Entri KHAS Ditujukan Buat Cikgu Abani

Dalam tengah khusyuk menaip Urusan Seri Paduka Baginda yang sedikit urgent, nada dering sms telefon Nokia N70 milik saya yang murah itu telah berbunyi 'tutt'.  Telefon itu telah menjadi hak milik abadi saya sejak hampir 2 tahun.  Masa saya membeli telefon ini harga nya masih hot lagi, baru beberapa minggu berada di pasaran.  Sekarang, kalau kita rajinkan kaki dan mata jengok-jengok kedai telefon berhampiran akan terbeliak la bijik kedaong mata melihat harga terkini telefon ini, alamak! jauhnya beza berbanding masa saya tengah kejeron angau nak memiliki telefon ini.  Isshh..


Tapi, tak mengapa.  Kisah telefon Nokia N70 itu kita tinggalkan seketika...walaupun pada hakikatnya saya harus terima telefon itu cukup banyak berjasa kepada saya dari segi lahir dan batin, emm...


Yang kat atas tu mukadimah sahaja...  dan yang sebenarnya, entri ini bermula disini.  Bila dibuka sms yang berbunyi 'tutt' tadi, isi kandungannya berbunyi lebih kurang begini : -
jom baca....


Salam sejahtera...  
Mungkin ucapan saya belum teguh dan penuh merapu, kelu lidah tidak pandai bermadah.  Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staff PPD dan PKG serta warga Pelajaran Meradong.  Atas semua bantuan selama saya berkhidmat di Daerah Meradong.  Mohon jutaan kemaafan atas segala kesilapan dan kealfaan dan halalkan makan minum.  Semoga kita bertemu lagi.  Sekian Terima Kasih.  
Daripada: 
ABANI HJ JEMI
PKG Julau

Terkedu jugak rasa jantung hati selepas membaca sms yang ringkas tapi penuh bermakna ini.  Baru terasa... betapa pentingnya rasa ingat mengingati diantara kita sebagai sahabat dimuka bumi Allah ini.  
*************************************************************
**Ini orang empunya nama...yang ditujukan khas entri ini untuk beliau.

Cikgu Abani b Hj Jemi... saya dedikasikan dengan istimewanya entri yang kerdil ini untuk anda.  


Dalam sedar tak sedar, saya telah mengenali insan ini sudah hampir 4 tahun.  Memang diakui, kami agak jarang berkerjasama dalam tugasan terutamanya tugasan di pejabat.  Namun begitu, seperkara yang tidak boleh dinafikan, mungkin kerana kita berada dibawah satu bumbung PPD Meradong maka nama persahabatan itu kian terjalin.  Dalam masa yang sama juga keakraban hubungan sebagai rakan sekerja turut dipupuk bilamana ada majlis keramaian yang samada rasmi atau tidak telah diadakan di PPDM.  


SMS dari cikgu itu telah saya pahatkan dan sematkan abadi di laman ini agar ianya akan menjadi ingatan sepanjang hayat.  


Dan, yang lebih daao duh cikgu, ngadan abey jawai mo glamor laa jumek buyak nuan terselit wang blog JR ko eh, hihihiii....


Walaupun secara tidak rasmi saya menerbitkan entri ini disini...dan saya juga bukanlah penulis hebat yang mampu menulis tulisan yang berharga untuk dibanggakan disini, tetapi cukup untuk menambah seri agar jasa dan pengorbanan Cikgu Abani sentiasa dikenang. 


Semoga berada ditempat yang baru, suasana yang baru, rakan taulan yang baru, bos yang baru hari ini akan lebih membuka ruang yang indah dan sempurna untuk cikgu terus berkhidmat dengan lebih dedikasi, cemerlang dan terbilang sebagai seorang guru.


Sebegitu murninya ingatan cikgu terhadap kami di PPD Meradong ini, seindah murni itu jugalah ingatan yang tidak pernah padam dari kami untuk cikgu.


Semoga sentiasa berbahagia bersama tugasan baru, segalanya baru dan paling indah... semoga berbahagia bersama keluarga tercinta.




** pic ini saya sedut dari 'tutttt' Cikgu Abani...ya ampun, jangan mare yer, entah tahun bila dan dimana saya tak tahu nak komen, yang penting Cikgu Abani ada dalam pic ni, cari jerr...yang mana satu beliau.



*** Haa....! dalam pic ini jangan cari JR, memang kompom tak ada...hahahaaa....entah hilang kemana agaknya, hanya Cikgu Abani yang tahu.


** Ehem..ehem....Yang penting....BOS ini jangan dilupa.  Ingat-ingatlah selalu beliau...


"Mohon ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki atas segala kesilapan, kerumitan, kekasaran, kealpaan dan segala kekurangan selama kita pernah bersama disini, disana atau dimana-mana.  Kemaafan juga saya pinta jika ada tersalah kata terlajak bahasa yang tertulis dilaman ini...mohon dimaafkan.  Kerana kita hanyalah manusia biasa yang punya kelemahan kita sendiri. "


Sebelum ini saya juga pernah menulis satu entri yang berkaitan dengan Cikgu Abani, sila klik link ini ucapan takziah dan sedekal al-fatihah .

*** Yang indah itu budi, yang ikhlas mestinya datang dari hati.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan