Inikah Dikatakan Rindu? Inikah Yang Dikatakan Sayang?

Ini kisah semalam...

Dalam perjalanan menuju ke Daerah Julau (sekolah chinta hati ko...) lebih kurang jam 3.10 petang, saya memandu seorang diri.  Untuk mengelak mata daripada terus kuyu mengantuk saya mainkan CD Poco-Poco versi ala-ala dangdut.  Sengaja saya pasang volume 25, agak 'terkesan' pada halwa telinga bila mendengar lagu tu.  Hilang ngantuk...  
Petang ni sehingga ke malam ada aktiviti akademik di sekolah chinta hati.  Oleh kerana perancangan kami berdua tidak ingin untuk berulang alik maka saya dengan sukarela untuk menunggu sampai habis aktiviti yang dijalankan.  Rasanya, memang pastilah lewat malam baru sampai rumah.  Oh..!



Hati tiba-tiba berdetik untuk menghantar sms kepada abang az (abang kandung yang ke4, masih bujang...).  Dalam memandu tu...saya boleh juga nak tekan-tekan keypad telepon semata-mata nak sms abang az bertanyakan khabar 'putra dan putri ku' di rumah.  Saya sempat berpesan kepada abang az, kalau mereka nak makan apa-apa kat dalam peti sejuk semua ada (dah ready makanan kesukaan anak-anak dalam peti sejuk, ni wajib...).  Duit pun ada saya tinggalkan secukupnya untuk belanja.  Maklumlah...budak-budak ni kalau dah siap makan nasi pun, cari lagi keropok, ais krim dan segala... (mak tak mudah lupa tu la cayang....).
Dah siap sms dan hantar, hati tiba-tiba terusik, iya...  jujurnya saya berkata disini air mata saya bergenang selepas memikirkan semua itu.  Kenapa agaknya...?  


Lagu poco-poco dangdut yang dipasang seolah-olah sudah tidak kedengaran lagi.
Saya nak menangis bila memikirkan bahawa hari ini seharian saya akan tinggalkan anak-anak.  Saya ingat wajah kak fatin, kak aisyah, akim dan dek putra bila menunggu saat saya dan suami balik rumah.  Mereka akan berbaris depan pintu dengan senyuman manis yang tidak pernah lekang dibibir dan laungan-laungan manja meminta sesuatu yang saya ada bawa untuk mereka.  
Nak dikatakan saya tak pernah tinggalkan anak-anak seharian, tak jugak.  Memang pernah sekali sekala saya buat macam tu jika ada hal-hal penting diluar yang perlu diuruskan. Kalau kena masa kursus di luar kawasan selama 1 minggu , saya terpaksa juga tinggalkan anak-anak selama itu.  Tapi, kenapa kali ini...hanya dalam beberapa jam sahaja saya terpaksa tinggalkan mereka hati saya dah rasa lain 

(mohon pada Allah semoga dipermudahkan semua urusan hari ini...minta dipanjangkan umur untuk terus bersama anak-anak, suami dan keluarga...Amin..)

Kerinduan pada anak-anak yang teramat sangat sehingga mendorong hati dan perasaan ini menjadi kalut.  Alhamdulillah...pemanduan saya mampu berjalan dengan lancar walau pada hakikatnya ingatan saya masih melayang-layang.

Agaknya, mungkin kerana selama hampir 7 tahun sebelum ini saya pernah berjauhan dengan anak-anak dan chinta hati, maka jauh disudut hati seorang ibu ini tidak takut ingin untuk berjauhan lagi untuk ke sekian kalinya.

2 ulasan:

  1. xsanggup tinggalkan anak..kalau g keje pn asik teringat, inikan plak kalau outstation..huwaaaaa..rinduu..boleh meleleh2 air mata kt opis nun..

    BalasPadam
  2. Anggun, betul tu, memang tak sanggup lagi nak berjauhan dgn anak2..

    BalasPadam