Jadilah Pendengar Yang Setia

Tak elok nak bercerita kisah orang lain disini (mengeluh...) tetapi dalam hati ini bagai digaru tak tentu arah, memang nak cerita jugak, nak jugak....menulis di laman kecintaan ini.  Saya ulang...laman kecintaan ini.


Entah bagaimana dan apa agaknya pandangan orang terhadap saya bilamana saya sering dijadikan tempat meluah perasaan.  Tempat mereka menceritakan pahit maung, suka duka, tawa tangis dan segala-galanya kepada saya.  Agaknya, muka saya ni dah sebijik macam muka Lisa Surihani Ustazah Siti Nor Bahyah yang pakar menjawab segala permasalahan orang.  Oh tidak..!  Kalaulah begitu pandangan orang terhadap saya, apa agaknya Ustazah Siti Nor Bahyah komen tentang saya.  Susah nantinya ustazah nak cari makan.  Mohon ampun ustazah, takde niat pun nak buat gitu.


Saya tidak menyalahkan mereka dalam hal ini kerana mereka juga ada perasaan dan hati yang perlu dijagai.  Kita faham itu...  Kadang-kadang hati kecil ini akan berkata, "aku boleh mendengar dan boleh membantu setakat yang aku mampu....tetapi, bagaimana jika apa yang mereka lalui itu terjadi kepada aku, apakah ada orang yang akan membantu aku?  Akan adakah insan-insan yang berhati mulia menoleh kearah ku dan membimbing aku ke jalan yang betul".  Kata-kata itu yang sering berlegar di kotak fikir saya.



Iya... dalam dunia ini memang ramai yang sudi menjadi sahabat kita.  Tidak kira sahabat yang jenis bagaimana, asalkan namanya sahabat.  Tetapi, adakah mereka sanggup menemani kita sewaktu kita memerlukan mereka samaada dalam sukar, payah dan susah. Ada kah..?  Saya tidak segan berkata disini, bukan mudah untuk mencari sahabat yang sanggup susah dan menangis bersama.  Memang susah...  


Mendengar permasalahan orang lain tidaklah salah pada fikiran saya.  Selagi kita tidak memaksa mereka untuk meluahkan segalanya, maka kita perlu meneruskan tanggungjawab kita sebagai seorang pendengar yang setia.  


Alhamdulillah, dari sudut lain saya pernah merasakan diri ini cukup bertuah kerana masih ada insan yang bergelar sahabat yang sanggup mempercayai kita dan meletakkan kita sebaris dengan nama-nama orang yang mereka percayai.  Sesungguhnya, memang begitulah adat yang harus kita sanjung.  Mereka memberi kita menerima, dia mempercayai kita maka kita harus meyakinkan mereka.  



  • Setiap apa yang kita hadapi dan lalui didunia ini adalah dugaan Tuhan semata-mata untuk kita.  Bertanya pendapat dan meminta pandangan dari seseorang yang lain tidak salah, malah ia adalah satu daripada jalan yang memungkinkan kearah kedamaian.  InsyaAllah.
  • Menjadi pendengar yang setia kepada permasalahan orang lain adalah mulia.  Yang penting kita harus ikhlas dan jujur.  Bila seseorang telah meletakkan kepercayaan kepada kita maka ia adalah merupakan satu tanggungjawab yang harus kita pikul dengan baik supaya tidak terpesong daripada landasan yang sepatutnya.  Lakukan seada yang mampu kita lakukan.
  • Jangan menjanjikan bintang dan bulan syurga idaman kepada sahabat kita kerana semata-mata untuk menyenangkan hati mereka.  

2 ulasan:

  1. nice blog... Visit my blog too ya... momogeo.blogspot.com

    BalasPadam
  2. memang susah nak cari sahabat yang setia.. Kadang-kadand saya rasa hidup sorang2 lagi senang, tapi boleh ke?? Saya pun tak tau. Apa2 pun kita kene tabah.. Ini lah kehidupan (: Smile always.

    BalasPadam