak pasal2 siot datang... habis cerita.

Memandangkan saya nie tengah betul2 bekerja, opis hour... entry ku berhenti disini. Dipanjangkan umur dimurahkan rezeki esok2 kita bersua lagi. Betapa saya ini telah melanggar perintah, melencong daripada garisan wajib seorang pekerja... (sempat berblogging), maka tetiba fikiran tersentak...stop..stop..stop..

Ok..selamat berbuka puasa petang nanti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan