Cerita Top Dengan Bestfriend

Salam 1Malaysia...sekali lagi dihari yang sama cuma waktu dan tempat yang berbeza. Pagi tadi akak dengan kelesuannya berada di sekolah berhadapan dengan kerja yang sedikit melambak sebab ditinggalkan hampir 1 minggu (orang lain sibuk cuti, aku pun 'kejeron' nak cuti, rasakan kau Labu.......)

Dan sekarang, tepat jam 10.06 malam, akak berada di rumah. Didalam bilik bersama dengan si cute kesayangan dunia akhirat, Adi Putra yang sudah tidur lena dengan botol susu setia menemani disisi. Abangnda masih di rumah Penghulu, berbincang tentang apa, akak pun tak pasti. Noktah.

Malam nie..sejak dari jam 7.00 akak bersms dengan bestfriend iaitu Norazean. Nama panggilan mesranya Yen sahaja.

@@ ha...ini Yen, pic ini diambil semasa beliau dijemput menjadi penceramah untuk bengkel bersama ibubapa di Tabika KEMAS.
( maaflah ye...agak kabur sedikit pic tu...takpe, nanti akak akan ikhtiarkan pic Yen nie untuk yang terbaru dan lebih jelas supaya nampak la kecantikan asli miliknya......waahhh.)


Kami berkawan sejak dibangku sekolah rendah lagi. Nak dijadikan cerita.... masa sekolah dulu akak memang berkawan rapat sesangat dengan Yen nie dan tiga orang lagi rakan seperjuangan. Nak akak sebutkan nama jugak kat sini ke? Eh, mesti.... mereka-mereka tu ialah Rasidah (Dok), Zunainah (Inah) dan Munawarah (Munaw).

eemm... Masing-masing sekarang sudah mempunyai keluarga sendiri dan membawa arah tuju bersama suami dan anak-anak. Semoga berbahagialah hendaknya disamping keluarga tercinta..amin.

Cerita akak dan mereka nie stop dulu disini...tungguuuu, ada satu entri khas untuk sahabat-sahabat lama yang tak mungkin dilupakan ini akan diterbitkan sudah semestinya di laman kecintaan ku ini, insyaallah.

Sambung cerita SMS akak dengan Yen tadi...berjela-jela mengalahkan keretapi agaknya, errmm... Cerita pasal nak (1) pindah tempat kerja, (2) cerita pindah rumah baru, (3) nak masuk ahli Giacomo, pasal (4) beli perabot baru dan (5) tong air...adooiii. Padahal, rumah kita dekat jer, bersebelahan tetapi sanggup bersms menghabiskan kredit beringgit-ringgit semata-mata nak bercerita pasal itu semua.

Cerita paling top ialah yang ke 2 dan ke 5, cerita pindah rumah dan kisah tong air.

Kalau kita pindah rumah baru, mesti ke kita beli perabot-perabot baru juga dan semua baru?? Akak rasa tak perlulah nak semua yang baru. Cukup la dengan apa yang ada dan yang penting walaupun barang lama asalkan masih boleh diguna, kira ok lah tu. Dan kita akan membeli apa yang perlu dan penting sahaja. Nak beli perabot banyak-banyak sampai tak cukup tempat nak letak, tak guna jugak. Menyemak jerr... Tambah lagi, bajet yang ada dalam poket tu cukup ke nak beli barang-barang serba baru?? Yang penting, kita ikut kemampuan lah kalau nak membeli sesuatu. Ikut kemampuan dan ikut keperluan.

Dan, kisah tong air...menjadi satu kemestian jika rumah kita berada di atas bukit, waaahhh....(esok lusa jangan buat rumah atas bukit, terpaksa beli tong air jadinya....). Dah terpaksa macam akak nie, tak kesahlah, redah jerr...korban seket duit. Yang keduanya, time air paip meragam tiba-tiba tak keluar, time tu la kita terkenang-kenang nak beli tong air nak 'menyetok' air...(lebih rela tiada elektrik daripada takde air....nak 'membuang' tu yang susah, hihihiii...).

Banyak isi cerita akak dan bestfriend si Yen tu tadi sebenarnya...tapi, tak cukup syarat kalau nak dikongsikan disini. Apa yang pasti, kita tak mengata orang, alhamdulillah... Panjang cerita sampai tak sedar jam sudah semakin hempir ke larut malam. Sanggup bersengkang mata untuk bersms semata-mata nak bersembang-sembang. Memang dah adat zaman sekarang, alasannya kerana sibuk bekerja sehingga tiada kesempatan untuk bersua muka walaupun berjiran.

Iya, akak akui alasan itu ada benarnya sebab akak sendiri dapat merasa betapa kesibukan disiang hari yang amat ketat jadualnya hingga menyingkatkan masa yang sebenarnya panjang untuk kita bermesra-mesra dengan jiran tetangga. Nak buat macamana? Memang dah sibuk sangat-sangat bila hari bekerja, awal pagi seawal jam 5.30 pagi akak dah keluar dengan abang. Balik rumah paling awal jam 4-5 petang, itu paling awal...kalau dah sampai jam paling akhirnya, hari dah gelap la jawabnya baru sampai rumah. Kadang-kadang tak sempat nak bermesra dengan anak-anak (sampai begitu sekali dek...).

Okey...rasanya cukup dulu setakat ini cerita malam rabu. Takde rencah-rencah istimewa malam ni...cuma biasa-biasa sahaja. Alhamdulillah, kerana masih berkesempatan untuk bersama dimalam yang cukup damai dan indah ini di laman kecintaan ku ini.

Peace..

2 ulasan:

  1. bestkn Jul kalau dikenang zaman2 sekolah..kalau boleh putar masa, mmg anggun nk sekolah je balik..syokkkkk sgt2..asik main xhingat..nk exampn main lg...wahhhhhh rindu kwn2 lame..

    BalasPadam
  2. anggun...memang betol laa, saat paling best masa remaja dulu adala masa sekolah...ok, nanti jul akan terbitkan entri dengan geng2 sekolah yg lama....hehee....thanks anggun....!!!

    BalasPadam