Yang Pertama Di 2012

      Aku datang lagi...  Kalau lah dapat selalu begini, maka akan terbit lah setiap hari entri baru setiap hari di sini.  Tetapi sayang, masa yang ada cuma ini sahaja.  emm..


     Jun 2011, bulan ini, tahun ini...aku dan keluarga berpindah rumah.  Seperti yang pernah ku war-war kan sebelum ini sebagai Teratak Indah Jul Rahman, (walau tidak indah di mata orang lain, namun ia terlalu indah di mata hati ku), di teratak itulah aku berada sekarang, huahuahuhua... Apapun tanggapan orang sekeliling, aku tetap aku.  Apa yang penting aku kini telah berdiri dan berlindung di bawah bumbung Teratak Indah Jul Rahman yang lahirnya adalah hasil dari titik peluh Chinta Hati sendiri, emmuahhh....!  I LOVE U ABANG..!!


Raya Pertama Di Teratak Indah
AKIM, PUTRA, AISYAH, FATIN

Best Friend YANA GARFIELD dan keluarga... 
Berkunjung ke Teratak Indah pada hari raya pertama.  
Thanks my dear...luv u hingga hujung nyawa.


     04 Februari 2012 - Pejam celik... sehingga ke hari ini dan saat ini, Alhamdulillah, aku masih disini.  Kesempatan yang ada ini akan aku cuba titipkan sebuah entri pembuka tirai 2012, hahaha... (terlewatnya aku...).  


      Sebenarnya, terlalu banyak cerita indah yang ingin dikongsikan disini, tetapi sayang... tunggulah, akan ada masa dan ketika nanti akan aku kongsikan jua disini.  Itulah... semenjak dua menjak ini fikiran sering kalut..malut..errr... kenapa ek..?  Maka aku terpaksa akhiri cerita ku di sini... Selamat malam.

JR ~ November 2011

Assalammualaikum w.b.t

Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada teman-teman yang MUNGKIN sering melawat laman JR ini...sedar atau tidak sedar, rasa-rasanya ini adalah entri pertama saya dalam tahun 2011.  Ahh...begitu cepat masa berlalu, kan...  Laman JR ini semakin sunyi dan sepi...kontang dengan entri-entri yang menarik untuk dihidangkan kepada anda semua.

Putaran masa begitu cepat berlalu...  November 2011 semakin hampir melabuhkan tirainya.  2012 semakin ghairah ingin membuka lembaran barunya.

Insyaallah... ku mohon restu dari Mu ya Allah... permudahkan lah segala perbuatan ku samada di sini atau di mana-mana selagi hayat ku masih ada.  Amin.

Kek Batik Ori vs Kek Roti Saltcheese

Kak Fatin Dan Deq Aisyah kata nak makan lagi Kek Batik Ori yang saya buat semalam.  Sayangnya, saya terlupa nak tangkap pic Kek Batik Ori tu untuk dijadikan buah tangan disini.  Lain kali jer, k...

Katanya, kek tu sedap sangat hingga menjilat jari.  Ye ker..? Budak-budak memang begitu...yang manis, yang lemak berkrim, mereka memang suka sangat-sangat.  

Demi anak dara nih, saya cuba la selongkar almari dapur tengok stok yang masih ada untuk buat kali ke 2 Kek Batik Ori tu, malangnya.... bahan-bahan tak cukup.  Stok yang tinggal cuma milo sahaja.  Huahuahuaaa.... 

Yang mereka tak tahu ialah... perancangan saya terlebih dahulu pada petang ni sebenarnya nak buat Kek Roti Saltcheese.  Dah siap beli bahan lagi balik kerja petang semalam.  Takpe...  saya akan buat jugak tapi rahsiakan dari pengetahuan mereka, errrmm... Dan, yang jadinya begini la :-


Kek Roti Saltcheese




Sarapan pagi tadi saya hidangkan kek ni atas meja, orang pertama yang makan ialah Kak Fatin, sebab Deq Aisyah masih bersiap-siap pakai uniform sekolah.  Macam Kek Batik Ori jugak, anak dara ni memang puji lebih-lebih, mulut 'bekunyap-kunyap' makan, lepas satu..satu lagi masuk mulut.  Kesian... Alhamdulillah, anak-anak pergi sekolah dengan perut terisi dengan makanan kesukaan mereka.  Semoga pembelajaran mereka di sekolah hari ini, esok dan hari-hari seterusnya akan beroleh keredhaan dari Allah s.w.t. Amin.


Teratak Indah Jul Rahman

Alhamdulillah....  setelah puas berhempas pulas, tonggang terbalik bertahun-tahun... akhirnya,  pada 7 Jun 2011 saya dan Chinta Hati serta 4 Permata Hati telah selamat berpindah ke Teratak Indah Jul Rahman.  Syukur alhamdulillah juga, pada 8 Jun 2011 (malam) majlis doa selamat telah selamat juga dilangsungkan.  Buat majlis sederhana sahaja, cuma menjemput jemaah dari masjid, semua keluarga dan tidak lupa jiran tetangga yang terdekat sahaja.
Disebabkan alasan ini, laman JR ni dah senyap sepi..... lama sangat rasanya tidak bercerita disini.  Rindu.... kan?  


Memang rindu.... Mohon maaf kepada teman-teman yang ada menjenguk JR disini.  Asyik-asyik jumpa cerita lama, takde cerita baru ke?  Hah..  Inilah cerita baru...  Cerita yang telah lama saya pendam dan simpan berkurun lama dan saya bongkarkan pada hari ini.


Syukur...niat untuk memiliki rumah sendiri sudah terlaksana.  Terima kasih Chinta Hati.  Dia insan yang ku sanjung, ku cintai dan ku sayangi sampai akhir hayat..!!  Kebahagiaan itu semakin terasa disini....sungguh...!!!

Aku Dah Bosan

Bosan sungguh...arrrggghhhhhhhhhhh!!!!!


AKU DAH BOSAN ~ AMY Search

Beri aku tanda bilakan berakhir 
mainan silapmata 
tangan seni tukang sihir 
Aku dah bosan (3x) 
Melayani nafsumu...
Kau sedang tertawa 
Bermain benangmu 
Sedang maharani menangis 
Menonton kisah penyu 
Aku dah bosan (3x) 
Melayani Angan-angan mu 
Aku dah bosan (3x) 
Melayani Angan-angan mu...
Kau masih bermimpi 
Bersanding di pelamin 
Duda tiga kali 
Masih nak jadi pengantin 
Aku dah bosan (3x) 
Melayani wayang mu.. 
Aku dah bosan (3x) 
yeah, yeah, yeah, yeah, yeah, yeah, yeah... 
[ Aku Dah Bosan lyrics found on http://lyrics.my ] 
[ Aku Dah Bosan lyric found on www.dacold.com ] 
Perlu perubahan perlu keadilan 
Perlu memahami erti keindahan 
Kurangkan Cengkaman 
jangan pergunakan 
Semoga aman
Aku dah bosan (3x) 
Melayani Angan-angan mu 
Aku dah bosan (3x) 
Melayani wayang mu
Perlu perubahan perlu keadilan 
Perlu memahami erti keindahan 
Kurangkan Cengkaman 
jangan pergunakan 
Semoga aman
Sedang maharani menangis 
menonton kisah penyu 
Aku dah bosan (3x) 
Melayani wayang mu 
Aku dah bosan (3x) 
Melayani wayang mu


Perginya Seorang Sahabat ~ Hajijah Bahare

Seawal jam 6.52 pagi, Rabu - 1 Jun 2011, saya telah menerima satu SMS dari seorang teman baik iaitu Kak Ju.  SMS Kak Ju membawa khabar yang tidak berapa baik... seorang rakan sekerja kita iaitu Hajijah bt Bahare telah meninggal dunia pada malam tadi (31.05.2011) di Hospital Daro, Daro.  


Pada 2007 yang telah lalu...saat mula saya baru berpindah ke Daerah Meradong, pada ketika ini jugalah saya mula mengenali arwah.  Jujurnya disini, antara saya dengan arwah memang tidak begitu rapat tetapi jika bertemu di pejabat (PPDM), kami memang akan berbual panjang dan bercerita tentang diri masing-masing dan keluarga serta kampung halaman.  Kebetulan, arwah berasal dari Daerah Daro, sebuah daerah yang pernah saya bermastautin sementara selama 7 tahun yang telah lalu.  Dan, Daro adalah daerah jiran kepada kampung asal Chinta Hati saya.  Mengenangkan itu, saya merasakan, antara saya dan arwah seperti ada sesuatu hubung kait yang memungkinkan untuk kami terus menjadi sahabat.  Cuma yang ketara, oleh kerana tugas dan tempat kerja yang tidak sama maka pertalian sahabat itu seperti tidak dapat dipupuk dengan erat.  Walau pada hakikatnya, kita adalah sebenarnya sahabat, rakan, kawan dan teman.