Tauladan Indah Untuk Suami Isteri Yang Sering Bergaduh


Sejak membuat kerja amal kerja-kerja murni dengan melahirkan blog ini misalnya, minat membaca saya semakin menjadi-jadi.  Setiap hari saya akan sering membaca apa yang saya rasa akan mendatangkan faedah kepada diri atau mungkin kepada kita semua juga maka itulah yang menjadi 'makanan' saya.  

Di pagi jumaat yang berkat ini dan penghulu segala hari ini saya ingin berkisah sebentar dengan membawa teladan yang sungguh indah dan berguna buat diri dan semua kita yang bergelar suami atau isteri.  

Molek juga saya hidangkan perkhabaran indah yang berselit kata-kata nasihat ini kepada bakal-bakal suami mahupun bakal-bakal isteri di laman kecintaan ku ini.  Saya ulang...dilaman kecintaan ku ini.

Dalam hidup kita berumahtangga bila sebut pasal bergaduh, bermasam muka atau berselisih faham dengan pasangan itu adalah perkara biasa.  Itu adalah lumrah dalam berumahtangga.  Kalau tidak bergaduh dalam sehari pun jadi tak sedap jugak kot (agaknya...).  Jadi seboleh-bolehnya 'Hidup Biar Sedap'. Bila hidup kita sedap maka kisah-kisah rumahtangga yang kita lalui juga sentiasa akan sedap.  Percayalah...



Ini kisah sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai dan bercadang untuk mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin. Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembahagian harta sepencarian di antara mereka, perundingan berlangsung lancar dan akhirnya sebagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua aset harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak. Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, iaitu mengenai pembahagian anak (jangan lupa anak mereka tiga orang). 


Baik si suami maupun si isteri, sama sama ingin mengasuh 2 orang anak, tidak ada yang mahu mengalah, dan anak tidak mungkin hendak dibelah dua seperti pada Zaman Nabi Sulaiman a.s. dulu. Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh. Tuan Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, iaitu mereka diminta supaya menunda perceraiannya selama satu tahun.  Mereka harus menambah seorang anak lagi selama tempoh satu tahun itu.


Bila Tuhan mengizinkan perceraian mereka, Tuhan akan memberikan tambahan satu anak, total menjadi 4 anak, sehingga mudah untuk dibahagi di antara mereka berdua. Kerana si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai maka mereka mengambil keputusan berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya usaha mereka berhasil. Setahun kemudian, ketika Tuan Imam berjalan jalan, beliau bertemu dengan pasangan suami isteri ini, sedang bergandingan tangan dengan mesra, sehingga Tuan Imam bertanya, : 


"Apakah Kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian tidak jadi bercerai?". 


Suami lalu menjawab : "Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai".


"Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?", tanya Tuan Imam. 


"Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak, anak kembar !!".


Hikmah :
  • Menunda tindakan negatif akan sering membawa manfaat, apalagi ketika seseorang sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda sesuatu yang ingin kita lakukan. 
  • Kisah di atas menunjukkan kasih sayang Allah kepada umatnya.  
  • Pasangan suami isteri yang selalu berhasil mereda pertengkaran mereka. Mungkin  dengan keluar rumah buat sementara waktu meninggalkan isteri/suami yang marah kemudian kembali membawa buah tangan/peralatan baru kesukaannya akan membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya.
  • Mampu mengendalikan emosi marah adalah kunci kebaikan.
  • Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah membuat keharmonian semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi Muhammad saw. Karena pertengkaran itu seperti api: sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan luasnya membinasakan. 
*** Ambil ikhtibar dengan kisah ini, kalau nak bergaduh dengan suami/isteri pun gaduhlah... tapi jangan sampai menyebut perkataan 'cerai'.  Kerana masih ada lagi jalan penyelesaian lain yang lebih baik demi masa depan rumah tangga kita.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan