Salahkah Hantar SMS? Ada Akal Pakai, Ada Bijak Jangan Digadai

Semoga Allah s.w.t memberkati setiap apa yang kita lakukan dan dipermudahkan segala apa yang sukar, Amin.


Pagi ini jiwa amat kacau.  Kalau hati bebisik lalu berkata saya akan menulis, maka disinilah saya akan menulis.  Sengaja nak luahkan perasaan sikit..harapan agar jiwa yang kacau itu akan menjadi aman tenteram dan jauh dari segala yang menyesakkan.  Menyesakkan.


Memilih teman yang betul-betul serasi dengan diri kita bukanlah mudah.  Memang sukar nak mengenali diantara mereka yang benar-benar sesuai tempat kita bercerita dan meluahkan apa yang kita rasa perlu dikongsikan.



Pernah tak saudara/i dan teman-teman disini yang menghantar sms kepada rakan tetapi tiba-tiba dia balas dengan kata-kata yang menyinggung perasaan kita?  Dia sedar atau tidak?  Dia sengaja atau tidak?

Pernah kah?

Walaupun pada mulanya kita memang tidak berniat untuk menimbulkan kekeliruan seperti mana yang dia tuduh kepada kita.  Iya...  saya anggap ia sebagai 'tuduhan' jika apa yang dia balas balik kepada kita telah mengguris hati kita.  Tuduh itu, ini, begitu begini....  Kerana sejujurnya niat atau nawaitu kita tidak untuk itu.  Hanya Allah s.w.t yang maha tahu.


**aku ingin menangis begini...!


JR bukan jenis yang suka banyak cakap (bukan memuji atau apa-apa pun tetapi suka nak menegakkan kebenaran yang harus ditegakkan) tetapi jika JR ingin bercakap, maka dilaman kecintaan...saya ulang, dilaman kecintaan inilah JR akan bercakap.  Tanyalah manusia-manusia yang sedang berdamping rapat dengan saya, tanyalah bagaimana perangai JR, tanyalah....


Kerana kita bukan nak cari gaduh atau bukan nak mencari musuh.  Antara kawan dan lawan, saya tak toleh pun lawan.  Tapi kalau ada yang ingin berkawan itu adalah pilihan saya.  Kalau nak cari lawan dengan JR, kena tengok keadaan...kerana tidak beerti kita diam atau kita berundur kita adalah kalah dan bersalah.  Renungkan.


Saya lebih suka berdiam diri daripada terus melenting pada situasai yang tidak seharusnya.  Saya anggap itu tidak molek.  


Seperti murninya niat saya menghantar sms dengan tujuan untuk bertanya khabar dan bercerita tentang kehidupan, saya berharap murni jugalah balasan darinya.  Tetapi mengapa..?


Mengapa apa yang saya katakan boleh dianggap sebagai sesuatu yang negatif dan buruk atau jijik atau apa-apa sahaja yang mereka anggap 'jahat' pada akal fikir mereka yang cetek itu.


Mengapa JR sanggup layan sms teman dan mendengar segala cerita yang teman luahkan dengan seadanya.  Kenapa saya setia menjadi penasihat kepada permasalahan rumahtangga teman (kisah dalam kelambu pun muat...emmm...)...tetapi mengapa pulak sebaliknya yang JR dapat.  Inikah balasan yang harus JR dapat..?  Tidak semua teman yang ada disekeliling kita boleh dianggap baik.  Tidak ramai juga diantara mereka yang bagus dijadikan sebagai tempat bercerita.  


Kalau pilih JR sebagai tempat anda untuk meluahkan perasaan atau bercerita tentang apa sahaja, silakan...silakan pada bila-bila masa insya'Allah saya akan tunaikan kewajipan ikhlas turun temurun dari keturunan datuk moyang JR yang tidak pernah nak 'bejaik' dengan sesiapa, saya akan bantu seadanya yang saya termampu.  Dan insya'Allah, rahsia yang pernah anda luahkan dan ceritakan dari A-Z kepada saya akan saya simpan rapi seketat-ketatnya.  Usah risau dan usah khuatir. 


**Kepada mu kawan...  belajarlah untuk menilai keikhlasan hati seorang sahabat.  Cuba telitikan betul-betul apa yang sahabat ingin perkatakan.  Jangan main hentam ikut perasaan yang tidak berlandaskan akal fikir.  Allah menganugerahkan kita akal untuk berfikir, maka pergunakanlah ia dengan sebaiknya.

2 ulasan:

  1. manusia memang mcm tu JR.
    nak kata xde adab.rasa nya sekarang ni
    semua bersekolah tinggi.
    suka menilai org dari menilai diri sendiri.
    kan?abaikan.

    BalasPadam